suatu masa dahulu, sebelum Persona SV muncul di dunia ini, Proton dah hentikan pemasangan Persona H-line dan M-line and tinggalkan hanya B-line yang kemudian dinamakan Persona Standard. Hampir masa yang sama, FLX SE telahpun dilancarkan, siap ngan enjin 1.6 liter, 2 airbag, ABS dan CVT.
Bila orang tanye, "gua patut angkat Persona Standard atau FLX SE?", saya pun jawab "wahai manusia, angkatlah FLX SE sebab Persona Standard cuma ada satu airbag dan tak ade ABS+EBD!". Begitulah saya nasihatkan sebab saya tak mau isteri orang mati disebabkan kepala hentam dashboard.
Fast forward ke masa kini, Persona SV turut muncul dengan 2 airbag siap ngan ABS, harganya pun diturunkan ke tahap yang lebih murah daripada FLX SE. dalam masa yang hampir sama, Proton turut mengambil langkah-langkah sohai iaitu mencabut aksesori-aksesori macam muffler tip, door visor, boot tray, bootlid cover, coilmat dan lain lain dari FLX SE.
Sekarang hang tepuk dada tanya selera, kereta mana yang lebih murah, lebih stabil, lebih besar? lagipun SV yang baru ni datang ngan front strut bar yang tak dimasukkan dalam Persona yang lama. Memang, FC Persona lebih teruk, IAFM kena tukar setiap 4-5 tahun, warranty ia cuma 2 tahun, tapi dibandingkan FLX SE yang semakin lama semakin cut cost, Persona SV nampaknya lebih value-for-money.
Gua difahamkan ayah hang kata Persona macam kosong sangat. hang dinasihatkan supaya bawa ayah hang gi test drive dulu, pastu baru buat keputusan.
btw, my vote goes to Saga FLX SE.