Polis tahan 26 penyokong NS, K'tan
7:13AM Jan 8, 2012 Seramai 26 penyokong lelaki dari pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk membawa barang larangan seperti mercun dan bunga api ke pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata polis, yang mengadakan kawalan sejak pukul 2 petang hingga separuh masa perlawanan, merampas 56 suar, satu bom asap, lima bunga api, satu pisau lipat dan sepaket ganja.
"Kita menahan kedua-dua kumpulan penyokong yang mula masuk ke dalam stadium sekitar pukul 6 petang hingga 9.30 malam. Mereka berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Kelantan dan Negeri Sembilan di ibunegara.
Bagi mengaburi polis, Mohan Singh berkata daripada jumlah itu, 22 lelaki yang ditahan membawa barangan larangan 'flare' dalam kain rentang ke pekarangan stadium.
"Kita nampak mereka dalam keadaan mencurigakan apabila seramai 22 orang membawa banner (kain rentang) itu lalu kita melakukan pemeriksaan ke atas barangan itu," katanya.
Beliau berkata ganja yang dirampas turut ditemui dalam kain rentang itu.
- Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/185983siap ada ganja...masak la..
Added on January 8, 2012, 9:01 amQUOTE(kerusi_30 @ Jan 7 2012, 08:03 AM)
Bukan senang nak tengok FAM mintak maaf...
tapi pada masa yang sama bangang jugak boleh typo error..
Maafkan Kami I think both parties are wrong in this case. PBSNT could have seek much clearer info by contacting FAM directly the day they got the directive before the take any action to avoid any loss, but they decided to be opportunistic and tried to push their luck. FAM of course was very sloppy and not checking properly the directive they sent. The best way for FAM to reduce the damage is to push forward the next transfer window.
This post has been edited by aressandro10: Jan 8 2012, 09:01 AM