Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Military Thread V9, Happy birthday Malaysia & ATM ke 50 & 80

views
     
SUSking of fighter
post Jun 23 2013, 02:59 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
QUOTE(kerolzarmyfanboy @ Jun 20 2013, 09:56 PM)
bro buat network security ke bro? kalau projek bro berjaya, saya nak join nanti lepas habis study bole x? hehe  biggrin.gif
*
boleh boleh .. syarikat American Phenolic Corp. (AMPHENOL) ajak aku minta kembali semula kerja dengan diaorang buat komponen jet pejuang, kilang pembuatan dia di Pulau Pinang, hometown aku, bila pesawat pejuang amerika menang tender MMRCA pesawat TUDM.. nak kena lawan pilihan atreyuangel yang gila promosi jet pejuang perancis Rafale sebab universiti dia UniKL masuk projek bina pesawat pejuang Rafale nanti.. kalau pesawat pejuang Amerika yang menang nanti ingat nak ajak semua geng yinchet yang minat sungguh barang-barang ketenteraan Amerika ni ke hometown aku di Pulau Pinang dan Amerika nanti. biggrin.gif

syarikat American Phenolic Corp. (AMPHENOL) yang kilang dia ada di pulau pinang buat komponen jet pejuang amerika dari F16, F18, F35, F22 ..
5 tahun kebelakangan ni je operasi profit dah atas USD5 billion.. sony pun tak mampu nak lawan.. sweat.gif

SUSking of fighter
post Jun 23 2013, 03:37 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
surat rasmi projek jet pejuang F/A 18 Malaysia untuk lawan tender TUDM MMRCA nanti.. lawang geng atreyuangel yang gila melobi jet pejuang Rafale biggrin.gif
user posted image
SUSking of fighter
post Jun 23 2013, 07:44 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
QUOTE(atreyuangel @ Jun 23 2013, 03:59 PM)
Kalau US bagi what TUDM wanted, aku all up for Hornet!
*
kalau tawarkan versi Growler ..pemindahan teknologi ke dalam syarikat American Phenolic Corp. dan syarikat Malaysia SAPURA boleh tak, atreyuangel, nak kena panggil kawan aku dalam syarikat SAPURA juga bincang pasal benda ni.. kawan aku dalam SAPURA tu memang pakar matematik yang dahsyat biggrin.gif


This post has been edited by king of fighter: Jun 23 2013, 07:45 PM
SUSking of fighter
post Jun 23 2013, 08:51 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
QUOTE(atreyuangel @ Jun 23 2013, 08:18 PM)
Growler tak akan ditawarkan, rasanya kalo ditawarkan pasal terlalu mahal
kalau ikutkan apa yang datang waktu LIMA ialah Super Hornet dari versi Silent Hornet
Sapura Defence?
meh suh dia bagi aku kerja kat Sapura Defense Kuantan!
*
kos Growler makin lama makin rendah.. dulu masa mula-mula buat dulu tahun 2006, USD400 juta satu biji je

boeing tak berani nak promo growler dulu (promo F18 F sejak september tahun 2002 lagi, masa tu persaingan hebat dengan jet sukhoi russia dan hubungan agak tegang dengan USA) dan juga sebab kos dia masih mahal masa tu, tapi sekarang harga growler dengan F18 F dah dekat-dekat dah..

SUSking of fighter
post Jun 23 2013, 09:00 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
QUOTE(atreyuangel @ Jun 23 2013, 08:18 PM)
Growler tak akan ditawarkan, rasanya kalo ditawarkan pasal terlalu mahal
kalau ikutkan apa yang datang waktu LIMA ialah Super Hornet dari versi Silent Hornet
Sapura Defence?
meh suh dia bagi aku kerja kat Sapura Defense Kuantan!
*
kalau kau kata pasal LIMA hari tu Boeing tawarkan kedua-duanya versi F18F dan juga growler biggrin.gif
user posted image
SUSking of fighter
post Jun 30 2013, 03:17 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
QUOTE(meedoot @ Jun 30 2013, 01:07 AM)
user posted image
*
ni pula latihan menembak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) laugh.gif
user posted image
SUSking of fighter
post Jul 5 2013, 09:57 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
atreyuangel dan kawan-kawan, terutamanya Alfie007 dari singapura dan dah lama benar tak nampak batang hidung dia kat sini.. tapi dulu pernah hantar surat rasmi mengenai perkembangan terkini military / ketenteraan singapura terus ke rumah aku suatu ketika dulu

saya disini dengan rasa amat rendah diri ingin ajak kawan-kawan semua datang ke acara CCNF 2013

event name : Computer Communications, Networks and Forensics (CCNF 2013)
event date : 9th July 2013
event day : Tuesday
event location : Performing Arts Theatre, Management & Science University
event time : 9am - 4pm

setahu aku masuk adalah percuma, tapi makan minum semua sendiri, nanti aku tolong teman korang sekali.

kat sub forum ni je la aku boleh jumpa orang yang ilmu pengetahuan tinggi dan ada budi bahasa yang baik, ada apa-apa hal korang contact atreyuangel..

