Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed

Outline · [ Standard ] · Linear+

National Team ░▒▓▒▓▒ M A L ★ Y S I A ▒▓▒▓▒░

views
     
aweeff
post Nov 23 2012, 05:19 PM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


Aku ternampak si JIMBITZ memenangi 2 tiket percuma nampaknya!!! Tahniah..
aweeff
post Nov 23 2012, 06:00 PM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


Tersedak aku si wan sebut nama aku.. Terus masuk notification dalam HP (Canggih tak????) wakakakaka...
Tapi aku yakin section 1Q ni tak lari gunung dikejar.. Apalah sangat lawan si Singa bandar tu.. Paling kuat pun mereka boleh bawak 2k penyokong sahaja.. Tapi kalau lawan Indo rasanya 1Q akan bermasalah...
aweeff
post Nov 23 2012, 06:08 PM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


QUOTE(syazwan @ Nov 23 2012, 06:01 PM)
problem is fans indon yang x blah.

sentimen dorang paham2 la. ABM , Anything But Malaysia  laugh.gif
*
Jadual 2 game dalam satu stadium sebenarnya sangat rumit... Kalau lawan Singapore tak adahal.. Lawan ini indo, tengah fikir macam mana nak setting drum, bendera besar (Bendera baru lagi besar dari yang lepas), Jersei (jersi baru juga) dan banner besar nanti.. Sekurangnya kena setting paling lewat pukul 7pm, tapi game Indonesia habis pukul 8pm masa Malaysia vs Singapore.. Aku mengjangka akan berlaku pertempuran Ahad ini, andai fans Indonesia duduk sehingga 1Q
aweeff
post Nov 25 2012, 12:40 AM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


QUOTE(aressandro10 @ Nov 24 2012, 11:57 PM)
macam best je.
user posted image
*
yeah KLU.. Antara firma ultras digeruni di Malaysia walaupun ahlinya kecil smile.gif #Respect

Adakah kau akan berada di section 1Q esok??

This post has been edited by aweeff: Nov 25 2012, 12:55 AM
aweeff
post Nov 25 2012, 01:48 AM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


Tadi petang masa ke stor KSN, borak dgn org KSN.. Mereka kata tiket terjual tak lebih dr 10k.. itu pun termasuk tiket yg fans Indo beli utk match mereka.. amboiiii... Gila patah hati fans dgn King?? Esok dapat 1/3 (sekitar 30,000) pun aku dah bersyukur dah smile.gif sedangkan Stadium Rajamangala pun kosong jugak gara-gara fansnya merajuk kot sebab 3 tahun tiada apa-apa piala di rantau Asean....






aweeff
post Nov 25 2012, 11:25 AM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor





SERUAN PEMAIN KE-12!! AYUHHHH
aweeff
post Nov 27 2012, 11:49 AM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


Meriah pula LYN ni dari isu Rajagobal sehingga tercalit isu chant UM.. aku dah online dari ahad lagi, tapi sahaja baca-baca pasal taktikal dan ulasan permainan Malaysia malas nak comment.. Hati dan jiwa tak tenteram lagi nak bagi komentar.. Tapi bila dah masuk bab isu UM, terpaksa tampilkan diri menjelaskan isu ini..

Sejak kebelakangan ini, ramai pulak budak-budak ultras dengan gaya dan gambar masing di twiter, facebook dan sebagainya. Mereka ini mengelar diri mereka penyokong paling power dan setia Harimau Malaya. Saya tahu, ramai yang tersinggung dengan kenyataan dan komentar super power budak-budak ni yang macam good good je.. Nak pula yang mengunakan gambar-gambar profile atau pun wall photos ultras.. Pohon aku, abaikan sahaja anak-anak kecil ini..

Bab nyanyian ‘anjing’ isu dah lama sangat dah.. sudah digunakan sejak tahun 2008 lagi.. Tapi kenapalah isu ini baru nak berbangkit sekarang? Secara peribadi dan jujur aku pun kurang senang dengan chant ‘anjing’ ini, tidak diungkapkan aku dalam nyanyian, aku hanya fokus pada sorakan yang berbaur semangat untuk pasukan sahaja. Tapi nak buat macam mana? Dah semua menyanyikan benda ini, terpulang pada majoriti, lagipun Capo orang Melaka.. Org Melaka sebut ‘anjing’, ‘lahanat’, ‘musibat’ dan sumpah seranah umpama perkara biasa sahaja. Kalau diikutkan nyanyian ‘anjing’ ini hanyalah 10 minit sahaja dari 90 minit keseluruhan. Yang lain nyanyian dan sorakan penuh semangat untuk pasukan Malaysia.

