Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Kerajaan tidak tolak hudud - PM, ada sinar disana.

views
     
TSsoowky
post Apr 24 2014, 02:01 PM, updated 10y ago

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Jul 2009
From: /kay/
ALOR SETAR 24 April - Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di sini hari ini.-BERNAMAsos


Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0111sec    0.19    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 29th March 2024 - 12:59 AM