Welcome Guest ( Log In | Register )

5 Pages  1 2 3 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Untuk Menjadi Mat Rempit, Prannnnggg...prannnnggg......

views
     
SUSSniperUnit
post Jul 12 2013, 04:42 PM, updated 13y ago

Getting Started
**
Junior Member
135 posts

Joined: Jan 2013
From: Behind you



1.Mesti mempunyai motor dan tahu selok-belok tentang motor
Kalau nama pun Mat Rempit, kenalah ada motor. Kalau tidak macam mana nak merempit. Kalau ada basikal, itu namanya Mat Fixie. Kalau ada kereta, itu namanya Mat Drift. Kalau ada ais krim, itu namanya Mat Cool.Dan mestilah tahu selok belok tentang motor. Mesti tahu cara nak bagi bunyi eksoz kuat, cara nak buat motor boleh pergi laju, cara nak tukar spark plug dan cara memakai helmet dengan betul.

2.Seorang lelaki
Mat Rempit mestilah seorang lelaki kerana aksi Mat Rempit adalah merbahaya dan hanya lelaki yang sesuai untuk melakukan aksi tersebut. Kalau perempuan, baik jadi Bohsia saja. Menjadi trofi kemenangan para Mat Rempit dan jadi teman tidur untuk satu malam. Pondan? Pergi lepak Lorong Haji Taib saja lah.

3.Berhati kering
Kalau setakat jenis nak buang sampah merata-rata pun rasa takut, hentikanlah niat nak jadi Mat Rempit. Mat Rempit mestilah berhati kering. Kalau boleh, macam langsung tiada perasaan. Tak takut pada sesiapa. Hatta, tidak takut pada tuhan sekalipun. Polis? Macam langsung tak dipandang. JPJ? You can kiss my ass. Kalau nampak road block, selamba saja buat u-turn dan jalan menentang arus kereta yang bertentangan. Mati? Apa ada hal. Tak anak jantanlah kalau kau takut mati. Mat Rempit mana takut mati.

4.Bertelinga tuli dan tahan dimaki
Apa kaitan Mat Rempit dengan telinga? Kerjaya sebagai Mat Rempit biasanya tidak direstui oleh ibubapa. Sebelum kamu keluar merempit, kamu mesti akan dileteri oleh emak dan dimaki oleh ayah. Oleh itu, ketahanan telinga adalah penting dan jangan sesekali koyak emosi bila dimaki oleh ibubapa anda. Telinga tuli ini juga perlu ketika polis trafik tahan dan memaki kamu dengan beberapa perkataan maki hamun yang kamu tak pernah dengar keluar dari mulut mak ayah kamu.

5.Berkebolehan melakukan aksi yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain
Mat Rempit semuanya mestilah tahu melakukan aksi berani mati yang boleh memendekkan umur mereka sendiri. Aksi-aksi wajib seperti Wheelie (angkat tayar depan), wheekang (brek motor sampai motor terjungkit), Superman (baring atas motor ala-ala superman), scorpion (sama seperti superman tapi kaki diangkat sebelah), Spiderman (aku tak tahu skill yang ini. Ini kawan aku yang petik nama skill ni) dan lain-lain. Oleh kerana mereka mampu melakukan aksi berani mati, mereka mempunyai kelebihan untuk membuat kerja sambilan di Sarkas ataupun persembahan TATU Angakatan Tentera Malaysia. Ataupun, mereka patut dilatih untuk menyertai pasukan gimnastik Malaysia memandangkan mereka boleh melenturkan badan dengan baik dan mempunyai imbangan badan yang baik. Sesuai untuk acara balance beam.

6.Mempunyai bentuk rambut mullet
Kebanyakan Mat Rempit mempunyai gaya rambut Mullet. Kamu tahu macam mana bentuk rambut Mullet? Rambut ekor panjang di belakang, rambut bahagian atas pendek. Sila Google sendiri. Rambut gaya Mullet amat penting kerana ia memudahkan Mat Rempit untuk menyarung dan menanggalkan helmet tanpa merosakkan gaya rambut.

7.Mesti tahu berzina
Dosa besar yang paling popular dan paling digemari yang dilakukan oleh Mat Rempit ialah berzina. Kenapa ia yang paling popular dan digemari? Mestilah. Dapat 'main' perempuan secara free, lelaki mana yang tak suka. Lagipun, itulah dosa besar yang tidak memberikan effect kepada diri sendiri. Kalau terpancut dalam, yang mengandung Bohsia tersebut, bukannya jadi masalah untuk Mat Rempit tersebut. Walaupun sudah banyak kali berzina, tapi Mat Rempit masih lagi bodoh dan tak tahu menggunakan kondom. Kalau minum arak bahaya. Macam mana nak bawa motor kalau sudah mabuk? Lagipun, Bohsia yang dapat hasil perlumbaan tadi takkan nak dibiarkan jadi perhiasan saja kot. Jadi zina adalah pilihan yang tepat.

