Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Ketua Geng 04 Tiram Sasi Mati Ditembak!

views
     
TSIntel Core i7
post Sep 10 2014, 01:12 PM, updated 12y ago

Thunder Buddies
****
Junior Member
582 posts

Joined: Nov 2010
From: KL



Seorang lelaki mati ditembak di Jalan Kenanga 3, Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru malam tadi.

M Sasitharen, 33, ditembak lelaki tidak dikenali ketika berada di kereta Honda City dipandunya di tempat letak kenderaan depan deretan bangunan kedai tiga tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata polis terima panggilan pada jam 7.55 malam berhubung kejadian seorang lelaki ditembak beberapa das.

Katanya, sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi beberapa minit kemudian mendapati mangsa sudah dibawa ke hospital oleh orang ramai.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis turut menubuhkan satu pasukan khas bagi melengkapkan siasatan kes ini,” katanya.

Pada Januari lalu, mangsa yang turut dikenali sebagai Tiram Sasi itu pernah cedera ditembak di tempat letak kereta hadapan Pusat Hiburan Century Bell, Jln Permas 10/5, Permas Jaya.

Dalam kejadian itu mangsa ditembak ketika berseorangan dalam kereta jenis Honda City yang dipandunya.

Akibat kejadian itu mangsa cedera akibat terkena tembakan di tangan kanan dan perut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

user posted image

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0121sec    0.69    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 14th December 2025 - 02:50 PM