Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin
antara benda yang saya nampak pasal apa kita tak boleh menang lawan filipina hari tu adalah sebab banyak sangat pemain malaysia tak biasa main permainan yang fizikal.. lawan filipina hari tu serupa macam lawan mat salleh pun ada, pemain diaorang tinggi lampai, muka pun dah tak macam orang asia.
ini antara cara penyelesaian yang ingin saya utarakan iaitu overhaul liga malaysia hingga ke tahap macam ni, permainan yang melampau fizikalnya.. jangan harap kalau lawan peringkat piala dunia nak jumpa semua orang asia je.. kita kena lahirkan liga malaysia yang ganas dan sentiasa bersemangat amat kuat untuk menang macam nak pergi perang.. midfield kena usaha kekalkan bola dalam padang manakala pertahanan kena usaha curi bola dari lawan.. bukannya tak boleh langsung, dulu lawan fernando torres, pemain termahal dunia tapi dia tak mampu buat apa-apa kalau jumpa orang yang main lebih bersemangat dari dia
masa lawan filipina hari tu, apsal ntah banyak sangat pemain yang fokus mereka seperti lari, tengok muka safee sali tu macam lemah mental je, coach kena tahu baca pemain-pemain sendiri juga sebelum game, semasa game dan selepas game.. pertahanan pula macam biasa suka sangat buat perangai lama.. nasib baik goalkeeper malaysia perangai tak macam diaorang kalau tak lagi malu, mesti bolos punya aku ingat.
kalau kita nak lahirkan kapten yang amat bagus untuk menang piala dunia pula.. dia mesti sekurang-kurangnya boleh kuasai 2 posisi dalam permainan bola sepak, tengok macam maldini dan philipp lahm, antara kapten bola sepak paling berjaya, diaorang bukan hanya boleh kuasai satu posisi / disiplin bola sepak je hingga jadikan diaorang seperti sudah amat sebati dengan seluruh padang tu.. philipp lahm mula main sebagai backup striker, sama gak dengan paolo maldini, masa dia muda suka betul main offensive, dah memang naluri manusia suka menyerang rasanya.. tapi akhirnya jadi macam mastermind di belakang tu, baca habis pergerakan lawan sebab dah kuasai macam-macam disiplin bola sepak hingga seperti sudah sebati dengan diri diaorang.
Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin
QUOTE(ayanami_tard @ Jun 5 2012, 11:59 PM)
sebab itulah saya sangat menyokong kehadiran semula pemain asing dalam liga malaysia.nampak sangat pemain kita terkial-kial tatkala berjumpa dengan pemain asing
contoh paling teruk yang masih segar di ingatan
1-tatkala pasukan kebangsaan dilanyak teruk oleh pemain import singapura yang berasal dari Serbia
2-tatkala perlawanan persahabatan menentang Austria,ketika salah seorang pemain sayap austria berjaya melepasi 3(TIGA) pemain pertahanan negara sebelum melakukan percubaan ke arah gol.rasanya pemain tersebut melepasi Asrar,Muslim dan subra.dan mereka ini(kecuali subra) adalah pemain yang tinggi-tinggi dalam pasukan kebangsaan
sekurang-kurangnya pemain Harimau muda tidak lagi menunjukkan kelemahan menentang pasukan yang fizikal.ini menunjukkan latihan di eropah menunjukkan hasil
ayanami_tard ..... sejak bila pula malaysia pernah lawan austria ni ??????? kalau kata eropah dalam friendly, malaysia pernah lawan england je kalau tak silap saya.. itu pun rasanya sebab Tony Cottee yang ajak FA England nak lawan Malaysia rasanya.. yang lain tu jangan harap, kena tunggu tournament dan lepas kelayakan baru boleh jumpa team bolasepak dari eropah.
... pasal pemain import dan liga malaysia, untuk kukuhkan lagi Liga Malaysia yang merupakan tulang belakang utama kepada pembangunan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia..
saya cadangkan Liga Malaysia, untuk Liga Super, buka je sampai maksimum 5 pemain import yang berkualiti untuk dibawa masuk ke dalam liga malaysia.. tapi selalunya pengurusan kelab bola sepak kat malaysia ni kalau boleh nak sign striker je.. jadi saya rasa kena limit la maksimum 2 je striker import yang bagus, yang lain mesti posisi lain.. macam sebelum ni masa tak ada limit memang , dah boleh agak dan baca dah taktikal coach orang malaysia.. satu lagi masalah pasal pemain import ni pula ialah pengurusan kelab mula-mula semangat berkobar-kobar nak sign star player je.. pastu akhir-akhirnya gaji diaorang tak dapat bayar, memang lagi
jadi saya cadangkan untuk atasi masalah ni paling kurang setengah atau 1/2 dari perjanjian kontrak gaji diaorang, pertahun kena bagi pada FAM untuk jaga maruah Liga Malaysia, akhir tahun, atau menjelang 1 Januari setiap tahun, bagi balik duit tu pada kelab tu.. paling kurang FAM pergi labur duit tu pada amanah saham, paling kurang pun dah beranak-pinak dah, ada la duit sikit untuk jalankan program pembangunan pemain muda bola sepak Malaysia.