8.Sering duduk dalam kumpulan
Kamu pernah nampak ke Mat Rempit lepak sorang-sorang. Mereka perlu duduk dalam kumpulan yang ramai. Mereka hanya berani apabila duduk secara berkumpulan dan bagaikan lelaki hilang kemaluan apabila duduk berseorangan. Duduk secar berkumpulan juga menampakkan mereka bagaikan berkuasa, sedangkan duduk berseorangan menunjukkan yang mereka bagaikan seorang loser (Mat Rempit yang tiada geng adalah Mat Rempit produk gagal).

9.Teknik mengurat perempuan yang cliche
Aktiviti yang biasa dibuat oleh Mat Rempit bila duduk dalam kumpulan ialah mengurat perempuan. Perempuan pilihan yang menjadi mangsa mengurat mereka ialah kebanyakannya perempuan bertudung. Ya lah, perempuan seksi malam nanti boleh dapat. Kalau siang kenalah cari perempuan yang baik-baik sikit. Mereka menggunakan teknik zaman 90'an untuk mengurat perempuan. Sebagai contoh mereka masih meletakkan harapan dapat menackle perempuan dengan teknik membuat bunyi cencurut, yang berbunyi cccuuuttt!!! ccuuuttt!!!! Ataupun mereka sering menggunakan satu lagi ayat cliche seperti, "Hai Kak Long. Sorang je ke?". Mereka sering menggunakan kata ganti nama 'Kak Long' untuk para gadis. Kenapa? Itu kamu kena tanya Mat Rempit sendiri.

10.Pakai gelang besi
Dah menjadi satu trend yang kebanyakan Mat Rempit kini memakai gelang besi. Kenapa? Mungkin dengan memakai gelang besi, mereka lebih merasa superior dan nampak ganas. Gelang besi yang mereka pakai biasanya dibeli di uptown, CM ataupun Sungei Wang Plaza dengan harga semurah RM 10. Tapi kini, muncul pula gelang besi berkualiti tinggi berharga RM 1,000.00 walaupun harga asalnya di luar negara cuma USD 25.00. Itulah dia gelang besi AC Mizal. Tidak mungkin Mat Rempit mampu mmebeli gelang besi AC Mizal kerana biasanya duit minyak motor pun, mereka masih minta dari mak dan ayah mereka.

11.Berbangsa Melayu
Dan ini adalah kreteria yang paling penting sekali. Mat Rempit mestilah berbangsa Melayu. Pernah ke kamu tengok orang Cina atau India jadi Mat Rempit? Ah Seng hanya naik motor untuk jual ikan. Muthu pula naik motor untuk menghantar surat khabar. Ahmad saja yang naik motor buat merempit. Mungkin Mat Rempit sepatutnya dimasukkan ke dalam Ketuanan Melayu dimana kuota untuk Mat Rempit dikhaskan 100% milik Melayu sahaja.


==========


Sampai di sini sahaja nukilan untuk hari ini. Aku harap, entri ini dapat membantu kamu membezakan yang mana Mat Rempit asli, dan yang mana Mat Rempit poser yang hanya merempit untuk impress budak perempuan bawah umur.

Sos EX5 : http://aremierulez.blogspot.com/2011/02/ci...uk-menjadi.html
silent_stalker
post Jul 12 2013, 04:44 PM

Enthusiast
*****
Senior Member
852 posts

Joined: Apr 2012


U think other race no rempit? Go to semenyih and see
meteoraniac
post Jul 12 2013, 04:44 PM

Regular
******
Senior Member
1,099 posts

Joined: Aug 2005


*.. U expecting me to read that...
Haters_Gonna_H8
post Jul 12 2013, 04:45 PM

:hehe:
*******
Senior Member
2,663 posts

Joined: Aug 2012


SALAH LA! BUKAN PRANNG PRANGG


PRENNG PRENNGG LA
-w@kau--
post Jul 12 2013, 04:45 PM

Getting Started
**
Junior Member
183 posts

Joined: Sep 2009
From: Klang Bukit Tinggi


jangan gila la oi ~~
FidelisGVR
post Jul 12 2013, 04:46 PM

On my way
****
Senior Member
673 posts

Joined: May 2008
From: City of Kittehs



Very true dowh description nih. Tepat giler syial.... rclxms.gif
seba
post Jul 12 2013, 04:46 PM

