Proton: ‘Jerking’ Adalah Sifat Kereta Mereka, Ribut Tahi Tered
Proton: ‘Jerking’ Adalah Sifat Kereta Mereka, Ribut Tahi Tered
|
|
Nov 9 2012, 11:52 AM, updated 14y ago
Return to original view | Post
#1
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
391 posts Joined: Jan 2008 From: LambatPancut.com |
Proton: ‘Jerking’ Adalah Sifat Kereta Mereka November 9th, 2012 | Bolehkah awak terima hakikat kereta baru anda dari hari pertama yang mempunyai masalah ? Tetapi, Proton enggan mengakui masalah produk mereka, malahan berani bercakap inilah sifat kereta itu. Dan pun tidak dapat buat apa-apa terhadap masalah kereta saya. Kereta Proton Exora yang baru beli 9 bulan itu pun mengalami sentakan (jerking) dari hari pertama Dec’11 tahun lepas. Selepas membuat komplain kepada Penang Jeluton Proton Salesman, dia pun berkata bukan halnya selepas jualan, malahan menyuruh saya pergi service center untuk baik pulihkan. Dengan hati kecewa dan marah, saya pun menghantar kereta ke Proton Service Center Juru, Penang. Akhirnya, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah saya. Sayan pun merujuk ke Penang Proton Service Center, dan juga Sungai Petani. Sehingga ketiga-tiga service Center tidak dapat selesai masalah saya dan sampai tujuh-lapan kereta saya keluar dan masuk,Juru branch pun membantu saya hantar report kepada head branch center Proton. Selepas test drive dengan teknikal head Proton, dia pun mengaku memang ada sentakan(jerking) yang tidak normal. Pada pertama sekali, dia pun cuba membantu saya dengan menukarkan TCU (transmission Control Unit) bagi kereta saya. Di samping itu, ignition coil, spark plug dan banyak benda pun ditukarkan untuk membantu masalah yang timbul. Namun demikian, masalah kereta itu masih tidak dapat diselesaikan. Sampai tahap ini, dia pun bercakap ini memang sifat kereta dengan mempunyai sentakan (jerking). Adakah ini normal punya perangai sebagai ketua teknikal Proton dengan menolak segala masalah yang timbul pada pelanggan kereta ? Sebelum teknikal head Proton datang, saya pun dan test drive kereta kawan saya yang sama model dan agak sama bulan keluaran. Dapati mereka tidak mempunyai masalah tersebut. Ini pun terbukti, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah saya, dan terus tidak mahu tanggungjawab ke atas produk yang bermasalah ini. Kereta ini bukan dibeli dengan hanya beberapa ratus, malahan dengan beberapa puluh ribu. Dan ini masih tertakluk kepada bulanan ansuran yang kena bayar. Bayangkan anda sukakah beli kereta yang buruk, tapi kena sambung bayar setiap bulan ? Saya ada attach satu laporan yang dikeluarkan oleh Proton tentang masalah kereta saya. Sila baca macam mana mereka tulis laporan itu dan anda akan terkejut dengan comen mereka. Amat sedih saja !!! By: Adrian Samad http://www.aduanrakyat.com.my/proton-jerki...t-kereta-mereka |
| Bump Topic Add ReplyOptions New Topic |
| Change to: | 0.0165sec
0.48
6 queries
GZIP Disabled
Time is now: 5th December 2025 - 07:38 AM |