http://www.sinarharian.com.my/edisi/tereng...wanita-1.273597
DUNGUN - “Saya sanggup habis duit asal nampak cantik,” kata seorang mak nyah yang dicekup pihak berkuasa di sebuah restoran di bandar Paka, awal pagi semalam.
Dia ditahan Pegawai Penguatkuasa Syariah kira-kira jam 12.30 malam bersama seorang lagi rakannya setelah melakukan perbuatan tidak bermoral dengan memakai pakaian perempuan.
Menurutnya yang mesra dipanggil Amy, dia tampil dengan imej wanita sejak lebih 10 tahun lalu dan perwatakan itu amat disenanginya biarpun kadangkala menjadi bahan ejekan pelanggannya.
"Saya berasal dari Pattani, Thailand dan datang bekerja di restoran ini sejak setahun lalu dengan gaji RM30 sehari," katanya.
Kata Amy, untuk memastikan dirinya kelihatan seperti wanita, pendapatan yang diperoleh sebahagian besar akan dibelanjakan untuk membeli pakaian wanita termasuk baju dalam wanita.
Menurutnya, setiap bulan dia memperuntukkan kira-kira RM200 bagi tujuan tersebut selain selebihnya digunakan untuk membeli aksesori lain seperti lipstik dan minyak wangi.
"Saya ada ramai lagi rakan yang tampil dengan imej begini. Kami tak kisah apa orang kata, yang penting kita buat apa yang kita suka,” kata Amy atau nama lelakinya Sabri.
Amy yang ditahan bersama seorang lagi rakannya dikenal sebagai Nur bakal didakwa mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Pakaian wanita dan baju dalam wanita yang dipakai turut dirampas untuk dijadikan bahan bukti semasa proses pendakwaan nanti.
This post has been edited by rhoyo: Apr 24 2014, 08:29 AM
Dua ditahan berpakaian wanita, Pondan Di Tangkap !, Kerja di Restoran RM30 sehari News