Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> No more individual GAZA related threads, POST ALL HERE INSTEAD

views
     
SUSinsightone
post Aug 5 2014, 08:06 PM

Getting Started
**
Junior Member
161 posts

Joined: Jan 2010
From: Klang


Attached Image
SUSinsightone
post Aug 6 2014, 04:23 PM

Getting Started
**
Junior Member
161 posts

Joined: Jan 2010
From: Klang


Fatwa wajib boikot barangan Israel

KOTA BHARU: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa bagi mewajibkan umat Islam memulau semua barangan dan produk keluaran syarikat Yahudi Zionis.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Asri Mat Daud ketika dipetik Harakahdaily berkata, kaedah pemulauan atau boikot merupakan cara berkesan yang pernah dilakukan Rasulullah SAW ketika baginda mentadbir Madinah.

"Baginda SAW mengarahkan umat Islam membina pasarraya sendiri bagi meninggalkan pasarraya Qainuqa’ yang dimonopoli kaum Yahudi pada masa itu.

"Oleh itu tekanan yang sama perlu dilakukan seluruh umat Islam, bahkan menjadi kewajipan ulama, mufti mengeluarkan kenyataan rasmi memulau barangan Yahudi Zionis," katanya di sini.

Beliau yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan Malaysia perlu memutuskan segera hubungan dagang dengan Yahudi Israel walau dalam apa jua bentuk sekalipun.

Kata beliau hentikan segera penjualan minyak sawit kepada Israel.

"Kami menuntut kerajaan Malaysia jangan hanya sekadar menyalurkan sumbangan kepada rakyat Gaza, sedangkan dalam masa yang sama melantik APCO sebagai penasihat kerajaan," katanya.

Kelmarin Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui ada syarikat multinasional mempunyai hubungan dengan Israel.

Pada 2013 Biro Statistik Pusat Israel menyebut Malaysia merupakan destinasi ke-11 eksport terbesar negara Zionis tersebut yang bernilai RM4.8 bilion.

"Kalau Britain RedRat boleh umumkan secara rasmi penamatan kontrak dengan Israel kenapa tidak kita di Malaysia," ujar Mohd Asri.

Mengikut catatan sejarah bumi Palestin diwakafkan Saidina Umar Al-Khattab kepada penduduk Islam Palestin.

Malah fatwa ulama-ulama antaranya fatwa Kesatuan Ulama Dunia pada 1935, fatwa Ulama Iraq (1937) dan fatwa Ulama Al-Azhar (1947) menjelaskan keseluruhan tanah air Palestin hanyalah untuk umat Islam.

Fatwa itu dipertegaskan lagi dengan tandatangan 63 ulama seluruh dunia pada 1988 bahawa Palestin adalah bumi umat Islam.

Ulama terbabit antaranya Dr Najmudin Arbakan, Syeikh Mustafa Mashur, Dr Yusof Al-Qaradhawi, Qadhi Husain Ahmad, Rashid Ghanushi, Dr Fathi Yakan, Syeikh Mohammad Al-Ghazali dan Dr Wahbah Al-Zuhaili.

Mereka sepakat memberitahu "Jihad (dengan senjata) adalah cara kita (umat Islam) berdepan dengan Yahudi untuk membebaskan Palestin.

"Haram sama sekali memberi hak walau satu inci daripada tanah Palestin kepada Yahudi. Begitu juga haram bagi orang perseorangan atau mana-mana institusi atau kerajaan yang membenarkan Yahudi menjajah bumi Palestin".

Negara haram Israel wujud pada 2 April 1947 selepas wilayah Palestin dibahagi kepada negara Arab dan negara Yahudi, manakala Baitulmaqdis diletakkan di bawah tanggungjawab antarabangsa.


This post has been edited by insightone: Aug 6 2014, 04:24 PM
SUSinsightone
post Aug 6 2014, 04:44 PM

Getting Started
**
Junior Member
161 posts

Joined: Jan 2010
From: Klang


I feel mad reading this news. Nak boikot tu ada batasnya. Ini sampai BERDEMO depan MCD, tak fikir ke pekerja yang kat dalam tu, mereka mencari rezeki, and then some of the idiot people "Menabur Pasir dekat Periuk Nasi Orang". This is way too much doh.gif shakehead.gif

NGO kesal orang ramai ganggu premis McDonald's

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aqsa Syarif memohon orang ramai yang menyokong kempen boikot barangan Israel supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen itu sebagai menunjukkan rasa simpati terhadap penderitaan penduduk Palestin di Gaza.

Pengerusinya Dr Hafidzi Mohd Noor merujuk kepada kejadian premis McDonald’s (McD) di Dungun pada 5 Ogos di mana sekumpulan orang ramai mengganggu premis McD dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai restoran berkenaan.

Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism),” kata Dr. Hafidzi.

Tambah beliau, sungguhpun boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil sebagai tekanan namun ia tidak mewajarkan seseorang itu bertindak secara fizikal atau lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi pada pemilik premis dan pekerjanya.

“Perbuatan tidak bertamadun ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang,” katanya.

NGO berkenaan turut menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demonstrasi atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis yang berkaitan.

“Aqsa Syarif menyarankan orang ramai menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi,” katanya.

Serangan kejam rejim Zionis ke atas Palestin yang bermula pada 8 Julai lalu mengakibatkan kematian ribuan rakyat Palestin dan menimbulkan gesaan pelbagai pihak agar orang ramai memboikot produk-produk yang didakwa memberi sumbangan kepada tabung perang Israel.

Kempen boikot bukan sahaja dilakukan di Malaysia tetapi di seluruh dunia, terutama sekali di negara majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Namun, di sebalik kempen boikot, terdapat beberapa insiden yang dilaporkan di media sosial di mana kakitangan makanan segera dan kafe jenama antarabangsa diserang.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ngo-ke...onalds-41351?cp

This post has been edited by insightone: Aug 6 2014, 04:45 PM

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0247sec    0.81    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 23rd December 2025 - 07:25 PM