Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Bank Pembangunan Malaysia. (Msia's Dev Bank)

views
     
Megatronika
post Jul 23 2024, 11:06 AM

Getting Started
**
Junior Member
281 posts

Joined: Aug 2016
Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB; dahulu dikenali sebagai Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia) ialah syarikat perkhidmatan kewangan dan bank pembangunan utama Malaysia.Aktiviti bank ini ialah memberikan pembiayaan jangka sederhana hingga panjang kepada industri berintensifkan modal, yang merangkumi projek infrastruktur, sektor maritim dan teknologi tinggi dan membuat sejumlah pelaburan strategik.BPMB ialah bank yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 28 November 1973, objektif asal Bank Pembangunan ialah untuk membantu usahawan yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana melalui penyediaan pelbagai kemudahan pembiayaan, latihan dan khidmat nasihat usahawan. Selain menyediakan pembiayaan langsung, Bank Pembangunan melalui anak-anak syarikatnya dan syarikat bersekutunya memudahkan pertumbuhan sektor ekonomi strategik Malaysia.

Pada tahun 2019, Bank Pembangunan dan Danajamin menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia mengenai cadangan untuk penggabungan.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Pembangunan_Malaysia

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0162sec    0.48    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 4th December 2025 - 10:38 PM