Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Some joke stories, relax and read..sory if double post

views
     
TSWitchblade
post May 7 2006, 09:30 PM, updated 20y ago

We are Biker
******
Senior Member
1,688 posts

Joined: Jan 2003
From: inside toilet bowl



ULTRAMAN STORY

Recently I met up with my idol Ultraman in Tokyo, Japan, the city he
has saved many times over from evil, destructive monsters. We met at
an intersection downtown, bought drinks from a vending machine and sat
on the kerb for this interview.

Me: Konichiwa, Ultraman-san!

Ultraman: Apa khabar, Visiteur-san!

Me: Wow! Ultraman reti cakap bahasa?

Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua
kena lah belajar macam-macam bahasa.

Me: Cool! So, what you been up to, dude?

Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in Fukushima
prefecture.We fought until we reached the seaside in Hamadori. A lot
of people died.

Me: The monster killed so many?

Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit diorang.

Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?

Ultraman: Ada lah. Tapi diorang dah malas nak lawan. Dah ada agent and
publicist.

Merchandising rights. Suma lawan nak dapat market share je.Boring lah,
beb!

Me: I see. So camne brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro ..
?

Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia bukak restoran
sushi
kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.

Me: Wow!

Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah,
sebab we all oleh kahwin ngan orang Planet Ultra je. But thanks to
Ultra-Gods,my father, Ultraman yang bertanduk tu, finally gave his
blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.

Me: What about Taro?

Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing jual ubat untuk
kuatkan tenaga batin.

Me: Eh, naper Ultraman suma tak nak jadi superhero lagi?

Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, Power
Ranger lah, ni lah, tu la. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah.
Lawan cam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi
popular. I always say,never trust superhero yang bawak motosikal,
superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need
all that cosmetic shit.

Me: Wow, marahnya Ultraman.

Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni suma tak
original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar
Gaban kena tangkap ngan gadis bawah umur. You see?

Me: Man, that is sad.

Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.

Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?

Ultraman: Adalah sikit-sikit.

Me: So, Ultraman, what'syour future plan? You going to give up being a
superhero too?

Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains
that I work such long hours. And when I come home at night, I'm
always tired and my chest light is always beeping.

Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your
brader Taro.

Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.At this point,
Ultraman receives a distress call from Yokohama, where a monster is
attacking the train station. So off he went, into the blue yonder, to
fight yet another worthy adversary. World!


TSWitchblade
post May 7 2006, 09:30 PM

We are Biker
******
Senior Member
1,688 posts

Joined: Jan 2003
From: inside toilet bowl



Siapa Diluar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit
berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba
terdengar ketukan keras di pintu luar. "Siapa di luar?" teriak
orang tua itu dengan ketakutan. "Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"

Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang
makan malam bersama.
Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"

Janda Yang Dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda
yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang
baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau
masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak
kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka
kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu,
Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung
tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya...
Walaupun.... hatinya berasa
sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam ... Rasa
sepi
hatinya tiada siapa yang tahu... Pada satu malam, kira-kira
pukul 2
pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas....
tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau
bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.. sampai di dapur...
beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk....
beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya...
Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan
tidur semula... Sekian terimakasih, itulah kisah seorang janda
yang dahaga........... Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer.
Ha...haa...haaa....

Lupa jalan pulang

Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor
untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan
singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama
sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu
amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30
hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu
gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan. "Tapi sayer ader masalah
besar nih...." katanyer. "Apa masalah awak?" DOKTOR
bertanyer..... "Macam mana saya nak balik doktor,
skang nie,....saya berada 480km dari umah........

Dipecat

Majikan : Kamu di pecat!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...

Mr Brown

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

Kesian Makcik nie...

"Satu pagi di stesen keretapi... Ada satu makcik tu dia tanya
Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang
dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur
sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la.
Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah
anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan... ?
Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye..."


 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0132sec    0.38    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 28th November 2025 - 02:22 AM