This post has been edited by king of fighter: Jul 5 2013, 09:57 PM
SUSking of fighter
post Jul 6 2013, 08:34 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
sejak bila pula tentera Malaysia beli aset ni ?? shocking.gif


ni beli ke buat sendiri ni.. tak pernah dengar pun berita dia sebelum ni hmm.gif
SUSking of fighter
post Jul 12 2013, 12:28 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
QUOTE(limfreelance @ Jul 12 2013, 11:10 AM)
New product:


*
wahh semua pun boleh.. kat mana nak beli ni.. pasar malam ada jual tak drool.gif
SUSking of fighter
post Jul 13 2013, 01:12 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
QUOTE(kerolzarmyfanboy @ Jul 13 2013, 12:11 PM)
army should bought these..so many uses for a shovel..  thumbup.gif
*
biggrin.gif
SUSking of fighter
post Jul 15 2013, 03:17 AM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
Malaysia Military tribute 2013


Thailand Military tribute 2013


personally, i also think in ASEAN region 2 of the most awesome jungle warfare commandos training are Malaysia and Thailand

This post has been edited by king of fighter: Jul 15 2013, 03:18 AM
SUSking of fighter
post Jul 27 2013, 04:03 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
Perdana Menteri Perancis akan datang Malaysia hari ahad ni : http://www.mfcci.com/mfcci-activities/even...ster-of-france/
user posted image

Perancis melobi negeri Johor sebelum ni.. ahad ni perancis nak melobi budak-budak forum low yat rasanya.. perdana menteri perancis akan turun ke bukit bintang ahad ni .. hmmm.. hmm.gif

user posted image
SUSking of fighter
post Aug 1 2013, 06:00 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
PM Perancis datang Malaysia sebab nak jual Rafale rupa-rupanya..

Najib dan Ayrault juga menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Perancis, iaitu antara Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Thales bagi kerjasama dalam industri rel.

MoU lain ialah antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Eurosae SAS bagi kerjasama dalam bidang kejuruteraan, penerbangan dan aeroangkasa, maritim dan pengangkutan berhubung kait dengan pertahanan dan keselamatan.

Turut ditandatangani ialah MoU kerjasama strategik antara MARA dan Eurosae Advanced Training dalam bidang penerbangan dan teknologi aeroangkasa.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles...ajib/m/mArticle

tetiba je bernama tulis artikel khas pasal Rafale

PARIS – Rafale, pesawat tempur pelbagai peranan kombat kebanggaan Perancis, adalah simbolik kepada kekuatan ketenteraan dan keunggulan dalam teknologi pertahanan negara berkenaan.

Dihasilkan oleh Dassault Aviation, yang ditubuhkan pada 1949, keupayaan pesawat tempur yang sofistikated ini telah terbukti semasa penempatan tentera negara itu di Afghanistan, Libya dan Mali.

Rafale kini antara pesawat pejuang yang terlibat dalam pembidaan program penggantian pesawat MiG-29N yang hampir tamat perkhidmatannya dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pada 1995, TUDM telah membeli sejumlah 18 unit MiG-29N, namun sebuah daripada pesawat pejuang buatan Rusia itu terhempas di Kuantan pada 1998.

Rafale kini dioperasi oleh tentera udara dan laut Perancis dan pihak Dassault menjangkakan teknologi yang dimiliki oleh pesawat berkenaan mampu memastikan kelangsungan sistem pertahanan udara yang mantap sehingga 40 tahun akan datang.

Pesawat yang boleh mencapai sehingga dua kali kelajuan bunyi itu bukan sahaja memantapkan pertahanan udara, malah ia memacu perkembangan industri lain dan menjadi antara penyumbang utama pertumbuhan keluaran dalam negara kasar negara itu.

Wartawan Bernama baru-baru ini berpeluang melawat beberapa lokasi penting untuk rekabentuk, pemasangan, pengendalian dan operasi pesawat tempur, Rafale.

Catatan ini juga adalah lawatan eksklusif bersempena sambutan jubli emas Pameran Udara Antarangbangsa Paris, Le Bourget yang berlangsung dari 17-23 Jun lepas.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI TERCANGGIH

Lawatan bermula di ibu pejabat Dassault Aviation di Saint Cloud yang terletak 2 km dari ibukota Paris dan adalah tempat bermulanya proses pembinaan pesawat berkenaan.

