Astro wants to upgrade to MPEG4?
Dana IPO untuk platform teknologi, bayar hutangKUALA LUMPUR 21 Sept. - Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro Malaysia) akan menggunakan dana dari terbitan awam permulaannya (IPO) yang bernilai lebih dari RM4 bilion untuk platform teknologi dan menjelaskan hutang syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rohana Rozhan berkata, sebanyak RM500 juta akan digunakan untuk pembayaran hutang dan selebihnya bagi platform teknologi mereka.
"Pada masa ini, sebanyak 1.6 juta pelanggan telah melanggan perkhidmatan 'byond' (perkhidmatan definisi tinggi HD) dan sebanyak 1.5 juta pelanggan masih belum bertukar kepada platform terbaru tersebut.
"Dana yang diperoleh akan digunakan untuk kos pertukaran platform tersebut, manakala sebanyak RM0.5 bilion bakal digunakan untuk membayar hutang," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran prospektus Astro Malaysia di sini hari ini.
Prospektus tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hadir sama pada sidang akhbar itu, Pengerusi Astro Malaysia, Tun Zaki Tun Azmi, Timbalan Pengerusi Eksekutif Astro Malaysia, Ralph Marshall, Ketua Pegawai Kewangannya, Ahmad Fuaad Mohd. Kenali, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Raja Abd. Aziz.
Depercayai hutang Astro Malaysia adalah sebanyak RM3.7 bilion berikutan pelaksanaan penstrukturan semula syarikat dan hutang yang dibuat sebelum ini.
Tambah Rohana, Astro Malaysia merancang untuk mengembangkan kapasiti salurannya selepas 2014 dan perancangan tersebut mengambil masa selama tiga tahun.
"Fokus kami adalah memberikan nilai terbaik kepada pelanggan terutama dari segi kandungan," jelasnya.
IPO Astro Malaysia melibatkan terbitan 1.518 bilion saham biasa, atau 29.9 peratus modal saham bagi saham diterbitkan dan berbayar biasa syarikat.
Ia terdiri daripada 474.3 juta saham biasa baharu dan tawaran jualan sehingga 1.044 bilion saham sedia ada.
Tawaran institusi pula adalah sehingga 1.258 bilion yang mewakili 24.2 peratus modal saham dan tawaran runcit sebanyak 259.865 juta saham yang mewakili 5.0 peratus modal saham.
Harga indikatif tawaran runcit adalah RM3.00 sesaham.
Antara pelabur utama ialah Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Standard Pacific Capital, Great Eastern Life Assurance, CorstonSmith Asset Management, Nomura Asset Management dan Universities Superannuation Scheme yang telah bersetuju untuk melanggan 430 juta saham.
CIMB Investment Bank Bhd.adalah pengurus transaksi.
Manakala CIMB, Maybank Investment Bank Bhd.dan RHB Investment Bhd.merupakan penasihat prinsipal bersama.
Penyelaras global bersama adalah CIMB, Credit Suisse (Singapore) Ltd.,Goldman Sachs (Singapore) Pte., J. P Morgan Securities plc, Maybank Investment (cawangan Singapura) dan UBS AG.
Astro Malaysia dijangka disenaraikan pada 19 Oktober hadapan.
Source:
http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20...gi-bayar-hutangThis post has been edited by lpsoldier007: Sep 22 2012, 12:33 PM