QUOTE(Chechack @ Feb 18 2012, 07:31 PM)
Can someone answer me what dafug does penyu in terennganu have to do with Ah Eng???
I'll do this for you Checack....Taken from Wikipedia;
Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.
Mengikut kajian yang telah dijalankan, didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka.
Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.
Penyu jenis "Oliver Ridley" juga kelihatan di Pantai Kerachut and Teluk Kampi, Pulau Pinang[U]. Spesis penyu ini dipercayai gemar bertapak di pantai dalam Pulau Pinang untuk bertelur oleh kerana jumlah pelancong and penggemar penyu di Pulau Pinang adalah jauh berkurangan berbanding dengan Terengganu.
Semenjak perlantikan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru, YB Lim Guan Eng pada March 2008, penyu penyu tersebut dipercayai telah berhijrah ke pantai timur untuk menetas disebabkan peningkatan pelancong di Pantai Kerachut and pembangunan pesat di Pulau Pinang yang merupakan kesan usaha and keringat yang tidak terhenti henti oleh YB Lim Guan Eng.
Dalam satu laporan dari www.turtlesurvival.org/storage/.../TSA_Magazine_Aug2009.pdf, salah satu daripada mayat penyu yang dijumpai di pantai Terengganu dijumpai berbalut dengan bendera parti MCA. Oleh yang demikian, mengikut rumusan and analysis yang dibagi oleh pakar pakar penyu, adalah dipercayai bahawa penyu penyu tersebut tidak berasa puas hati dengan pentadbiran YB Lim lalu mengambil keputusan drastik untuk mendarat di Terengganu. Tetapi apa yang berada di luar jangkaan penyu penyu ini adalah Angin Monsun Timur Laut yang begitu menakutkan sehingga separuh daripada penyu yang berenang ke pantai timur dari Pantai Kerachut telah mati ditenggelami ombak besar.
Justeru itu, nasib nasib penyu yang terkorban dalam usaha pertempatan baru tidak dibiayai langsung and ini merupakan kesan daripada tindakan
agresif YB Lim Guan Eng yang begitu fokus dalam pembangunan Pulau Pinang.