Finally ! Sad !
http://www.arenakereta.com/26/05/2012/saga...gas/#more-18615
Datuk Seri Syed Zainal Resigns
Datuk Seri Syed Zainal Resigns
|
|
May 26 2012, 02:59 PM
Return to original view | Post
#1
|
![]() ![]()
Junior Member
172 posts Joined: Dec 2007 From: Johor |
|
|
|
May 26 2012, 03:03 PM
Return to original view | Post
#2
|
![]() ![]()
Junior Member
172 posts Joined: Dec 2007 From: Johor |
LATEST ! 26 MAY 2012
FROM Arena kereta website . Source from Autocar website. Saga transformasi Proton & Lotus – Syed Zainal keluar dari Proton hujung bulan ini, Dany Bahar digantung dari menjalankan tugas ![]() Berita terbaru yang agak mengejutkan tetapi sudah dijangka mula tersebar di internet, di mana Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir akan melepaskan jawatannya di Proton mulai hujung bulan Mei ini. Berita tersebut menyusuli arahan penggantungan tugas CEO Group Lotus, Dany Bahar oleh pemilik barunya DRB-Hicom bagi menyiasat aduan salah laku yang dibuat terhadapnya. Berita tersebut telah disahkan oleh DRB-Hicom baru-baru ini. Menurut laporan, penggantungan tugas Dany Bahar dibuat selaras dengan kajian semula operasi keseluruhan Group Lotus, dan semua kakitangan syarikat automotif terkenal British di Hethel, Norfolk itu telah dimaklumkan tentang arahan penggantungan tersebut. Walaupun tiada butiran lanjut berkenaan siasatan yang dijalankan, sumber dalaman menyatakan Dany Bahar akan kembali memainkan peranannya jika maklumat penyiasatan mendapati tiada sebarang kesalahan yang dilakukan. Setakat ini tidak pasti berapa lama tempoh siasatan akan berjalan. Berikut ialah kenyataan rasmi dari DRB-Hicom kepada Norwich Evening News, “Group Lotus plc (“Lotus”) can today confirm that, following an operational review, chief executive Dany Bahar has been temporarily suspended from his role to facilitate an investigation into a complaint about his conduct made by Lotus’ penultimate parent company, DRB-Hicom Berhad. The penultimate holding company would like to stress it is business as usual at Lotus. We fully support the company and will continue to support Lotus in its business endeavours and development.” ![]() Sepanjang ketiadaan Bahar, DRB-Hicom telah menyerahkan tugasan menyelia hal ehwal Lotus kepada Dato’ Lukman Ibrahim, Mohd Khalid Yusof dan Aslam Farikulla, selain turut dibantu oleh CFO semasa, Rusman Zaihan. Dany Bahar menyertai Lotus pada bulan September 2009 setelah melepaskan jawatannya di Ferrari, dan melancarkan suatu program yang bercita-cita tinggi untuk melancarkan enam model serba baru dan menjadikan pengeluar kereta yang berpengkalan di Norfolk itu menjana keuntungan semula. Kesemua enam model serba baru dipersembahkan di Paris Motor Show 2010 yang lalu. Pelan lima tahun Lotus setakat ini telah menyaksikan pembangunan model baharu Esprit, di samping pembangunan enjin dan kotak gear sendiri sejak 20 bulan yang lepas. Pada masa yang sama Lotus terus menambah baik barisan model semasa seperti Elise, Exige dan Evora. Bagaimanapun masa depan Lotus kelihatan agak terumbang-ambing setelah syarikat induknya Proton Holdings Berhad dijual kepada syarikat multinasional DRB-Hicom awal tahun ini. Timbul persoalan ketika ini sama ada Dany Bahar akan dipecat dan digantikan dengan CEO baru dari kalangan kakitangan DRB-Hicom sendiri, atau Group Lotus bakal dijual kepada syarikat automotif luar bagi menjimatkan kos pengurusan dan mengurangkan kerugian yang ditanggung selama ini. Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang selama ini menjadi inspirasi setiap model terbaru Proton pula bakal tiada sedikit masa lagi, menjadikan hala tuju Proton selepas ini kelihatan ‘kurang jelas’ momentumnya. http://www.autocar.co.uk/car-news/industry...bahar-suspended This post has been edited by SKYTECH: May 26 2012, 03:05 PM |
|
|
May 31 2012, 12:42 PM
Return to original view | Post
#3
|
![]() ![]()
Junior Member
172 posts Joined: Dec 2007 From: Johor |
The last word from DSZ ......
From Funtasticko website. Pesanan & amanat terakhir DSSZ kepada warga Proton Saya nak kongsikan email yang dikirim oleh seorang shabat saya yang juga warga Proton. Ini adalah pesanan & amanat terakhir DSSZ kepada warga Proton sebelum menamatkan tugasnya sebagai bos mereka sebelum ini. ![]() Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi. Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian. Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal. Saudara saudari yang saya kasihi, Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya. Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu. Saudara saudari yang saya kasihi, Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung. Saya beruntung kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga. Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan. Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON. Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON. Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari. Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya. Bukan saudara saudari. Saudara saudari yang saya kasihi, Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya saudara saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap sesuatu. Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan, Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya. Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada automotif, insyaallah. Saudara saudari yang saya kasihi, Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON. Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya, Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka. Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya. Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah. Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl Harbour dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON. “There You’ll Be” When I think back On these times And the dreams We left behind I’ll be glad ’cause I was blessed to get To have you in my life When I look back On these days I’ll look and see your face You were right there for me In my dreams I’ll always see you soar Above the sky In my heart There will always be a place For you for all my life I’ll keep a part Of you with me And everywhere I am There you’ll be And everywhere I am There you’ll be Well you showed me How it feels To feel the sky Within my reach And I always Will remember all The strength you Gave to me Your love made me Make it through Oh, I owe so much to you You were right there for me ‘Cause I always saw in you My light, my strength And I want to thank you Now for all the ways You were right there for me You were right there for me For always Salam hormat dari saya, Syed Zainal. |
| Change to: | 0.0232sec
0.69
7 queries
GZIP Disabled
Time is now: 2nd December 2025 - 08:01 PM |