
DUA pemain asal Sepanyol, Marco Asensio dan Cristian Tello dikhabarkan berada dalam radar pasukan Liga Malaysia musim ini.
Spekulasi timbul selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kembali membuka pintu perpindahan kedua bagi pemain Liga Malaysia (Liga-M) mulai April ini.
Menurut laporan portal Mundo Deportivo, penyerang sayap Real Madrid, Asensio yang kini dipinjam ke Mallorca sedang diintai pasukan Liga Perdana, Sabah.
Baru berusia 19 tahun, Asensio pernah mewakili skuad Sepanyol Bawah 16 Tahun, B17 dan B19.
Sementara itu, Tello yang merupakan pemain Barcelona dikatakan menjadi sasaran kelab Liga FAM, Real Mulia.
Tetapi, bagi musim 2014, dia menyarung jersi Porto secara pinjaman dan menggegar jaring lima gol dalam 21 penampilan.
Biarpun belum dapat disahihkan kebenaran portal itu, namun seandainya laporan ini betul, ia secara tidak langsung membuktikan kualiti Liga M yang bakal dibanjiri pemain asing berkualiti.
Sejak beberapa musim ini, pasukan Johor Darul Ta'zim berjaya membawa masuk pemain berstatus bintang kelas A seperti Pablo Aimar, Luciano Figueroa dan terbaru Paricio Julian Rodriguez manakala Sabah berjaya merekrut bekas skuad Piala Dunia Senegal 2002, El Hadji Diouf.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/ultra...liga-m-1.371564
Mar 24 2015, 09:30 AM
Quote
0.0188sec
0.51
7 queries
GZIP Disabled