
http://www.prasarana.com.my/news-events/me...kat-tahun-depan
RapidPenang bakal beroperasi dengan Bas 2 Tingkat Tahun Depan
PULAU PINANG -- Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan bas awam RapidPenang, akan memperkenalkan bas dua tingkat dalam operasinya di Pulau Pinang dan Seberang Prai tahun depan, yang memberikan pengalaman baru kepada para penumpang di sini.
Daripada 120 buah bas baru yang akan dibeli untuk perkhidmatan RapidPenang tahun depan, 40 daripadanya adalah bas dua tingkat 12 meter, demikian diumumkan hari ini oleh Tan Sri Ismail Adam, Pengerusi Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) – syarikat induk Rapid Bus Sdn Bhd.
Pembelian 120 bas berkenaan adalah sebahagian daripada 200 bas baru untuk perkhidmatan RapidPenang, bagi menggantikan bas-bas yang digunakan sekarang termasuk 120 buah keluaran China yang digunakan sejak ia mula beroperasi pada Julai 2007.
Disaksikan oleh staf dan pegawai tinggi Rapid Bus dalam satu majlis perjumpaan khas dengan Tan Sri Ismail, RapidPenang menerima kumpulan pertama daripada 80 unit bas baru daripada Pengurus Besar Scania Malaysia, Haji Idros Puteh, yang diserahkan kepada Tan Sri Ismail.
Menurut Tan Sri Ismail, pembelian bas baru ini akan meningkatkan efisiensi dan memantapkan operasi Rapid Bus di Pulau Pinang.
“Pembelian bas-bas baru Scania adalah antara inisiatif Kumpulan Prasarana dalam mentransformasi dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan bas RapidPenang. Kontrak dengan Scania adalah untuk pembekalan 80 bas baru.
“Komitmen Prasarana adalah untuk pembekalan 200 bas, yang mana akan menggantikan 120 bas keluaran China yang digunakan sekarang,” tambah beliau.
Tambah beliau, proses pembelian baki 120 bas lagi akan dilaksanakan melalui sistem tender yang baru.
“Di bawah perancangan kami, baki 120 bas lagi termasuk 40 bas dua tingkat akan dihantar ke RapidPenang bermula Ogos 2014.
“Bas-bas baru ini akan dihantar secara berperingkat-peringkat bagi memastikan penggunaan seawal mungkin untuk keselesaan orang ramai dan meningkatkan prestasi perkhidmatan RapidPenang,” tambah beliau.
Berucap pada majlis berkenaan sebelum itu, Tan Sri Ismail berharap seluruh wargakerja Rapid Bus di Pulau Pinang akan terus meningkatkan prestasi kerja mereka untuk membangunkan syarikat dan merealisasikan visi Rapid Bus untuk menjadi Penyedia Pengangkutan Awam Berkelas Dunia Yang Terpilih.
Sep 9 2013, 12:16 PM, updated 13y ago
Quote



0.0173sec
0.26
5 queries
GZIP Disabled