Nak ulas kisah nazmi lagi.....
Yang-tersirat-di-sebalik-kes-nazmi-faizKalau benar nazmi tiada masalah gaji kerana dibayar lumayan oleh kelab dan juga dihargai peminat serta dinilai tinggi bakat oleh pihak kelab, semestinya nazmi ada ramuan utk mempunyai karier yg baik di sana. Tetapi jika benar masalah kesepian menghantui jiwa sehingga menjejaskan motivasi utk meneruskan karier di sana, saya menyalahkan pihak keluarga nazmi sendiri kerana salah seorang dari mereka tidak berkorban utk menemani dia di sana sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun kerana umur belasan tahun adalah terlalu muda buat seseorang utk berseorangan di perantauan. Walaupon ada pelajar malaysia berkelana tanpa keluarga pada usia nazmi tetapi mereka masih ada rakan seperjuangan. Nazmi tiada. Untuk masa hadapan jika ada pemain remaja mendapat peluang di luar negara pastikan mereka ditemani ahli keluarga, pengurus peribadi yg dipercayai atau ada rakan seperjuangan. Jika berasa yakin untuk menempuh ranjau berseorangan pastikan tawaran yg diterima datang dari negara yg mempunyai komuniti Malaysia yg signifikan seperti UK, France, Jerman, Spain dan Belanda.
Bagi aku OKS memang calon yang layak dan diyakini akan berjaya jika mengambil alih jawatan ketua jurulatih Harimau malaya kerana berdasarkan point2 di bawah :
1) Dia dah terbukti berjaya membentuk pasukan yang bermain corak permainan menarik dan berjaya menyayingi pasukan handalan Asia walaupon kadangkala tanpa kehadiran pemain tonggak.
2) Pasukan kebangsaan yang akan beliau bentuk pasti akan bertunjangkan pemain HMA yang pernah dilatih beliau.
3) Setakat ini tidak pernah mendiskriminasi seseorang pemain kecuali jika pemain itu mempunyai masalah prestasi atau fitness.
4) Dilihat tiada masalah untuk membentuk pasukan mantap dengan pemain senior yang masih menyinar seperti yang dibuktikan dalam perlawanan menentang Chelsea dan piala SCTV.
5) Keupayaan beliau diiktiraf pihak luar sehingga ada yang mengatakan beliau adalah jurulatih tempatan Asia tenggara terbaik dan nama beliau ada disebut untuk mengisi jawatan jurulatih Singapura.
Tu je nak cakap, jika ada nak ditambah atau disanggah dipersilakan.
kalau kes sunyi la...
itu kate... mentaliti.. kat sini dah tunjuk mentaliti problem... nak sunyi ape nye... dah main kat sana... org m'sia mesti ada... komuniti melayu yg stadi sana... bleh je bila ader masa lepak2 dgn dierang... tambah2 ko wonderkid... xkan org xlyn kot... kalau xde pun...xkan langsung ko xleh masuk dgn player youth sana... org europe lg better dr US on treatment to asean/asian ppl...
semua ni terletak di diri sendiri... kalau 2-3 tahun kat sana baru balik ok la... ni xsampai setahun... xD
tp tu semua kalau dia sunyi... tp kalau issue lain tolong ler bg press statement bg tau fan...