Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda.
Prospek Kerjaya
Peluang-peluang sentiasa terbuka bagi anda untuk memilih salah satu daripada unit-unit yang tersebut di bawah ini mengikut Jabatan-jabatan bagi merealisasikan impian anda.
Pengurusan
Cawangan Pentadbiran
Cawangan Kebajikan
Bahagian Latihan
Cawangan Penyelidik / Pembangunan
Cawangan Perkhidmatan
Bahagian Tatatertib
Bahagian Perkhidmatan / Perjawatan
Bahagian Hal Ehwal Awam
Cawangan Perhubungan Awam
Bahagian Istiadat
Cawangan Pembantu
Cawangan Persatuan Polis
Cawangan Kem Komandan
Majlis Sukan PDRM
Jabatan KDN/KA
Urusetia
Pentadbiran
Pembangunan / Bekalan
Gerakan
Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP)
Unit Berkuda
Pasukan Gerakan Khas
Cawangan Trafik
Cawangan Marin
Unit Udara Polis
Cawangan Khas
Bahagian Urusetia / Analisis / FCCC
Bahagian E2 - Inteligen Sosial
Bahagian E3 - Inteligen Luar
Bahagian E4 - Inteligen Politik
Bahagian E5 - Inteligen Ekonomi
Bahagian E6 - Inteligen Keselamatan
Bahagian E7 - Pentadbiran
Jabatan Siasatan Jenayah
NCB / Interpol
Bahagian D1 - Pentadbiran
Bahagian D2 - Pusat Pendaftaran Jenayah
Bahagian D3 - Naziran
Bahagian D4 - Risikan Jenayah
Bahagian D5 - Pendakwaan / Undang-undang
Bahagian D6 - Bantuan Teknik
Bahagian D7 - Kongsi Gelap / Judi / Maksiat
Bahagian D8 - Penyelidik / Perancang
Bahagian D9 - Siasatan Khas
Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan
Jabatan Narkotik
Bahagian Siasatan Khas
Bahagian Penyelaras / Perhubungan Antarabangsa
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Seliaan
Bahagian Latihan
Bahagian Logistik
Bahagian Pendaftaran
Bahagian Tahanan
Risik Zon I
Risik Zon II
Perlucuthakan Harta
Soal Siasatan
Pakar / Bantuan Teknik
Jabatan Logistik
Cawangan Naziran
Pelupusan / Stok / Verifikasi / Hapus Kira
Pengkajian / Perolehan
Perolehan Am
Perolehan Teknikal
Bahagian Bangunan
Bahagian Kewangan
Gaji Pasukan Gerakan Am
Bahagian Pengangkutan
Bahagian Persenjataan
Bahagian Teknologi Maklumat
Bahagian Komunikasi
Bagaimana?
Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 4 cara iaitu, sebagai Konstabel Tambahan, Konstabel, Inspektor dan Kadet ASP. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. Anda juga akan menjalani latihan amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan.
Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.
Kenaikan Pangkat
Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.
Kelayakan Kadet ASP
1) KADET ASISTEN SUPRITENDAN POLIS (LELAKI / WANITA)
1.1 Rujukan Fail : FTMT 3/2006 Dlm. KPN (PR) 114/2/1
1.2 Jabatan : Polis Diraja Malaysia
1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional, Sokongan
(Skim Perkhimatan Bersepadu)
1.4 Klasifikasi Perkidmatan : Perkhidmatan Polis
2) JADUAL GAJI : Gred YY15
P1T1 RM 1,746.00-P1T20 RM 3,654.17
P2T1 RM 1,850.06-P2T20 RM 3,827.20
P3T1 RM 1,957.75-P3T20 RM 4,003.86
3) SYARAT LANTIKAN
3.1 Wargenegara Malaysia
3.2 Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh
tutup iklan
3.3 Kelayakan:-
3.3.1 Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf denganya,
(Gaji permulaan ialah pada Gred YY15: P1T1 RM 1,746.00) ;
ATAU
3.3.2 Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang dikitiraf oleh Kerajaan
daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf denganya,
(Gaji permulaan ialah pada Gred YY15: P1T2 RM 1,846.43) ;
ATAU
3.3.3 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang
diperlukan yang dikitiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YY15: P1T3 RM 1,946.86) ;
ATAU
3.3.4 (a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang dikitiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YY15: P1T5 RM 2,147.72) ;
ATAU
(b) Ahli Penuh Badan-Badan Ikthisas Perakaunan yang diiktiraf oleh
Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YY15: P1T5 RM 2,147.72) ;
ATAU
© Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta
menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikthisas Perakaunan yang
diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YY15: P1T6 RM 2,248.15) ;
ATAU
(d) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YY15: P1T6 RM 2,348.58) ; DAN
3.3.5 Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan.
