Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

Local Clubs Kelantan FA 2013/2014 Football Thread, thank you and good luck obinna & Ghaddar

views
     
gry
post Jul 18 2015, 04:53 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(syazwan @ Jul 18 2015, 12:53 PM)
Petratos ex kelate reject, scored vs liverpool -pre season game
*
Bojan prefer keita mandjou dr dia. Bangang!!!
sahathai
post Jul 28 2015, 04:51 PM

Getting Started
**
Junior Member
174 posts

Joined: Aug 2008


FAM suruh KAFA bayar hutang S. Darby RM6++k??? Kontrak dia dulu sejuto ko?
gry
post Jul 28 2015, 04:56 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(sahathai @ Jul 28 2015, 04:51 PM)
FAM suruh KAFA bayar hutang S. Darby RM6++k??? Kontrak dia dulu sejuto ko?
*
Dia sign dua thn kontrak kalau x silap..
Ichighost
post Aug 1 2015, 10:46 PM

Casual
***
Junior Member
354 posts

Joined: Aug 2008
From: Oxpod



buleh lah..koho2..
OvenBaked
post Aug 1 2015, 10:51 PM

Hurricane
*****
Senior Member
726 posts

Joined: Nov 2014
From: Southern Uganda



No star no hal
torreto
post Aug 1 2015, 10:54 PM

On my way
****
Senior Member
655 posts

Joined: Apr 2007
From: Russia with Love


Ok la tu slow slow kutip 3pts
DrLabii
post Aug 1 2015, 11:01 PM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Apr 2011
bereh
faris21
post Aug 2 2015, 03:11 PM

Newbies
*******
Senior Member
4,453 posts

Joined: Jan 2007
From: La Masia


guano otok molek main, mujur buleh red card tu buleh lepas leading, Iwuji pun bleh keno red card tu tackle dua kaki

gry
post Aug 2 2015, 03:48 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(faris21 @ Aug 2 2015, 03:11 PM)
guano otok molek main, mujur buleh red card tu buleh lepas leading, Iwuji pun bleh keno red card tu tackle dua kaki
*
Letih bokali.. Kena kad boleh rest.. Haha
sahathai
post Aug 9 2015, 04:35 PM

Getting Started
**
Junior Member
174 posts

Joined: Aug 2008


Doh guano tiap kali kawe gi stadium, set kito kaloh ni? Jeng braso....
torreto
post Aug 12 2015, 08:59 PM

On my way
****
Senior Member
655 posts

Joined: Apr 2007
From: Russia with Love


Habis kena Pahang ayam hahaha
cosa
post Aug 12 2015, 09:43 PM

New Member
*
Newbie
5 posts

Joined: Jul 2011
khairul azhan patut bulih kad meroh kot..

tapi jeng la lawe pahang, semo defender tinggi tak main
torreto
post Aug 15 2015, 10:46 PM

On my way
****
Senior Member
655 posts

Joined: Apr 2007
From: Russia with Love


Ni baru jolor, tapi defend JDT mmg X jadi mlm ni. lepas dapat kad merah jadi on form eh ? Haha
Prince of Andalus
post Aug 19 2015, 10:05 AM

Casual
***
Junior Member
365 posts

Joined: Dec 2006
glory hunter reporting in.. laugh.gif
kelmarin
post Aug 19 2015, 01:35 PM

Getting Started
**
Junior Member
138 posts

Joined: May 2014
QUOTE(Prince of Andalus @ Aug 19 2015, 10:05 AM)
glory hunter reporting in..  laugh.gif
*
hi prince. i nak tanya you sesuatu. harap abang boleh tolong saya. where can i buy kelantan or felda jersey in Johore? kedai kedai itu ada website tak? thanks.
Prince of Andalus
post Aug 20 2015, 07:55 AM

Casual
***
Junior Member
365 posts

Joined: Dec 2006
QUOTE(kelmarin @ Aug 19 2015, 01:35 PM)
hi prince. i nak tanya you sesuatu. harap abang boleh tolong saya. where can i buy kelantan or felda jersey in Johore? kedai kedai itu ada website tak? thanks.
*
Kat johor tak pasti. Tapi Ben10 @ norfarhan muhammad ada jual jersi kat kedai dia di Kelantan. Cuba pm fb dia utk post.

https://www.facebook.com/NorfarhanMuhammadOfficial

Dulu bangunan mara kl pun ada jual. Sekarang tak pasti.





