Syarikat Atlas Edible Ice, SP Edible Ice dan Nature Ice mengumumkan kenaikan tersebut tidak dapat dielak selepas tarif elektrik dan beberapa kos utama yang lain meningkat seperti diumumkan kerajaan.
Pengurus Atlas Edible Ice Lee She Ching berkata, kenaikan itu berpunca dari peningkatan kos penggunaan tenaga elektrik yang meningkat sehingga 17 peratus selain kos buruh apabila gaji minimum setiap pekerja dinaikkan kepada RM900.
Menurutnya, kenaikan itu adalah yang pertama dibuat sejak 10 tahun lalu dan keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama dua syarikat lain yang membekalkan bahan yang sama.
“Kami harap dengan pengumuman ini pengguna tidak terkejut dan sekurang-kurangnya bersiap sedia apabila harga baru bermula tahun hadapan,” katanya sewaktu ditemui di sini semalam.
Sementara itu Pengurus SP Edible Ice Alex Law berkata, ais dalam pek kecil dinaikkan kepada RM3 berbanding harga sebelumnya antara RM1.50 ke RM2.
“Manakala harga ais dalam pek besar dinaikkan kepada RM4 berbanding harga lama RM2.50 ke RM3 setiap pek,” katanya.
Alex Law berkata, turut menyumbang kepada kenaikan harga ais itu ialah peningkatan kos diesel dan lain-lain kos penyelenggaraan pengangkutan dan sebagainya.
Beliau berharap pengguna dapat menerima kenaikan itu yang dianggap memadai dengan peningkatan segala kos sekarang.
“Untuk permulaan, kami telah memaklumkan kepada pekerja dan pemandu lori supaya memaklumkan kenaikan ais kepada semua pelanggan kami,” katanya.

SOS
Dec 27 2013, 03:54 PM, updated 12y ago
Quote

0.0212sec
0.24
5 queries
GZIP Disabled