Petua: Telur belangkas ada umphhhh
http://www.bharian.com.my/bharian/articles...h/Article/index
MENURUT petua yang diamalkan orang-orang lama daripada masyarakat nelayan, telur belangkas adalah makanan paling lazat jika kena masakannya.
Meninjau daripada pengalaman Mak Tipah seorang balu nelayan yang kini mengusahakan warung ikan bakar di Serkam, Melaka bahawa telur belangkas mempunyai khasiat tertentu jika kita mengamalkan makanan berkenaan sama ada dibakar atau dimasak.
Menurut Mak Tipah, petua memasak paling berkesan sedapnya ialah dengan mengambil kesemua telur belangkas lalu dibasuh dengan air asam jawa, kemudian dibilas dengan air bersih. Telur belangkas itu ditoskan untuk beberapa ketika dan kemudian dimasukkan semula ke dalam lapik kelungsung lidah yang terdapat pada badan belangkas iaitu di sebelah dalam bahagian ekor.
Bahagian itu dijadikan sebagai pundi untuk menempatkan semua telur belangkas lalu dimasak, paling baik digulai masak lemak dicampur dengan ikan mayung atau ikan jenahak. Bungkusan telur ini menjadi padat seperti ketupat bila sudah masak dan sedia untuk dimakan.
“Cuma kita jangan makan terlalu banyak,” kata Mak Tipah kepada penulis lalu menyambung perbualan. Beliau mendakwa lemak telur belangkas boleh mengkhayalkan seseorang itu jika makan berlebihan.
“Pening itu memang tidak dapat dielak tetapi ia tidak merbahaya. Cuma satu saja yang mesti kita ingat kalau makan tu jangan ikut nafsu sebab benda yang sedap membuatkan kita lupa tentang kenyang,” ketawanya selamba tapi ada mesej yang hendak disampaikan kepada kita semua.
Apa pun daripada kajian yang dapat kita dapat melalui pengalaman Mak Tipah atau masyarakat nelayan mengenai belangkas yang hidup di persisiran pantai berpasir bahawa spesies hidup berkawan jantan yang tidak pernah terlepas antara satu sama lain sudah dianggap makanan berkhasiat tinggi.
Walaupun haiwan ini sudah wujud sejak lamanya, namun masyarakat kita baru berjinak-jinak untuk mengenali serta mengetahui khasiatnya. Sebenarnya ia sudah lama wujud di tempat kita sendiri, cuma selalunya terlepas pandang.
Hari ini belangkas sudah mula mendekati kita dan kita harus jadikan petua tentang gulai belangkas supaya dia benar-benar dapat menarik selera makanan baru kita - Insya Allah tentu sedap!!!
...
tok guru kat kubang semang pernah citer ada orang kampung guna telur belangkas untuk umpan / tangkap orang bunian jadi orang suruhan diaorang..
Jul 28 2012, 12:42 PM, updated 14y ago
Quote
0.0130sec
0.92
5 queries
GZIP Disabled