Shaky la nampak mat chah main semalam. Bakpo tahu zahasmi tok guna apek. Gol 1st dgn 3rd tu sepatutnya takleh gol.
torreto
post Sep 13 2015, 01:52 PM

On my way
****
Senior Member
655 posts

Joined: Apr 2007
From: Russia with Love


Senyap jah ? Gaji tertunggak pah ko forum senyap ko
zaidi
post Sep 13 2015, 11:41 PM

Regular
******
Senior Member
1,738 posts

Joined: Jan 2003
hehehe ... lamo tok mene ... puah hati tgk buh 3 ko selangor

HangPC2
post Sep 19 2015, 07:02 PM

Casual
***
Junior Member
396 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Mengapa Annuar Musa sedang menyusahkan Kelantan FA



By Keeshaanan Sundaresan

Translated by Omar Zin

- September 19, 2015



Cuba fikir sejenak. Melihat dari satu sudut, kita ada Johor DT – pasukan yang mempunyai kewangan yang kukuh dan satu-satunya pasukan yang sentiasa mencipta sejarah bola sepak Malaysia.

Jika dilihat dari satu lagi sudut, anda ada Kelantan FA (KAFA) – pasukan yang pernah mendominasi bola sepak tanah air, tetapi kini telah dihambat dengan krisis kewangan.

KAFA masih belum membayar para pemainnya selama hampir tiga bulan, walaupun Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa sering memberikan jaminan awal. Namun ia telah sampai pada satu tahap di mana para pemain mula mendedahkan situasi mereka secara sarkastik di media sosial terhadap pihak pengurusan. Tetapi kita tidak boleh salahkan mereka


Pada masa yang sama, mereka juga sedang menghadapi masalah dengan bekas ketua jurulatih Steve Darby – mereka mempunyai hutang sebanyak RM630,000 selepas bersetuju untuk menamatkan kontraknya pada April 2014. Wang pampasan untuk Azraai Khor Abdullah dan Obinna Nwaneri juga masih belum dilangsaikan.

Namun di tengah-tengah krisis kewangan yang melanda KAFA, Tan Sri Annuar Musa telah membuat satu kenyataan kontroversi semasa ‘ Himpunan Rakyat Bersatu ‘ semalam. “ Perkauman adalah perkara yang dituntut dalam Islam, selagi mana tidak melakukan kezaliman pada orang lain. Perhimpunan ini kalau kata perkauman, saya jawab ya memang betul. Apa nak takut ? ”

Saya serahkan kepada pakar-pakar politik, wartawan, pakar-pakar agama dan ulama-ulama untuk mengkaji kenyataannya secara logik (bukannya ianya tidak dilakukan langsung di media sejak 12 jam yang lalu) jadi mari kita lihat perkara ini dari sudut kesukanan.


Jika sekali imbas, ianya mungkin kelihatan seperti satu lagi kenyataan taksub yang berbaur perkauman. Tetapi ini adalah satu koleksi buah mulut semua orang untuk membentuk satu tanggapan mereka terhadap TSAM, yang juga mempunyai kaitan langsung dengan persepsi mereka terhadap KAFA. Siapakah orang-orang ini sekali lagi ? Saya , anda, dan seluruh individu yang mewakili syarikat-syarikat multinasional (MNC) serta jenama korporat besar di luar sana.


2016 merupakan tahun yang penting buat bola sepak Malaysia kerana liga-liga tempatan akan mula diswastakan, bermakna pasukan-pasukan bola sepak perlu mula beroperasi sebagai syarikat swasta, dengan keperluan untuk menjana keuntungan sendiri demi memastikan kelancaran beroperasi. Sudah tentu, proses ini akan mengambil masa selama beberapa peringkat, supaya setiap pasukan mempunyai peluang untuk membiasakan diri dengan perubahan tersebut, tetapi suka atau tidak, mereka perlu mula memberikan tumpuan kepada membentuk kerjasama dengan ahli korporat.

Tetapi sekarang timbul pula tanda tanya berkenaan dengan keupayaan KAFA untuk menarik jenama-jenama besar, selepas kenyataan ‘ perkauman ‘ TSAM itu, semalam. Usah kita bercakap pun tentang kesahihan fakta atau kata-kata retorik beliau. Dari perspektif perniagaan itu sendiri, ia adalah satu kenyataan yang tidak patut dibuat. Para pemimpin sesebuah organisasi bertanggungjawab ke atas kenyataan-kenyataan yang dibuat, dan ia biasanya membawa kesan yang mendalam terhadap organisasi mereka sendiri.

