Mati selepas mengamuk
26 0 Google +1 2 0
Cetak
Kajang: Seorang lelaki yang mengamuk kerana dipercayai mempunyai masalah mental mati dalam kejadian di Taman Desa Raya, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, C Sugumar Chelladury, 46, difahamkan mula meracau-racau di sekitar kawasan Taman Sri Nanding, di sini.
Saksi yang enggan dikenali berkata, sebelum itu, lelaki berkenaan dilihat memegang objek seperti besi sambil berjalan di sekitar kawasan berkenaan.
“Dia tiba-tiba mengancam keselamatan orang ramai dengan memecahkan cermin kereta, pasu, menarik wayar elektrik dan merosakkan harta benda penghuni lain.
“Saya juga melihatnya mengambil penyapu dan membaling ke tengah jalan raya. Ramai yang menyedari kejadian itu tidak berani menegur sebaliknya melarikan diri kerana lelaki terbabit sangat agresif,” katanya.
Menurutnya, orang awam menghubungi polis yang tiba di lokasi kejadian sebelum mengekorinya.
“Dia digari sebelum seorang anggota polis pulang ke balai berhampiran untuk mengambil kereta peronda bagi membawa lelaki itu ke balai dan dua lagi anggota mengawalnya. “Sebaik anggota terbabit tiba dengan kereta peronda dia mendapati lelaki terbabit sudah mati,” katanya.
,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan forensik mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh lelaki terbabit dan pihaknya sedang menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.
Katanya, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat saluran jantung tersumbat.
“Setakat ini, kami mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut (sdr),” katanya.
Ibu mangsa, K Manimaran, 65, berkata, anak lelakinya itu memang mengalami masalah mental sejak 1996 dan sentiasa mendapat rawatan.
http://www.hmetro.com.my/articles/20130125...072206//Articleayam slow is it?