Lagi satu, dari dulu lagi ramai orang akan berakap pasal UM ni hanya muncul selepas zaman menang AFF 2010. Aku nak perbetulkan sedikit, UM dah muncul sejak 2007 sama zaman dengan munculnya kumpulan ‘Black Parade’. Orang lama-lama pasti tahu gerakan ‘Black Parade’ ini. Cumanya zaman 2007 hingga 2008, hanya sekelompok kecil anak-anak muda yang kelihatan bodoh dan bangang terlompat sana sini, menjerit bagai orang gila. Ketika itu penyokong tidak dapat merasakan kehadiran mereka pun. Banner waktu itu pun kecil sahaja, tidak ada banner gergasi seperti sekarang ini. Pakaian dan mafla rasmi juga tiada. Hanya berjersi Malaysia. Pendek kata nasih mencari identiti dan imej UM yang sebenarnya. Sejak 2007 lagi komuniti ini tidak pernah missed sebarang game home (melainkan gamefriendly BPL) sentiasa ada walaupun adakalanya seperti tahun 2009 FAM suka buat friendly waktu pagi dan petang. Hanya segelintir penonton setia yang selalu ada di stadium pasti akan tahu dan menyedari kewujudan UM ini.


user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

Gambar-gambar di atas sekitar tahun 2007 hingga 2009, siap aksi UM berlatar belakang stadium kosong tanpa penyokong Malaysia yang lain, ini baru sedikit aku kongsi gambar banyak lagi gambar-gambar lama tentang kewujudan UM ini dah lama.. Sebenarnya pemangkin komuniti UM ni bukanlah selepas AFF2010 setelah Malaysia bergelar Juara ASEAN tetapi sebelum Sukan Sea 2009 lagi. Pada waktu itu,setelah UM angkat kaki dari forum HMC dan bergerak secara sendiri mengunakan fb dan juga ultrasmalaya.net barulah nampak perkembangan komuniti ini. Pada mulanya terpaksa mengunakan pengaruh media macam scoreboard, radio Era dan Hotfm serta suratkhbar untuk menarik penyokong lain untuk menyertai komuniti ini.


Sekarang komuniti ini semakin ramai dan membesar. Tersangat sukar nak mengawal gelagat kelompok yang besar ini. Bagi aku, fans page bola lain tumpukan sahaja pada pasukan Harimau Malaya dan Rajagobal. Kalaulah mereka ini tahu budak-budak ini berhabis duit bagai dan bertungkus lumus berminggu lamanya sekadar nak menyiapkan set drum yang baru, gerak kerja di curva dan menyiapkan tifo gergasi (Banner Mokhtar, Harimau) yang hanya dipamerkan tak sampai 2 minit sahaja, serta Jersi Replika Nike Malaysia yang baru yang mencecah 5 angka. Malah ada yang siap terpaksa habiskan cuti tahunan, ponteng kerja dan sebagainya.

user posted image

user posted image

user posted image

Jikalau ada yang terasa ke apa dengan aksi UM tempoh hari aku pohon maaf banyak-banyak. Lihatlah bagaimana, kalau boleh diperbaiki akan cuba diperbaiki.. Dah lupakan isu anjing dan sebagainya.. Let's move on.. Rabu ini dan Sabtu ini 'Business as usual'. Kita perlu turun SNBJ seperti biasa.. jumpa kalian di SNBJ
aweeff
post Nov 28 2012, 12:39 PM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


Lari topik dah... Sultan Bola mmg duduk di London pun... Hanya balik ke Malaysia jika ada majlis keraian, atau urusan rasmi mcm meeting FAM... #PFSLJ
aweeff
post Dec 1 2012, 12:31 AM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


QUOTE(me @ me and me,Nov 30 2012, 09:46 PM)
apa akan berlaku jika um chant ini masa lagu kebangsaan indon di mainkan  hmm.gif
*
Melalui unit Tifo UM, semasa lagu kebangsaan Indo dimainkan.. UM akan mempamerkan satu lagi lakaran gergasi (Tifo) nak tahu kena datang esok.. Message to opponents ekceli ;p Tifo yg melibatkan ribuan orang, so agak bz UM so tiada masa nak provok lagu orang esok

QUOTE(aressandro10 @ Nov 30 2012, 11:34 PM)
fan Siam duduk belakang camera. stand ada roof.
*
Menurut rakan ultras Chonburi FC, rata² nya fans Thais mcm boikot national Team.. Lebih kpd merajuk sebab Thailand kemarau sebarang pingat dalam masa 3-4 tahun di rantau Asean, di mana sesuatu yg sangat sukar diterima mereka setelah Thailand telah menguasai Sukan Sea selama 2 dekad dan juga kejuaraan AFF yg banyak..

