For those of you suffering lag during prime time, it's on the Sg end.
Salam,
Terima kasih di atas feedback dan juga laporan yang diberikan. Tidak dinafikan bahawanya terdapat Network Congestion di antara ISP kita ke ISP di Singapura. Ini akan menyebabkan terjadinya isu packet loss, spike lag ataupun tidak berjaya loading ke screen battle terutamanya pada waktu sibuk ataupun peak hour iaitu pukul di antara pukul 7 malam sehinggalah 1 pagi.
Kenapa masalah ini hanya berlaku di WoT, tidak pada game yang lain?
Ini kerana setiap server mempunyai perjalanan taliannya tersendiri (route) dan ianya juga disediakan oleh syarikat yang berkenaan (ISP).

Sebagai contoh, saya akan menggunakan TangkiAir punya pingplotter test pada 21st May 2014. Sila perhatikan gambar rajah di atas, ping yang tinggi bermula sewaktu proses pemindahan di antara satu talian dengan yang lain dan packet loss bermula apabila berada di Hop 7. Apabila satu packet loss berlaku di dalam proses ini, maka ianya akan berterusan sehinggalah ke Server.
58.27.105.138 Malaysia Kuala Lumpur Tmnet
58.27.105.138
203.118.15.45 Singapore Singapore Starhub Ltd
203.118.15.45
203.118.2.25 Singapore Singapore Starhub Ip & Internet Exchange
203.118.2.25
203.117.163.142 Singapore Singapore Reserved For Pt To Pt
203.117.163.142
Pihak kami sedang berusaha untuk menangani masalah ini, namun ianya mengambil masa oleh kerana melibatkan pihak ketiga (ISP). Peringatan, saya bukanlah Pakar Network, jadi untuk penjelasan yang lebih lanjut, anda bolehlah bertanya pada pihak Support. Saya berharap dapat menjelaskan sedikit sebanyak kenapa masalah ini sedang dihadapi oleh pemain-pemain Malaysia untuk World of Tanks Asia.
Jikalau benar seperti apa anda semua katakan iaitu server WoT yang bermasalah, maka kesemua pemain tidak akan dapat masuk ke dalam game tersebut.
Harap maaf andai kata terkasar bahasa.
Cheers,
LiquidSnake.