Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Pengiktirafan Bumiputera untuk India-Muslim, Potensi Ribut Tahi Tered

views
     
SUSlittle_mozart
post Feb 12 2013, 02:48 PM, updated 13y ago

Casual
***
Junior Member
391 posts

Joined: Jan 2008
From: LambatPancut.com

Anda di sini: Laman Utama | Nasional ยป
Pengiktirafan Bumiputera untuk India-Muslim
Astro Awani | Kemas kini: Februari 12, 2013
email
comments
Pengiktirafan Bumiputera untuk India-Muslim

PLAY Click to Expand & Play
KUALA LUMPUR:
Langkah membantu golongan India Muslim mendapat status Bumiputera menuntut kerajaan mengkaji semula definisi Bumiputera.

Pakar Hubungan Etnik, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Hazman Hassan berkata, ia bagi memastikan definisi sebenar Bumiputera dapat difahami dengan jelas tanpa sebarang kekeliruan.

Dr Hazman melihat golongan India Muslim wajar mendapat pengiktirafan Bumiputera sekiranya ciri-ciri yang ada pada Bumiputera dipraktikkan

Ini termasuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

Dr Hazman berkata, "Mungkin satu kebimbangan satu asas orang akan tanya adakah orang India Muslim berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia, ya sebab pada masa yang sama, anda boleh lihat Jawa cakap Jawa di rumah cakap tetapi iktiraf Bahasa Malaysia seolah boleh bahasa suku tapi bahasa utama ialah Bahasa Malaysia ."

Ujarnya, definisi Bumiputera perlu dikaji semula dengan teliti memandangkan Malaysia sudah lebih 50 tahun mengecapi kemerdekaan.

Pada Isnin, kerajaan bersedia untuk membantu India Muslim mendapat pengiktirafan Bumiputera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan berkenaan boleh diiktiraf sebagai Bumiputera jika mereka mengamalkan adat resam Melayu serta beragama Islam.


Berita mula diterbitkan pada: Februari 12, 2013 13:17 (MYT)

Tag: Universiti Utara Malaysia, India Muslim, status Bumiputera, Dr Hazman Hassan


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pengik...-muslim-7082?cp

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0163sec    1.13    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 18th December 2025 - 10:30 AM