Menariknya, pembinaan Rafale tidak melibatkan lakaran secara fizikal, sebaliknya menggunakan lakaran digital maya secara tiga dimensi (3D) sepenuhnya menerusi perisian Catia.

Dibangunkan oleh Dassault Systemes, perisian Catia atau “Computer Aided Three-dimensional Interactive Application” adalah perisian 3D yang mempunyai keupayaan untuk berkongsi maklumat dan perkembangan pembinaan pesawat dengan pihak berkepentingan yang lain.

Menurut pengurus program kejuruteraan Dassault Aviation, Jerome Camps, teknologi pembuatan secara digital maya ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan telah membantu syarikat berkenaan menjimatkan kos pembuatannya kerana tidak memerlukan pembinaan prototaip atau mock-up secara fizikal.

“Teknologi maya 3D ini secara langsung telah membantu kami dalam proses merekabentuk, dokumentasi, servis, membuat alat ganti dan perkilangan secara serentak, dan kami tidak perlu membina prototaip yang sama secara fizikal berulang kali.

“Sebelum pesawat Rafale dibina, perisian ini membantu untuk mengenalpasti kecacatan dan ketidaksempurnaan dalam proses pembinaan pesawat apabila ia dapat diuji terus secara maya,” ujar Camps.

“Dengan penggunaan kaedah lakaran digital maya seperti ini, Dassault berjaya membina Rafale dalam lingkungan peruntukan yang disediakan tanpa kos tambahan dan ini adalah kejayaan besar bagi kami,” tambah beliau.

Selain Rafale, Dassault juga membina jet komersial peribadi seperti model Falcon, yang turut menggunakan perisian yang sama.

Di lokasi yang sama, kami kemudian dibawa ke “Immersive Reality Centre,” yang digunakan oleh syarikat berkenaan untuk mempamerkan lakaran digital maya sesebuah pesawat secara lebih terperinci.

Di sini, pelanggan diberi peluang melihat sendiri rekabentuk lakaran maya luaran dan dalaman yang diinginkan termasuk ukuran, warna dan lain-lain sebelum pesawat sebenar dihasilkan.

Selain itu, Dassault juga mengaplikasi sistem e-Squadron untuk penyelenggaraan atas talian dan mempunyai sistem Opera Touch untuk kegunaan
juruterbang merancang operasi penerangan berasaskan pemetaan digital.

PEMASANGAN AKHIR RAFALE

Penerbangan dari Paris ke Bordeaux yang memakan masa kira-kira sejam 15 minit bagi melihat pemasangan akhir Rafale di kilang Dassault Aviation yang terletak di Merignac.

Pembinaan Rafale melibatkan pemasangan beberapa komponen yang dibuat di kilang yang berlainan di sekitar Perancis.

Pemasangan akhir Rafale mengambil masa kira-kira enam bulan dan kilang ini mampu memasang kira-kira 10 buah pesawat pelbagai guna itu dalam masa setahun.

Selepas siap pemasangan, Rafale akan turut menjalani “ground test” selama dua minggu di kilang ini, dan dalam tempoh itu ujian sistem avionik iaitu alat yang berhubungan dengan sistem navigasi, komunikasi dan persenjataan dalam pesawat tempur dijalankan selama seminggu.

Selain pemasangan, kilang ini digunakan bagi proses percubaan dan pemeriksaan terakhir pesawat oleh juruterbang bagi memastikan ia benar-benar selamat sebelum diserahkan kepada pelanggan.

SEJARAH KILANG PEMASANGAN DASSAULT

Kilang pemasangan ini telah beroperasi sejak 1949 dengan kapasiti pengeluaran pertama iaitu tiga buah pesawat model Flamant dalam masa sebulan.

Pembeli asing Dassault yang pertama ialah India iaitu pada 1953 dengan pembelian model Ouragan dan negara tersebut kini memiliki lima model pesawat keluaran dari syarikat Perancis ini.

Dengan keluasan sekitar 132,000 meter persegi dan 1,300 pekerja, kilang ini juga beroperasi bagi mengeluarkan model Falcon selain dari Rafale.

Kini dengan kemajuan yang dimiliki oleh Dassault, kilang ini mampu menghasilkan 70 buah pesawat setahun untuk model Rafale dan Falcon.

Proses pemasangan sehingga penghantaran Rafale biasanya memakan masa selama enam bulan sementara Falcon sekitar tiga bulan setengah.

PUSAT PENGKALAN TENTERA UDARA PERANCIS

Kem tentera udara Perancis, yang terletak di Saint Dizier, kini memiliki 47 buah pesawat Rafale yang dioperasikan sejak 2006.