Fungsi penaja korporat bukan sekadar menjadi rakan kongsi dengan mereka. Ianya menunjukkan bahawa terdapat nilai dalam bola sepak tempatan dan juga nilai dalam jenama pasukan bola sepak kita. Mengapa perlu jenama korporat mengaitkan diri mereka dengan organisasi yang mempunyai pemimpin yang bersifat perkauman ? Pasukan itu mungkin pasukan yang kuat, mempunyai reputasi yang tinggi dalam arena bola sepak tempatan. Tetapi perlu diingat, dunia perniagaan juga adalah tentang persepsi.


Tradisinya, kebanyakan syarikat MNC telah menjauhkan diri daripada pasukan Malaysia kerana wujudnya sikap kurang profesionalisme.Satu perbualan baru-baru ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail mendedahkan bahawa terdapat beberapa pasukan Malaysia yang masih lagi tidak mempunyai sebuah jabatan media sendiri, yang boleh dijadikan sebagai medan rujukan dengan segera. Ia mengambil masa yang lama untuk berhubung dengan beberapa pasukan tersebut. Pengarah Teknikal FAM Fritz Schmid juga mengeluarkan sentimen yang serupa : “ Kami sedang bergerak ke arah penswastaan, tetapi kebanyakan pasukan Malaysia tidak mempunyai sebarang struktur perniagaan yang asas, ” katanya.

Sebaliknya, lihatlah JDT. Ia bukanlah perkara yang sukar untuk difahami mengapa banyak syarikat berlumba-lumba mahu menjadi rakan kongsi dengan mereka. Selain mempunyai reputasi tinggi dari segi profesionalisme di Malaysia, dan mungkin juga Asia Tenggara, keupayaan TMJ untuk menyinar dari segi kelebihan moral (moral high ground) telah memainkan peranan yang sangat penting. Baginda sentiasa menyuarakan pendapat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan peminat-peminatnya, dan berjaya mencipta reputasi ‘ wira yang disegani ‘ untuk dirinya sendiri – suatu konotasi positif yang digemari oleh jenama-jenama terkemuka.

Baiklah, KAFA masih mempunyai peluang untuk menjana pendapatan daripada Piala Malaysia. Mereka juga bakal menjana pendapatan daripada hak perjanjian TV yang baru, yang akan bermula tahun depan. Khabar angin juga mengatakan bahawa mereka mungkin akan menjual beberapa pemain bergaji tinggi untuk meringankan beban pasukan.

Tetapi untuk terus berkembang sebagai sebuah kelab bola sepak, pendapatan pasukan perlulah sentiasa meningkat. Untuk memperkasakan sistem pembangunan belia yang kukuh, ia memerlukan satu perbelanjaan yang besar. Untuk tingkatkan prasarana untuk pemain, ia memerlukan satu perbelanjaan yang besar. Untuk menarik perhatian pemain terbaik untuk datang dan bermain untuk pasukan, ia juga memerlukan satu perbelanjaan yang besar.

Ianya satu situasi yang sedih sebenarnya. Untuk satu pasukan yang telah berjaya serta dikagumi ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melihat mereka kini dibelenggu dengan krisis kewangan merupakan satu perkara yang mengecewakan. Tetapi apa yang lebih mengecewakan ialah apabila pihak pengurusan dan pemimpin kelab, membuat keputusan dan mengeluarkan kenyataan, tanpa mengambil kira kebajikan pasukan itu sendiri.


Sudahlah ianya cukup sukar untuk berhubung dengan warga korporat, kenyataan TSAM akan membuatkannya lebih sukar untuk KAFA membentuk hubungan dengan warga korporat. Lebih buruk lagi, ia akan terus mempengaruhi persepsi ramai terhadap situasi liga tempatan – zalim, tidak matang dan ia menjadi medan buat sekumpulan individu yang kurang sensitif.

Mungkin ianya kedengaran seperti terlalu diperbesar-besarkan, tetapi kita tidak boleh menyalahkan mereka, apabila sikap kurang profesionalisme sering ditonjolkan oleh individu-individu yang sepatutnya melindungi dan membantu pembangunan bola sepak Malaysia.



Sources : http://www.fourthofficial.com/















HangPC2
post Dec 30 2015, 01:26 PM

Casual
***
Junior Member
396 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image

user posted image

This post has been edited by HangPC2: Dec 30 2015, 01:28 PM

110 Pages « < 106 107 108 109 110 >Top
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0279sec    0.28    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 28th March 2024 - 08:44 PM