Welcome Guest ( Log In | Register )

 
RSS feedBump TopicReply to this topicStart new topicStart Poll

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Pertandingan Raja Band Kuala Lumpur, Battle of the band (Music)

hairul20
post Sep 25 2012, 12:22 AM


New Member
*
Group: New Member
Posts: 0

Joined: Dec 2009
Rebutlah Hadiah RM 10,000, RM 5,000 & RM 3,000 serta hadiah mingguan RM 1,000 untuk mencari Kumpulan terhebat seluruh tanahair.Penyertaan semestinya PERCUMA!!!!!

" RAJA BAND KUALA LUMPUR’
PERTANDINGAN KUGIRAN TERBESAR DI KUALA LUMPUR
Jom sertai Pertandingan ‘Raja Band Kuala Lumpur’ anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diadakan secara mingguan pada setiap hujung minggu selama 8 minggu bermula pada 16 September 2012 di Astaka Taman Tasik Titiwangsa.

Menampilkan Awie (Wings), Yazid (Search), Yan (Lefthanded), CDNaz, Asheed (DefGabc), Radhi (OAG), Aru (R.O.B.) Jatt Hassan (Jazz Com), selaku juri pertandingan. Juara mingguan akan membawa pulang hadiah wangtunai RM1,000 dan layak untuk bertanding pada Pertandingan Akhir ‘Raja Band Kuala Lumpur’ yang akan diadakan pada 24 November 2012 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Hadiah Pertandingan Akhir Raja Band Kuala Lumpur:-

Juara -RM10,000.00 berserta Piala
Tempat Kedua - -RM 5,000.00
Tempat ketiga -RM 3,000.00

Anjuran DBKL dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia, Raja Band Kuala Lumpur adalah sebuah Pertandingan Kugiran Terbesar di Kuala Lumpur yang bertujuan untuk mencari kumpulan muzik yang berbakat dan Terbaik Dari Kalangan Yang Terbaik dari seluruh negara disamping menampilkan bakat-bakat baru di dalam bidang seni muzik serta memberi hiburan khasnya untuk khalayak wargakota dan juga pelancong pada setiap hujung minggu.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai pertandingan Raja Band Kuala Lumpur ini sila hubungi Bahagian Kebudayaan & Kesenian DBKL di talian 03-26176295 / 03-26176289 ataupun Persatuan Karyawan Malaysia di talian 03-20925517 / 010 7969113

Penyertaan adalah PERCUMA!!! Untuk mendapatkan borang penyertaan sila hantar alamat email berserta nama kumpulan anda melalui sms ke nombor 010 7969113 ataupun email terus kepada:

Bahagian Kebudayaan&Kesenian DBKL :mfauzi@dbkl.gov.my

Persatuan Karyawan Malaysia : rajaband@gmail.com;
(Urusetia Raja Band Kuala Lumpur)
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post

Bump TopicReply to this topicTopic OptionsStart new topic
 

Switch to:
| Lo-Fi Version
0.0989sec    2.18    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 20th April 2014 - 09:25 PM