Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed

Outline · [ Standard ] · Linear+

National Team ░▒▓▒▓▒ M A L ★ Y S I A ▒▓▒▓▒░

views
     
doncab
post Dec 7 2012, 04:46 PM

New Member
*
Junior Member
14 posts

Joined: Oct 2009
From: Kuantan



Klechkaroski, Borji sertai Tok Gajah

PERSOALAN peminat Tok Gajah mengenai pengambilan dua awang import dinoktahkan apabila dua pemain dari Maghribi dan Macedonia telah menandatangani kontrak bersama pasukan itu di sini, kelmarin, lapor ROSILAWATI ROSEDI.

Pemain terbabit iaitu Nikolche Klechkaroski, 29, dari Macedonia dan Mohamed Borji, 32, (Maghribi) bakal beraksi selaku penyerang bagi pasukan Pahang mengharungi Liga Super musim depan.

Klechkaroski dengan ketinggian 198 sentimeter pernah beraksi dalam Liga Perdana Vietnam bersama Kelab Shb Danang FC, manakala Borji yang miliki ketinggian 186 sentimeter pula beraksi dalam Divisyen Satu di negaranya sebelum ini.

Ketua jurulatihnya, Dollah Salleh memberitahu, walaupun dua pemain import sudah ditemui, namun tanggungjawab besar menanti pemain terbabit.

Menurutnya, pemain itu perlu membuktikan kemampuan mereka untuk membantu Tok Gajah mengharungi Liga Super yang sememangnya menjanjikan saingan berbeza dan lebih mencabar berbanding Liga Perdana.

“Buat masa ini, masih banyak tugas yang menanti pasukan ini dengan beberapa persediaan perlu dilakukan sebelum perlawanan pertama bermula,” katanya.

Sebelum itu, beberapa pemain termasuk dari Brazil, Kanada menjalani percubaan mencuba nasib bersama Tok Gajah, namun gagal memikat perhatian Dollah dan pengurusan pasukan itu.

sos



Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0348sec    0.22    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 24th December 2025 - 02:16 AM