Made In Malaysia

Malaysia Boleh!!!!
JKiNG, Cheetah, Antioni & Forest
JKiNGhttp://www.jking.com.my/default.html
Cheetahhttp://www.cheetah.com.my/
Foresthttp://www.forestsports.com.my/
ANTIONIhttp://www.antioni.com.my/index.html /
http://www.hingyiap.com/products/antioni/
Korporat
Cheetah bakal buka 15 pusat jualanKUALA LUMPUR 6 Jan. 2005- Cheetah Holdings Bhd. (Cheetah) bakal membuka 15 cawangan jualan dan dua butik baru pada tahun ini bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pengeluar pakaian sukan tempatan.
Penambahan cawangan jualan itu melibatkan gedung-gedung pakaian dan pasar raya terbesar di seluruh negara sementara butik pula akan dibuka di Lembah Klang, kata Pengarah Eksekutif Cheetah, Chia Kee Kwei.
Katanya, syarikat akan membelanjakan sebanyak RM50,000 untuk membuka cawangan jualan dan RM100,000 bagi butik.
``Cheetah kini menguasai 40 peratus pasaran jenama pakaian sukan tempatan dan ia akan terus menguasai kedudukan ini dengan usaha yang bakal dilaksanakan pada tahun ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Sehingga kini, produk Cheetah dijual di 448 buah cawangan jualan, 12 buah butik dan 100 buah kedai sukan.
Dalam usaha meluaskan jenama Cheetah, Kee Kwei memberitahu, syarikatnya merancang untuk meneroka perniagaan selain pakaian iaitu kasut dan aksesori.
Tambahnya, Cheetah turut bercadang mengeluarkan jenamanya bagi pakaian kanak-kanak dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Cheetah mengeluarkan beberapa jenama seperti Cheetah, Cheetah Ladies, Cheetah Junior, C. Union, Cth Unlimited dan C2 menyediakan pakaian untuk kanak-kanak dari umur empat tahun dan golongan dewasa.
Bagaimanapun, katanya, Cheetah belum bercadang untuk mengeksport produknya ke luar negara dalam tempoh terdekat sebaliknya akan memberi fokus kepada pengukuhan pasaran, rangkaian pengagihan dan pembinaan jenama.
Sementara itu, beliau berkata, Cheetah yang bakal disenaraikan di papan kedua Bursa Malaysia pada 20 Januari ini, akan membuat terbitan awam sebanyak tiga juta saham dan tawaran untuk jualan sebanyak 28.5 juta saham bernilai RM0.50 setiap satu pada harga tawaran RM0.75 sesaham.
Dana RM2.25 juta yang dijangka diperoleh menerusi penyenaraian itu akan digunakan untuk membayar pinjaman dan perbelanjaan penyenaraian serta modal kerja.
Chia memberitahu, Cheetah diramalkan mencatat perolehan sebanyak RM63.6 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2005, berbanding RM60.8 juta pada tahun lalu.
Keuntungan sebelum cukai pula dijangka meningkat kepada RM7.4 juta berbanding RM5.3 juta yang dicatatkan sebelumnya.
This post has been edited by G3-X: Jun 17 2006, 10:29 PM