Buat permulaan, seramai 149 pelajar diambil dan 20 kakitangan.
MRSM Bitara Pengkalan Chepa merupakan salah satu daripada 6 maktab bitara di Malaysia, selain MRSM Langkawi, MRSM Taiping, MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Kuantan dan MRSM Pontian. Kaedah pengambilan pelajar serupa dengan kaedah pengambilan pelajar bagi MRSM lain, namun begitu terdapat penekanan terhadap beberapa kriteria penting. Berikut ialah syarat kelayakan untuk memasuki salah satu daripada MRSM Bitara:
Mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam Penilaian Menengah Rendah.
mendapat markah tertinggi dalam ujian kecenderungan yang diadakan bagi calon-calon MRSM dan kementerian selepas PMR di pusat-pusat tertentu
Aktif dalam bidang ko-kurikulum
Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menentukan ciri-ciri pengambilan pelajar ke sesebuah MRSM Bitara seperti taraf hidup, penduduk luar bandar dan anak kakitangan MARA.
MRSM Bitara Pengkalan Chepa hanya mengambil pelajar-pelajar baru untuk Tingkatan 4 sahaja pada setiap tahun. Pengambilan pelajar baru biasanya dilakukan pada bulan Februari.
https://forum.lowyat.net/index.php?act=Post&CODE=00&f=23
Jan 25 2014, 04:37 PM, updated 12y ago
Quote

0.0240sec
0.41
6 queries
GZIP Disabled