QUOTE(Nama saya Amad @ Aug 22 2012, 12:37 AM)
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Pemakaian gelaran keturunan pada pangkal nama tidak boleh dibuat sesuka hati oleh mana-mana pihak, sebaliknya perlu mengikut peraturan yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan persatuan berkaitan.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said berkata, semua gelaran seperti Tunku, Tengku, Raja, Wan dan Megat hanya boleh dipakai oleh individu yang layak.
"Penamaan gelaran adalah berdasarkan kepada gelaran bapa dan status kanak-kanak itu sewaktu dilahirkan tanpa mengira tempat di mana kelahiran berlaku.
"Ia sebagaimana arahan Jabatan Pendaftaran Negara Bilangan 10/2011," katanya kepada Bernama, hari ini.
Jariah berkata, bagi kanak-kanak tidak sah taraf yang didaftarkan kelahiran di bawah Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299), penamaan gelaran adalah mengikut ibu dan bukannya bapa.
how about chinese name?
Aug 22 2012, 09:49 AM

Quote
0.0123sec
0.25
6 queries
GZIP Disabled