Kiranya fans Thais dan Malaysian spesis yg sama kot? Bezanya Indo.. Kalah menang fanatisme mereka sukar luntur, walaupun ramai kelompok hardcore penyokong lain masih memboikot Timnas, stadium mereka masih lg ramai..
aweeff
post Dec 2 2012, 09:35 AM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


aku hanya mampu HAHAHAHAHAHAHAHAHHHA
aweeff
post Dec 2 2012, 01:12 PM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


Aku nak tanya... Semi Philippines vs Singapore main di mana? Adakah dua-dua main di Jalan Besar.. tengah berkira perbelanjaan andai tetiba Philippines layak ke final kahakahkhkkh.. (confident je aku Malaysia masuk final)

This post has been edited by aweeff: Dec 2 2012, 01:15 PM
aweeff
post Dec 3 2012, 01:01 PM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


QUOTE(accab @ Dec 3 2012, 12:17 PM)
Info dari berita smalam.thailand tukar stadium untuk semi nanti yg kapasiti sit hanya 40k kalau x silap.mungkin dorang nak biar nampak tempat duduk fan dorang penuh.
Aff final kat indon 90k semua penonton indon pun boleh hadap.ini 40k.takkan x boleh.tapi masa aff menang dgn argregat.kalah kat sana.kecuali sea games
*
Bang, rasanya lagi kecik.. capacity 19k.. Campur tolak keselamatan n buffer zone jd lah 18k, sebuah stadium yg sama taraf macam KLFA Stadium...
aweeff
post Dec 4 2012, 11:53 AM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


QUOTE(ameenskywalker @ Dec 4 2012, 11:48 AM)
Well we could start dengan tunjuk jari tengah to those yang pakai EPL jersey tengok local match. Itu bacul.
*
fuhhhhh menarik idea ni..

aweeff
post Dec 4 2012, 12:36 PM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


QUOTE(raul7 @ Dec 4 2012, 12:18 PM)
aku punya demand senang jer....

tak kira la sape coach + player... pasti aku mahukan kemenangan..

TAPI, kalau kalah gameplay+semangat mesti mau ada... aku still bersama team...
*
Aku punya demand paling utama ialah satu je.. Presiden berambus...
Andai kekalahan besar, atau kemerosotan pasukan kebangsaan boleh menyahkan presiden di singgah sana.. aku rela dan sanggup..
aweeff
post Dec 5 2012, 06:57 PM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


Malam ni Malaysia vs PDRM jam berapa?
aweeff
post Dec 5 2012, 10:00 PM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


Friendly Malaysia vs PDRM...

Menang 5-0.. Matyo, Gary, Safiq, Badrol dan Bun
aweeff
post Dec 7 2012, 07:23 AM

Getting Started
**
Junior Member
51 posts

Joined: Aug 2010
From: Shah Alam, Selangor


QUOTE(syazwan @ Dec 7 2012, 02:21 AM)
dgr citer special deal flight Air Asia - Bangkok ni mmg special utk tgk bola je.

rumours dia : naik flight..bus amik kt airport..gi stadium..habis game...bus amik balik..terus blk airport. tan sri takmo 100-200 org je pergi..dia nak beribu..takde confirmation harga lg sbb dorang still tgh gauge berapa ramai nak ikut trip ni.
*
Selepas solat jumaat kang aku ada meeting dgn KBS serta kelab penyokong lain.. Kitaorg dah hantar permohonan tempahan khas ke Air asia satu flight for ultras. Kalau boleh nak mintak chartered flight semurah around 200-300 dari Asia Asia, itu pun kalaulah dapat.. Yes Menteri nak atlest beribu-ribu pergi ke Bangkok.. Mungkin boleh murah kot? Sbb nanti meeting CEO Air Asia ada sekali..

Kalau ikutkan allocation seats away untuk Malaysia sekurang-kurangnya akan dapat 10% dari capacity keseluruhan. Maknanya Supachalasai Stadium 19k capacity, so akan dapat 1900 tiket (Kalau ada yg nak pergi seramai ini). Sekarang ni, trip harga paling murah pun RM250 naik bas dari Bukit Jalil. Tapi journey dia gila sikit.. 8 jam ke Hatyai.. 1-2 jam urusan imigresen di Hatyai.. Pastu 14-16 jam Hatyai ke Bangkok.. Perjalanan sehala sahaja dah makan 1 setengah hari.. Maknanya pergi balik dah makan 3 hari.. 1 hari utk hari perlawanan. Sebab itu bas yang bertolak dari SNBJ bertolak hari Selasa dijangka sampai Bukit Jalil balik hari Sabtu.. Susah ramai nak ikut kalau kena mintak 4 hari cuti dari Selasa hingga ke Jumaat..

Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0413sec    1.61    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 23rd December 2025 - 06:15 AM