
KUALA LUMPUR 18 Jun - Clixster Mobile Sdn. Bhd., (Clixster Mobile) memperuntukkan RM5 juta bagi program pengiklanan dan penajaan sepanjang 2014 termasuk di Sabah dan Sarawak.
Pengarah Clixster Mobile, Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim berkata, fasa pertama bagi suku kedua 2014 akan membabitkan pengiklanan Bus Wrapping Transnasional dan City Liner sebanyak 30 buah bas bagi laluan Kuala Lumpur ke utara dan Pantai Timur bermula Jun hingga September.
Katanya, fasa kedua pula membabitkan 30 buah bas Transnasional dan City Liner bermula Oktober hingga Disember meliputi laluan Kuala Lumpur ke Selatan.
"Pada tahun ini juga, program pengiklanan Clixster membabitkan pembelian iklan di 30 unit papan iklan di lima buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak dengan menampilkan produk Panggilan Percuma Clixster, Bersosial Dengan Internet Tanpa Had, Bonus Percuma RM7 dan Panggilan Terendah," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran pengiklanan Clixster Mobile 2014 di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Clixster Mobile, Noor Azlan Khamis.
Menurut Azrinaz, Clixster Mobile turut aktif dalam memberi sumbangan kepada masyarakat terutama golongan belia menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menjadi penaja kepada Pertubuhan Belia Bebas Dadah (DFYA) bagi memberi kesedaran kepada belia terhadap keburukan dadah, alkohol dan tembakau.
Di samping itu katanya, Clixster Mobile turut menjayakan dua aktiviti utama di ruang Fiesta Makanan dan Ride For Unity yang dianggarkan berjaya menarik lebih sejuta orang.
"Clixster Mobile turut menaja program Saturday Night Fever Drag Race yang akan menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," katanya.
kalau jadik director gaji konfirm rm6k atas. dividen lain kira. pastu ada pegang share sikit dalamsyarikat. kereta boleh guna kereta kompeni (honda atau toyota) duit minyak boleh claim.tol boleh claim. parking pun sama. kalau rumah nak service aircond bil boleh bukak dan caj atas kompeni
nah drillz pada sesiapa yang x tahu
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Aug 1 2014, 11:02 PM, updated 12y ago

Quote
0.0191sec
0.28
5 queries
GZIP Disabled