3.3.6 Permohonan dikehendaki memastikan kelayakan yang dimiliki adalah
diiktiraf oleh Kerajaan untuk tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan
awam. Sila rujuk ke Unit Pengiktirafan Kelayakan, Bahagian Latihan,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengenal pasti
pengiktirafan Kelayakan yang dimiliki atau layari laman web
Pengitirafan Kelayakan www.jpa.gov.my
Kelayakan Inspektor
1) INSPEKTOR (LELAKI / WANITA)
1.1 Rujukan Fail : FTMT 3/2006 Dlm. KPN (PR) 114/2/1
1.2 Jabatan : Polis Diraja Malaysia
1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional, Sokongan
(Skim Perkhimatan Bersepadu)
1.4 Klasifikasi Perkidmatan : Perkhidmatan Polis
2) JADUAL GAJI : Gred YY11
P1T1 RM 1,095.00-P1T18 RM 2,525.22
P2T1 RM 1,150.66-P2T18 RM 2,687.36
P3T1 RM 1,208.74-P3T18 RM 2,854.34
3) SYARAT LANTIKAN
3.1 Wargenegara Malaysia
3.2 Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 26 tahun pada tarikh
tutup iklan
3.3 Kelayakan:-
3.3.1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan
ATAU
3.3.2 Diploma dalam bidang pentadbiran awam atau perakaunan yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setara dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred YY11: P1T4 RM1,280.13);
ATAU
3.3.3 Diploma Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan Senibina,
ukur atau Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YY11 : P1T5 RM1358.78);
DAN
3.3.4 Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3.3.5 Permohonan dikehendaki memastikan kelayakan yang dimiliki adalah
diiktiraf oleh Kerajaan untuk tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan
awam. Sila rujuk ke Unit Pengiktirafan Kelayakan, Bahagian Latihan,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengenal pasti
pengiktirafan Kelayakan yang dimiliki atau layari laman web
Pengitirafan Kelayakan www.jpa.gov.my
Nota:
Calon-calon yang mempunyai kelulusan akedemik yang lebih
tinggi boleh juga memohon
4) Pegawai polis yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan
Pegawai Rendah Polis dan Konstabel boleh juga memohon. Sila
rujuk Perintah Pasukan Khas PDRM untuk maklumat lanjut.
Kelayakan Konstabel
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 26 tahun pada tarikh ditemuduga
Kelayakan :-
Lulus SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DAN mendapat Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ATAU;
Telah menduduki SPM mengikut sistem terbuka dengan mendapat Kepujian dalam 2 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan lulus dalam empat mata pelajaran lain dalam satu peperiksaan atau 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.
Calon-calon yang memiliki kelulusan akademik yang lebih tinggi dari kelulusan SPM juga layak memohon.