Liga Super yang merupakan liga paling atas dalam Liga Malaysia, kalau boleh tak payah buat sekatan, bagi kuasa autonomi sepenuhnya kepada semua kelab dan persatuan kat situ, tapi sebab masalah-masalah masa lepas, jadi terpaksa la buat peraturan yang bagus supaya masalah dulu-kala tak timbul lagi disamping untuk jaga kualiti liga dan pemangkin, penyokong utama kepada skuad kebangsaan Harimau Malaya.
Liga Super sepatutnya hanya yang betul-betul terbaik je yang boleh masuk.
...
pasal program pembangunan pemain muda Malaysia, kalau nak harap pada projek Harimau Muda je, kalau ikut logik akal manusia biasa.. maka sampai kiamat la kita tak akan berjaya langkah masuk ke dalam piala dunia, apatah lagi menang piala dunia.. kalau setakat hanya ada 1 atau 2 pasukan je yang betul-betul komited nak bantu program pembangunan pemain muda malaysia demi masa depan bola sepak malaysia.
jadi di sini saya ingin mencadangkan FAM buat peraturan khas untuk Liga Perdana Malaysia, yang sepatutnya dijadikan program pembangunan kepada Liga Super (untuk pilih mereka yang benar-benar bagus sahaja untuk main dalam liga teratas malaysia).. apa kata buat 2 kerja dalam satu masa, guna Liga Perdana Malaysia, iaitu dengan pinda peraturan Liga Perdana Malaysia untuk bantu tingkatkan kualiti Liga Super dan program pembangunan pemain muda , masa depan skuad kebangsaan Malaysia.
saya ingin cadangkan Liga Perdana Malaysia, buat peraturan khas, iaitu dalam starting line-up untuk setiap game diaorang, mesti ada sekurang-kurangnya 3 pemain muda malaysia berumur bawah 20 tahun.. kalau tak mampu buat benda ni, maka apabila permainan bermula, pasukan yang tak dapat buat starting line-up sekurang-kurangnya 3 pemain muda malaysia berumur bawah 20 tahun, maka pasukan lawan akan dapat 1 tendangan penalti. .. dan lagi baik rasanya dalam Liga Perdana Malaysia, jangan ada seri langsung, kena buat peraturan baru, setiap perlawanan yang berakhir dengan seri maka akan ada penentuan menerusi penalti, dari sini pasukan dari Liga Super Malaysia boleh kenalpasti penjaga gol yang bagus dari Liga Perdana Malaysia untuk ditawarkan kontrak untuk main dalam Liga Super Malaysia.
antara pro kepada peraturan khas yang saya utarakan disini ialah permainan tak ada la jadi terlampau bosan, sekurang-kurangnya yang datang stadium tu dah tahu dah MESTI ADA GOL PUNYA.. benda camni Liga Jepun dulu pernah buat masa diaorang overhaul liga diaorang.. tak ada satu game pun yang berakhir dengan seri.. masa tu Arsene Wenger yang sekarang jadi coach Arsenal FC, jadi coach pada salah satu pasukan kelab bola sepak di Jepun.. dan dia berjaya kekalkan rekod yang amat bagus masa peraturan tak ada seri langsung ni dibuat di jepun, dan mungkin sebab ini la Arsenal FC sign dia dari Liga Jepun tu dan terbukti percaturan mereka berjaya hingga boleh jadikan Arsenal FC antara kelab yang paling banyak buat keuntungan dari kelab yang amat kecil di England padahal owner, pemilik kelab tak ada la sekaya pemilik kelab macam Manchester City atau Chelsea FC
pasal 3 pemain muda malaysia bawah 20 tahun yang mesti dijadikan starting line-up untuk setiap perlawanan di Liga Perdana, kita pun tahu pasukan di Liga Perdana ni mesti tak banyak duit nak buat starting line-up yang bagus kalau buat peraturan camni, lagi-lagi diaorang kebanyakannya tak ada akademi bola sepak sendiri.. jadi saya cadangkan FAM buat satu database / pangkalan data khas dengan kerjasama kelab dari Liga Super yang ada akademi bola sepak diaorang sendiri, pinjamkan pemain-pemain muda terbaik diaorang ke kelab-kelab di Liga Perdana untuk buat starting line-up terbaik serta bantu program pembangunan pemain muda Malaysia untuk misi kita menang piala dunia suatu hari nanti, paling kurang kelab-kelab di Liga Perdana mesti mampu bayar 50% dari gaji pemain muda Malaysia yang ingin dipinjam dari kelab-kelab di Liga Super Malaysia.
apabila pemain-pemain muda Malaysia yang berjaya lepas main di Liga Super yang dijaga kualiti liganya.. saya jangka umur mereka masa tu dah 22 tahun, dan kelab dari Liga Super Malaysia berjaya menang piala kelab seluruh asia, jadi juara lagi, ada harapan besar pemain-pemain muda malaysia ini untuk main di liga eropah yang bagus.. jangan la pergi target, sasar benda tak boleh dicapai dalam masa yang singkat ni, nak main dalam EPL, peraturan diaorang amat ketat, paling kurang kita contohi program pembangunan pemain muda Jepun.. sasarkan BUNDESLIGA JERMAN !!
