Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> AES rakam gambar pencuri, syukuralhamdulillah.jpg News

views
     
TShazremi
post Nov 17 2012, 09:54 AM, updated 14y ago

1million people saved this avatar bcoz she's too cute!
*******
Senior Member
5,676 posts

Joined: Jan 2003
From: KL



QUOTE
Ipoh: Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan saja memerangkap mereka yang memandu melebihi had laju, malah membantu mengesan kereta yang dicuri.
user posted image

Ia berlaku kepada seorang setiausaha syarikat, Ng Lee Kee, apabila pemandu Proton Iswara miliknya yang hilang pada 26 Oktober lalu berjaya dirakam kamera AES ketika dipandu laju pada jam 7.06 pagi keesokan harinya. Beliau berkata, suspek dikesan memandu melebihi had laju 80 kilometer sejam di Kilometer 204.5, Lebuhraya Utara Selatan, dekat Taiping, kira-kira 80 kilometer dari sini.
Katanya, walaupun ia kes terpencil, beliau menyokong AES kerana ia membantu mengesan penjenayah khususnya pencuri kenderaan kerana merakam wajah pemandu.

Beliau hanya menyedarinya selepas menerima saman yang tertera namanya, nombor kereta yang hilang dan butiran kesalahan pada 2 November lalu.

Gambar kereta dan wajah suspek turut disertakan. Ramai yang menentang AES, tetapi saya menyokongnya kerana ia terbukti berjaya merakam wajah suspek yang mencuri kereta saya. Ini akan memudahkan polis menahan suspek, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Pengerusi Biro Aduan dan Khidmat MCA Perak, Datuk Lee Kon Yin, di sini, semalam.
Lee Kee yang tinggal di Ampang dekat sini, berkata beliau menulis surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendapatkan salinan gambar lebih jelas yang dirakam kamera AES.

Namun, beliau mengakui bimbang kerana JPJ mengarahkannya membayar saman RM300 atau namanya mungkin disenarai hitamkan.

Lee Kee membuat laporan kehilangan keretanya dan saman diterima di Balai Polis Sungai Senam, namun sejak dua minggu lalu belum menerima maklum balas.

Saya risau dan berharap masalah ini dapat diselesaikan dan dapat memperoleh semula kereta saya, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles...Article/artikel

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.1741sec    0.97    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 14th December 2025 - 07:26 AM