Susah la mcm ni, ade makhluk macam ni... bagi aku cakap Bahasa Melayu la, baru faham kot..
Byk sgt menda2 yg sebenarnya takde dalam peraturan/undang-undang/pekeliling/ke ape pun dlm kerajaan ni. Menda2 ni sumanya amalan belaka, diperturunkan daripada otai2 yang berpuluh2 tahun keja, yg memulakan suma menda ni. Yang ada dalam kontrak, takleh kawin dalam masa 1-3 tahun dalam kerajaan, setahu aku cuma skim cikgu je, & jugak skim JQAF. Itu mmg ade dlm kontrak. Dlm PTD takde tertulis kat mana2 pun, takleh kawin dalam masa 3 tahun. Aku buat kesimpulan kat sini, tempoh 3 tahun tu diambil berdasarkan kepada tempoh biasanya pegawai2 M41 disahkan dalam perkhidmatan. Dan mmg selama ni cikgu-cikgi takleh pregnant, kawin suma tu, takde sapa nak persoalkan. Cuma dlm awal thn ni ke hujung thn lepas, ade sorg minah ni pegi TV3 bawak isu ni. Baru suma org tau & org2 Kementerian pulak buat2 mcm baru tau.
Skang pasal PTD. Yang menjadi isunya sekarang, yelah suma pegawai PTD kena pegi kursus yang dipanggil DPA. Dalam tempoh DPA ni pun, kalu ko nak kawin ke, nak pregnant kembar ke, takde sapa yg marah. Tapi, kalu pregnant, pegawai tak dibenarkan pegi mengikuti modul luar mcm tentera, bomba etc. Kalu dh takleh buat modul luar, maknanya kena repeat modul tu di DPA yg akan datang. Maknanya di sini, kalu dh kena repeat modul, lambatla dpt DPA, kalu dh lambat dpt DPA, lambatla konfirm. Itu sahaja. Ade budak sidang aku, siap take time off, cuti 2-3 hari dalam masa buat DPA, utk pegi kawin. Tp itu cuma special case shj, jgn cuba2 nak tiru. Nnt takleh kawin, jgn ckp aku yg ajar...
Kalu ade sesapa tak puas hati dgn perkhidmatan kjaan ke, tak puas hati dgn PTD ke, ckp la kat sini. Forum members yg dh berada dlm servis mungkin buleh membantu, atau even buleh tgk kat mana yg silapnya. Selain itu, forum ni jugak bertujuan utk membantu sesapa yg nak tau psl camna nak amik exam ke, nak g interview ke. Kita buleh tolong, jgn risau. Nak hentam pun, silakan la. Sbg org yg dah berada dlm servis, mungkin kitorg lebih tau ape yg terjadik, berbanding org2 yg main dengar2 ckp kawan yg dgr dari kawan sepupu dia ke ape ke. Ataupun daripada org2 yg dok baca blog2 sana sini, pastu pegi bgtau kat suma org mcm dia tau sgt. Jadi, kita kat sini just nak memperbetulkan tanggapan2 yg salah tu. Itu je.
Org bodoh, kalu dilayan, kita pun jadik bodoh. I rest my case.
PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK-M41, ....
Jun 2 2009, 12:32 PM
Quote
0.0226sec
0.58
6 queries
GZIP Disabled