Kelayakan Konstabel Tambahan
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 26 tahun pada tarikh temuduga
Tamat Tingkatan III atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan
Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman mengendaklikan bot, berkebolehan di dalam bidang sajian makanan atau memiliki lesen memandu Kelas D
Taraf Jawatan : TETAP
Kelayakan Fizikal
Kelayakan fizikal bagi jawatan A dan B hendaklah mempunyai ukuran
badan dan pancaindera seperti berikut :
Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan
1.57m bagi calon wanita tanpa sepatu;
Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi calon lelaki dan
48kg bagi calon wanita
Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kuranya 81cm dan
86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray
Gaji
Kadet ASP
P1T1 RM 1,746.00-P1T20 RM 3,654.17
P2T1 RM 1,850.06-P2T20 RM 3,827.2
P3T1 RM 1,957.75-P3T20 RM 4,003.86
Inspektor
P1T1 RM 1,095.00-P1T18 RM 2,525.22
P2T1 RM 1,150.66-P2T18 RM 2,687.36
P3T1 RM 1,208.74-P3T18 RM 2,854.34
Konstabel
P1T1 RM 690.00 - P1T21 RM 1512.80
P2T1 RM 732.35 - P2T21 RM 1579.35
P3T1 RM 775.91 - P3T21 RM 1647.11
Konstabel Tambahan
P1T1 RM 530.46 - P1T15 RM 1065.28
P2T1 RM 572.81 - P2T15 RM 1123.36
P3T1 RM 616.37 - P3T15 RM 1182.65
Penaklukan di bawah syarat-syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
Faedah Kerja
Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang menarik, antaranya :-
Imbuhan Tetap Perumahan
Kadet ASP - RM 450.00
Inspektor - RM 420.00
Konstabel - RM 230.00
Konstabel Tambahan - RM 230.00
Imbuhan Tetap Khidmat Polis
Kadet ASP - RM 170.00
Inspektor - RM 115.00
Konstabel - RM 80.00
Konstabel Tambahan - RM 65.00
Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya ke Semenanjung) diberi berdasarkan peratusan yang diterima
Bayaran kerja lebih masa - RM 100.00
Elaun pakaian seragam - RM 250.00
Bayaran Insentif Pertukaran/Perjalanan/Penginapan/Makan dan Sarapan
Kemudahan perubatan percuma
Kenaikan pangkat
Bayaran Insentif Teknikal
Cara Memohon
| Kadet ASP & Inspektor | Konstabel & Konstabel Tambahan |
Kadet ASP & Inspektor
Permohonan bagi jawatan Kadet ASP dan Inspektor hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran. Borang hanya dikeluarkan kepada pemohon yang mengemukakan Sijil Kelulusan Asal dan memenuhi syarat kelayakan fizikal yang ditetapkan.
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan :
Fotostat Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/PMR, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain sokongan yang disahkan oleh Guru Besar/Pendaftar Universiti/Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional.
Permohonan daripada Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.
Hanya borang permohonan yang lengkap diisi akan dilayan.
Permohonan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32cm x 23cm dan tuliskan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri.
Sertakan juga satu sampul surat berukuran 22cm x 11cm bersetem dan beralamat sendiri.
No. Rujukan Fail hendaklah dicatat di penjuru kiri sebelah atas sampul surat.
Konstabel & Konstabel Tambahan
Bagi jawatan Konstabel dan Konstabel Tambahan, calon-calon hendaklah hadir di pusat-pusat temuduga terbuka, seperti yang dinyatakan dalam iklan dalam akhbar-akhbar tempatan dan laman web ini, bersama-sama dokumen-dokumen berikut:-
3 keping gambar berukuran pasport
Kad pengenalan dan 2 salinan fotostat
Sijil Beranak (asal) dan 1 salinan fotostat
Sijil peperiksaan, Sijil Berhenti Sekolah (asal) dan lain-lain sijil kemahiran (asal), jika ada, dan 1 salinan fotostat setiap sijil
Pemegang Resit Kad Pengenalan (JPN 1/11) mesti dicop dan disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara, Petaling Jaya atau negeri-negeri
Surat sokongan Ketua Jabatan. 1salinan fotostat Penyata Perkhidmatan (bagi mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan)
Baju 'T' dan seluar pendek
Alat menulis - Ball point pen
Nama, No. Kad Pengenalan, Tarikh Lahir keluarga (adik-beradik) yang berumur 18 tahun ke atas
1 salinan fotostat bagi setiap perkara di para 3 - 5
Peringatan
Hanya pemohon yang layak selepas proses akan dipanggil untuk temuduga
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.
Pertanyaan
Unit Pengambilan
Cawangan Perjawatan
Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia
Bukit Aman.
50560 Kuala Lumpur
Tel : 03-22626314, 03-22626315, 03-22626316, 03-22626320
(source: www.rmp.gov.my)
Jul 25 2006, 02:12 PM, updated 20y ago
Quote
0.0201sec
0.22
5 queries
GZIP Disabled