“Sejak kejadian 11 Sept, persediaan untuk menerbangkan Rafale dipercepatkan dengan hanya memakan masa selama dua minit berbanding sebelumnya iaitu tujuh hingga 15 minit,” kata Leftenan Kolonel Nicolas Lyaufey.

Lyaufey kini bertugas sebagai ketua operasi udara di satu daripada skuadron kem tentera udara berkenaan.

Beliau yang mempunyai pengalaman menerbangkan Rafale selama 1,000 jam berkata, kehebatan pesawat ini dirasai sendiri oleh beliau ketika terlibat dalam misi konflik di Mali.

Menceritakan pengalaman di Mali, Lyaufey berkata 60 peratus operasi pesawat Rafale dijalankan pada waktu malam.

“Rafale berkeupayaan menyasarkan enam peluru pada satu-satu masa dengan tepat,” kata beliau sambil menambah kata bahawa misi di Mali mencapai 97 peratus kejayaan.

“Kami telah menempatkan enam buah pesawat Rafale di Mali dan menggugurkan lebih 80 butir bom menggunakan pesawat berkenaan,” tambah beliau.

KEHEBATAN YANG TELAH TERBUKTI

Rafale, seperti juga pesawat pejuang dari syarikat terkemuka yang lain mempunyai kelebihan tersendiri dalam membida kontrak program penukaran pesawat MiG 29N.

Namun, apa yang membuatkan produk Dassault Aviation ini berbeza dengan pesaingnya yang lain ialah kehebatan pesawat pejuang berstatus omnirole ini sudah terbukti di medan peperangan berbanding pesawat dari syarikat lain yang masih di tahap prototaip.

Penggunaan omnirole oleh kerajaan Perancis untuk pesawat Rafale bertujuan untuk menggambarkan keupayaannya sebagai pesawat tempur udara ke udara, serangan udara ke permukaan, serangan udara ke laut, peninjauan dan menangkis serangan nuklear.

Namun adakah Rafale dapat memenuhi keperluan pertahanan Malaysia dan berbaloikah untuk melabur bagi pesawat jenis ini? Ini adalah sesuatu yang akan dipertimbang oleh RAMD dan Rafale sudah tentu menjadi satu daripada pilihan untuk dipertimbangkan. – BERNAMA

hmm.gif ini mesti atreyuangel punya kerja ni.. hmm.gif
SUSking of fighter
post Aug 2 2013, 04:41 AM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
pengumuman Malaysia akan beli pesawat pejuang Rafale bulan Disember ni ke.. atreyuangel .. minit 2:30 akan ada pengumuman penting bulan disember ni kerjasama ketenteraan Malaysia-Perancis

SUSking of fighter
post Aug 2 2013, 12:57 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
QUOTE(yinchet @ Aug 2 2013, 12:38 PM)
Mistral class icon_idea.gif
*
ini dah tahap nak jadi ally kuat Perancis kalau kita pergi angkat Mistral nih ohmy.gif

SUSking of fighter
post Aug 13 2013, 01:26 AM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
Pasukan Operasi Khusus Malaysia dari kesemua elit dan komando ATM, PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

SUSking of fighter
post Aug 29 2013, 12:25 AM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
korang pergi tak nanti majlis ni nanti..


ATM-PDRM anjur rumah terbuka Aidilfitri

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di perkarangan Muzium Diraja (Istana Negara Lama) di sini, pada Ahad.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dijangka berangkat ke majlis rumah terbuka yang bermula dari 2 petang hingga 5 petang.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini berkata, program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan itu merupakan aktiviti kedua-dua pasukan keselamatan berkenaan mendekati masyarakat umum.

Majlis dijangka turut dihadiri, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan menteri kabinet lain.

Orang ramai dijemput memeriahkan lagi suasana Aidilfitri, menurut kenyataan itu. - BERNAMA
SUSking of fighter
post Sep 11 2013, 03:16 AM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
QUOTE(menj @ Sep 11 2013, 12:36 AM)
Man, this vid rocks!


*
camne yang ni pula.. ujian penembak tepat angkatan tentera malaysia sebelum diaorang boleh angkat sniper

SUSking of fighter
post Sep 15 2013, 09:32 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Oct 2012
QUOTE(yinchet @ Sep 15 2013, 08:27 PM)
We need chinook to enhance our logistic support several fold. tongue.gif
*
kalau tak ada chinook, kita bina chinook!! rclxm9.gif

2 Pages < 1 2
Bump Topic Topic ClosedOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0232sec    0.65    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 4th December 2025 - 08:36 AM