
Sebahagian kereta lumba mini yang sukar didapati menarik minat pengumpul, sekali gus menjadikan harganya melambung tinggi.
KEGILAAN kereta mini 4wd jenama Tamiya kini kembali lagi apabila permainan kereta itu yang agak menyepi beberapa tahun kebelakangan ini kembali diminati dalam kalangan peminatnya.
Pada awalnya permainan kereta mini ini mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1980-an dan menjadi popular apabila siri animasi Dash Yonkura mula ditayangkan di televisyen tempatan pada awal 1990-an.
Siri animasi ini menampilkan beberapa anak muda yang cenderung dalam permainan kereta lumba mini, sekali gus mendorong mereka memasuki pelbagai pertandingan sehinggakan kereta mini itu laris jualannya.
Di Malaysia, pelbagai pertandingan dianjurkan dan ramai anak-anak muda cenderung mengubah suai kereta mini mereka agar menjadi lebih laju.
Ada banyak aspek diambil kira untuk menjadikan kereta mini ini stabil dan laju dengan menggunakan pelbagai teknik dan kemahiran bagi mendapatkan keupayaan maksimum.
Ruangan Fokus minggu ini mendekati mereka yang menggilai permainan kereta mini ini di pusat jualan dan permainan, Tamiya Underground di One Utama Petaling Jaya.
Rata-ratanya terkenang kembali semasa zaman kanak-kanak mereka bermain kereta permainan mini ini yang satu masa dahulu digilai ramai.
- Utusan Malaysia -
Dec 14 2013, 11:17 PM
Quote








0.0383sec
0.79
7 queries
GZIP Disabled