why cant people view it "just for fun"? Why need to make kecoh out of everything?
They all think women should stay home and make sammich, is it?
They should learn to explore internet memes then.
A lecturer commented about this too. TLDR tho:-
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya email saya ini membuatkan sesetengah pihak/jabatan bertanggungjawab terasa spt dikritik. Saya bertindak untuk menyuarakn pendapat kerana merasakan UUM adalah rumah kedua saya, yg sangat saya sayangi..Email saya ini adalah berkaitan aktiviti Pelajar yang di mata saya agak keterlaluan yang SKRG NI SEDANG HEBAT DIPERKATAKAN DI FACEBOOK DAN YOUTUBE... Terlebih dahulu saya nak tanya, adakah aktiviti pelajar dipantau sepenuhnya oleh pihak UUM, atau aktiviti pelajar dirancang sepenuhnya oleh pelajar sendiri?
untuk pengetahuan semua (bg yang tak tau lg la), terdapat 1 rakaman yang dimuat turun di youtube, dan ianya sedang hebat dipertontonkan oleh masyarakat luar dan sedang hebat diperdebatkan oleh masyarakat luar berkaitan aktiviti PELAJAR UUM..dalam rakaman tersebut, sekumpulan pelajar perempuan (yang syok nya ada yang memakai tudung) sedang ligat menari GANGNAM STYLE di atas pentas (boleh tgk melalui youtube bertajuk - IPTA GANGNAM STYLE)..atau terus ke link ini -
http://www.youtube.com/watch?v=vczalAN11r8.
bagi pengamatan saya, aktiviti ni sgt2 bertentangan dgn ajaran Islam..dan ada pulak, sekumpulan lelaki (mungkin pelajar) sedang asyik dok menari di bawah dewan..dan keadaan di dalam dewan spt konsert atau dalam bahasa yang lebih kasar "DISCO"..mungkin persembahan ini hanya beberapa minit sahaja, akan tetapi dengan hanya beberapa minit ini lah, nama UUM sedang dicanang sana sini..
di sini, saya ingin berkongsi pengalaman saya menjadi student di sebuah IPTA di selatan tanahair..Di Uni saya, semua aktiviti pelajar sgt2 dipantau oleh pihak berwajib. bukan la student tak boleh buat aktiviti, tetapi ada peraturan tertentu yg perlu dipatuhi. spt pengasingan pelajar lelaki dan perempuan utk program tertentu (konsert2 nanyian), pelajar perempuan tak boleh menyertai pertandingan lakonan atau nanyian di khalayak umum (hanya boleh dibuat di dewan tertutup untuk pelajar perempuan sahaja), dan sepanjang 4 tahun di Uni tersebut, hanya artis NASYID sahaja yg dijemput untuk menghiburkan pelajar2...sgt2 termotivasi..
Di sini, saya memohon maaf jika terkasar bahasa atau menyinggung perasaan pihak2 tertentu. Saya sgt2 prihatin dgn nama Baik UUM, dan yg plg penting hala tuju student UUM..Saya pohon, pihak berwajib untuk menyiasat perkara ini, dan pohon supaya diperketatkan aktiviti student..
Sekian..Wassalam..
I don't actually give a damn about those gangnam thingy, but I do feel that other people should be more open.