Outline ·
[ Standard ] ·
Linear+
non-halal fish
|
Scar_face
|
Jul 29 2013, 01:36 PM
|
|
QUOTE(RoyMcAvoy @ Jul 29 2013, 12:07 PM) baca balik kitab, gi tanya ustaz. There's no such thing as "2 alam" rule in halal consumption. And ts, poisonous fish is haraam. maksud binatang laut/air ialah yang tidak hidup melainkan di dalam laut atau air, di mana jika dikeluarkan dari laut/air akan menjadilah hidupnya seumpama binatang darat yang disembelih (yakni hidup yang amat singkat). Adapun binatang yang boleh kekal hidup di laut/air dan juga di darat, maka ia dinamakan sebagai binatang/haiwan dua alam. Menurut mazhab Syafiie; semua binatang dua alam haram dimakan. Contohnya; katak, ular, buaya, kura-kura, penyu, belangkas dan sebagainya. Mazhab Maliki menghalalkannya. Wallahu a'lam. sos
|
|
|
|
|
|
Scar_face
|
Jul 29 2013, 01:37 PM
|
|
QUOTE(nitromx @ Jul 29 2013, 01:34 PM) since we are in halal topic is deer meat halal?  rusa boleh makan, kuda boleh makan, unta juga boleh dimakan » Click to show Spoiler - click again to hide... « QUOTE Haiwan Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu; a) Haiwan Darat. b) Haiwan Air. 2.1.1 Haiwan Darat Semua haiwan darat(mamalia maun @ mamalia herbivor)seperti lembu,rusa,kambing dan sebagainya, serta keluarga burung yang tidak beracun dan muncung paruhnya tumpul dan bengkok seperti itik,ayam,burung puyuh dan sebagainya halal dimakan, kecuali; i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.(Disembelih bukan kerana Allah). ii. Babi. iii. Anjing. iv. Haiwan(mamalia maging @ mamalia karnivor) yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya. v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya(karnivor). vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan,lipas,lalat, ular dan seumpamanya(reptilia).Namun begitu sejenis reptilia padang pasir itu biawak padang pasir(dhab) boleh dimakan dalam Islam. vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.Sejenis belalang daun yang darahnya tidak mengalir boleh dimakan menurut Islam. viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji)(al-Khabaith) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya. ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut,singa laut dan seumpamanya(amfibia).Ketam yang hidup dua alam seperti jenis Ketam Batu dan Ketam Hijau adalah haram dimakan(sila lihat penjelasan di rencana di bawah). x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal,namun haram dimakan yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing. 2.1.2 Haiwan Air Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ia adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.Ikan Belacak halal dimakan. This post has been edited by Scar_face: Jul 29 2013, 01:39 PM
|
|
|
|
|