Outline ·
[ Standard ] ·
Linear+
Do you remember 2 of these banned book?, oldfags only
|
SUSStationMonkey
|
Apr 5 2012, 05:10 PM
|
New Member
|
QUOTE(ReAcTiVo @ Apr 5 2012, 05:06 PM) it's like animal farm
|
|
|
|
|
|
SUSStationMonkey
|
Apr 5 2012, 05:14 PM
|
New Member
|
Spoiler untuk tikus rahmat » Click to show Spoiler - click again to hide... « Tikus Rahmat merupakan novel satira politik yang amat sinis menyindir golongan manusia yang mementingkan diri sendiri, dan juga kepada golongan manusia yang menjadi pengikut membuta tuli. Berbanding SHIT, karya ini lebih lembut tetapi tajam.Tikus Rahmat menceritakan tentang kehidupan tikus pelbagai jenis di Kampung Makmur. Tikus-tikus ini terdiri daripada pelbagai jenis – tikus mondok, tikus ladang, tikus lembah, tikus rumah, dan tikus putih. Tikus-tikus ini menyara hidup dengan hasil curian daripada bendang, dan rumah manusia. Mereka amat anti manusia, anjing dan kucing kerana menjadi ancaman kepada mereka. Semasa sekumpulan sakai tinggal di Kampung Makmur, hidup tikus-tikus ini tidak aman dan selalu ketakutan kerana ancaman kucing dan anjing.
Kemudian, datang tikus putih memberi idea untuk menghalau manusia dari tempat mereka tinggal dan idea ini berjaya lantas si tikus putih ini di angkat menjadi wira dan di gelar Tikus Rahmat memakai gelaran Tikus Rahmat Bung Sutradara al-Raj. Gelaran “Rahmat” adalah kerana dia berjaya memberi kemerdekaan kepada penduduk tikus dan mendatangkan rahmat. Selepas Proklamasi Kemerdekaan Tikus berlangsung, wujudlah sebuah negara tikus yang aman damai yang di beri nama Tikusia Raya berpanjikan 5 Prinsip Ketikusan yang sama sekali tidak adil kerana mementingkan puak tikus putih. Namun penduduk tikus tidak faham apa-apa mengenai Prinsip Ketikusan ini kerana mereka buta huruf. Mereka hanya tahu mencari makan. Tidak lama selepas itu, pilihan raya di adakan. Tikus putih yang memberi rasuah kelapa bakar dan ikan bakar serta menggunakan taktik pengundian yang kotor memenangi pilihan raya buat pertama kali di adakan.
Barisan kepimpinan yang di pilih adalah daripada puak tikus putih. Tikus Rahmat banyak menganjurkan majlis khas untuk kelompok tikus putih sahaja kerana mereka ingin menjaga martabat atasan tikus. Tikus putih tidak pernah bekerja kerana takut bulunya kotor. Tikus putih menubuhkan Persatuan Tikus-Tikus Putih untuk menjaga kepentingan mereka. Mereka juga membuat beberapa pakatan sulit antaranya tidak membenarkan anak dara mereka berkahwin dengan tikus lain selain daripada keturunan tikus putih. Anak-anak tikus putih pula di beri pendidikan khas tanpa pengetahuan tikus-tikus lain. Tikus Rahmat kemudiannya memberi idea untuk membina Gedung Maha Agung Negara Tikusia Raya sebagai tempat simpanan padi. Rakyat di minta berbakti untuk membina gudang ini. Mereka tidak di berikan sebarang upah atas keringat titip peluh. Sebenarnya, mereka tidak tahu hak mereka.
Tikus putih kemudiannya mencadangkan agar di bina sebuah gudang khas untuk bekalan makanan tikus putih sahaja dan di namakan gudang ini Gedung Padi Besar Terhormat Tikus-Tikus Putih. Hasil padi yang di cari oleh penduduk Tukisia Raya di pindahkan ke gedung baru ini tanpa pengetahuan sesiapa. Penduduk Tukisia Raya jujur. Mereka mencari padi dan hanya suku di bawa pulang dan yang selebihnya di simpan di Gedung Maha Agung Negara. Keringat mereka di perah tetapi mereka sedikit pun tidak merasainya. Keadaan bertambah gawat. Pilihan raya kedua di adakan selepas itu dan sekali lagi keadaan tidak sedikit pun berubah. Kali ini tikus putih dan tikus mondok bergabung di bawah PTTR atau Persatuan Tikus-Tikus Tikusia Raya. Tikus mondok bergabung dengan tikus putih kerana takut kalah dengan tikus lain yang lebih manis janji pilihan rayanya.
Dalam masa yang sama tikus ladang semakin kaya dan mempunyai banyak gedung sendiri. Mereka mengikuti jejak langkah tikus putih. Tikus ladang memerah tikus lembah dengan teruk sekali. Apabila musim hujan, tikus lembah akan naik ke darat dan tikus ladang menawar lubang-lubang untuk di sewa 3 biji padi sehari dan jika tidak di bayar hutang akan naik berlipat kali ganda. Tikus ladang menjadi kaya kerana mereka mencari sendiri padi di kampung jiran dan tidak meletakkan padi tersebut di gedung yang sepatutnya. Padi mereka semakin banyak. Tikus ladang semakin mengganas menjerut tikus lembah. Tiga tahun kemudian, pilihan raya sekali lagi akan di adakan. Kali ini tikus ladang tahu bahawa kaum mereka akan menang kerana mereka mempunyai hasil padi yang banyak danmempunyai sokongan yang kuat daripada tikus jenisnya.
Tikus putih pula takut kehilangan kuasa kerana mereka tidak biasa bekerja. Adi Berkat, tikus cerdik dalam kalangan tikus lembah menyedarkan kaumnya yang selama ini di tekan hebat. Tikus lembah marah akan tikus putih kerana tikus putihlah mereka jadi begini. Mereka menyerang tikus putih. Ramai yang mati. Tikus ladang gembira melihat permusuhan itu tetapi tidak lama apabila tikus putih dan tikus lembah bergabung kuasa melawan tikus ladang. Setelah seminggu, tikus ladang kalah mati. Yang hidup melarikan diri. Mereka yang tinggal mahu membina Tikusia Raya yang baru seraya mengingatkan dua ribu jenis tikus yang lain supaya sedar dan insaf bahawa sesuatu hukum yang berdasarkan penguasaan Si Lemah dan Si Kuat tidak akan abadi dan ia tetap hancur luluh di telan zaman.
|
|
|
|
|