젖고있어 / Beenzino
****
Senior Member
599 posts

Joined: Oct 2011
nombor 11 bullshiat
ctys2012
post Jul 12 2013, 04:47 PM

Getting Started
**
Junior Member
280 posts

Joined: Nov 2012


LOL at 11

i go melaka and survey

This post has been edited by ctys2012: Jul 12 2013, 04:47 PM
FidelisGVR
post Jul 12 2013, 04:47 PM

On my way
****
Senior Member
673 posts

Joined: May 2008
From: City of Kittehs



QUOTE(mambangafro @ Jul 12 2013, 04:45 PM)
typical chinese rempit:RGV 120 with helmet Index

typical indian rempit:EX5 warna biru with colorful shock absorber.
*
laugh.gif laugh.gif laugh.gif

i LOLed hard
ate
post Jul 12 2013, 04:47 PM

On my way
****
Senior Member
629 posts

Joined: Mar 2010
copy paste mana ni lahanat. Perangai rempit UITM pliagirising habis.
s@ni
post Jul 12 2013, 04:47 PM

Gambar Di Lesen Kereta Saya
*******
Senior Member
2,842 posts

Joined: Jun 2005
From: Seasaw



QUOTE(mambangafro @ Jul 12 2013, 04:45 PM)
typical chinese rempit:RGV 120 with helmet Index

typical indian rempit:EX5 warna biru with colorful shock absorber.
*
eventho i hate ur pink kuda, but this is true
thesun
post Jul 12 2013, 04:48 PM

Regular
******
Senior Member
1,810 posts

Joined: Sep 2009
Vroom vroom...
preng prenggg
SUSStationMonkey
post Jul 12 2013, 04:48 PM

New Member
*
Junior Member
15 posts

Joined: Sep 2009
From: Border of Fantasy



TOROBO layak tak?
kmunz
post Jul 12 2013, 04:49 PM

Casual
***
Junior Member
328 posts

Joined: May 2007
From: No Where



QUOTE(mambangafro @ Jul 12 2013, 04:45 PM)
typical chinese rempit:RGV 120 with helmet Index

typical indian rempit:EX5 warna biru with colorful shock absorber.
*
haha... true but typical chinese rempit helmet should be cheap AGV / LTD
thesun
post Jul 12 2013, 04:49 PM

Regular
******
Senior Member
1,810 posts

Joined: Sep 2009
QUOTE(mambangafro @ Jul 12 2013, 04:45 PM)
typical chinese rempit:RGV 120 with helmet Index

typical indian rempit:EX5 warna biru with colorful shock absorber.
*
kudapondan tak rempit?
napoli26
post Jul 12 2013, 04:50 PM

kena toto 6/58
*******
Senior Member
2,301 posts

Joined: Oct 2008
From: android#[me@linuxbox me]$ my_location


QUOTE(meteoraniac @ Jul 12 2013, 04:44 PM)
*.. U expecting me to read that...
*
mau report pulis lagi? doh.gif
SUSStationMonkey
post Jul 12 2013, 04:53 PM

New Member
*
Junior Member
15 posts

Joined: Sep 2009
From: Border of Fantasy



LAST POINT TIPUUUUUUUUUU

11.Berbangsa Melayu
Dan ini adalah kreteria yang paling penting sekali. Mat Rempit mestilah berbangsa Melayu. Pernah ke kamu tengok orang Cina atau India jadi Mat Rempit? Ah Seng hanya naik motor untuk jual ikan. Muthu pula naik motor untuk menghantar surat khabar. Ahmad saja yang naik motor buat merempit. Mungkin Mat Rempit sepatutnya dimasukkan ke dalam Ketuanan Melayu dimana kuota untuk Mat Rempit dikhaskan 100% milik Melayu sahaja.




supermoto
SUSSniperUnit
post Jul 12 2013, 04:54 PM

Getting Started
**
Junior Member
135 posts

Joined: Jan 2013
From: Behind you



QUOTE(Haters_Gonna_H8 @ Jul 12 2013, 04:45 PM)
SALAH LA! BUKAN PRANNG PRANGG
PRENNG PRENNGG LA
*
Pranngg...prannngg... tu yg dah modify bang..... nod.gif
napoli26
post Jul 12 2013, 04:54 PM

kena toto 6/58
*******
Senior Member
2,301 posts

Joined: Oct 2008
From: android#[me@linuxbox me]$ my_location


QUOTE(thesun @ Jul 12 2013, 04:49 PM)
kudapondan tak rempit?
*
user posted image
user posted image
user posted image
Coldf3ar
post Jul 12 2013, 04:55 PM

On my way
****
Junior Member
520 posts

Joined: Jul 2008
dan sticker monster ?

5 Pages  1 2 3 > » 
Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0131sec    0.37    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 5th December 2025 - 01:33 AM