tengok sekarang.. Malaysia nak sangat buat Ramli la konon main kat Manchester United FC, tapi Jepun dan Korea yang berjaya buat benda ni..
seorang Park Ji Sung dari korea sebab korea masa tu jadi tuan rumah piala dunia, pastu pergi hire coach, jurulatih yang amat bagus dalam taktikal bola sepak bernama Guus Hiddink, idealogi total football, dapat kedudukan yang amat bagus dalam piala dunia baru la Manchester United FC berani gamble nak sign Park Ji Sung tu.
seorang lagi ialah Shinji Kagawa yang sekarang sudah ditawarkan kontrak dengan Manchester United FC.. yang cadangan yang saya utarakan diatas ialah ikut pengalaman program pembangunan bola sepak Jepun yang memang gunakan BUNDESLIGA Jerman sebagai batu loncatan diaorang untuk jadi kuasa bola sepak #1 di Asia dan serap gaya dan ilmu taktikal diaorang ke dalam budaya diaorang hingga pasukan bola sepak perempuan diaorang sudahpun berjaya menang piala dunia baru-baru ni.. strategi diaorang memang bagus, diaorang kejar benda yang boleh dicapai dahulu.. jangan kerana mendung dan guruh di langit, air di tempayan habis dibuang semuanya.
seorang lagi adalah Cristiano Ronaldo yang Manchester United FC kesan bakat dia masa buat friendly dengan Sporting Lisbon dulu.. benda ni yang selalunya FAM suka buat sekarang ni
saya cadangkan kita buat je semua ketiga-tiga cara diatas tu,
1) jadi TUAN RUMAH acara besar bola sepak dunia macam Korea pernah buat hingga Park Ji Sung ditawarkan kontrak main di Manchester United FC 2) KUKUHKAN LIGA TEMPATAN dan JADIKAN SALAH SATU LIGA EROPAH SEBAGAI BATU LONCATAN KEPADA PEMANTAPAN KEPADA PEMANTAPAN PEMAIN MUDA MALAYSIA seperti yang telah dilakukan oleh Korea hingga Shinji Kagawa ditawarkan kontrak main di Manchester United FC 3) ATURKAN PERLAWANAN PERSAHABATAN DENGAN PASUKAN YANG HEBAT seperti kelab dari Portugal sudah buat hingga Cristiano Ronaldo ditawarkan kontrak main di Manchester United FC
... saya ambil contoh Manchester United FC sebab banyak sangat orang Malaysia gila EPL hingga lupa bahawa walau hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik lagi di negeri sendiri kerana air yang dicincang walau macam mana sekalipun tak akan putus, tapi kalau di luar negara kalau habis madunya, habis sepah dibuang, ikan pasti akan pulang ke lubuknya.. manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belang.
Malaysia ke arah menang piala dunia tahun 2022 !!
sekian
This post has been edited by hack3line: Jun 7 2012, 09:59 AM
Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin
QUOTE(mdnosz @ Jun 7 2012, 12:33 PM)
So ...... tiada target ranking FIFA disitu ..
malaysia je poyo target ranking FIFA, while negara lain push their young players more exposure at the very highest level ....kita? beriye nak letak pemain KELANTAN yg kononnya bagus dgn prestasi terkini ..
ok la bukan KELANTAN , sbb KELANTAN terlalu kuat ... kita beriye nak letak the BEST PLAYER IN SUPER LEAGUE .... lol lol facepalm sejuta kali ..
biarpon singapore menang, biarpon malaysia menang, singapore 100% will be benefited out of this so called ranking FIFA 'perlawanan persahabatan' as their your players will get full motivation sbb diberi kepercayaan penuh lawan senior team malaysia ..
ini namanya jubor ..
rajagopal sepatutnye dah terasa dibodohkan oleh singapore yg taknak pressure ..spatutnye rajagopal letak seluruh pasukan Harimau Muda ...baru fight skit ...
pasukan utama kot, memang kena target la ranking FIFA
"aim for the moon, even if u miss it u will be among the stars"
bukannya coach K. Rajagopal tak pernah letak pemain terbagus Liga Super, dulu bukan dah letak ke Hadi Yahya PENJARING GOL #1 TERBANYAK LIGA SUPER.. tak ada la gempak sangat pun dia main dalam pasukan kebangsaan, Safee Sali pula yang nampak menyinar padahal Selangor rasanya dah dekat 5 tahun kot tak menang satu piala apa pun.
bukan ke dulu kita semua dah bincang benda ni dengan mendalam, Lionel Messi pun sama gak, kat dalam liga sepanyol main punya la gempak dengan Barcelona tu, masuk pasukan kebangsaan, cam biasa je..
kes paling lawak masa piala dunia 2010.. lagenda bola sepak Diego Maradona ingat Thomas Muller pemain muda terbaik masa kejohanan piala dunia tu adalah ball boy.. senang citer kat malaysia panggil budak milo, memang sebelum tu macam seorang pun tak kenal siapa dia Thomas Muller ni, tapi dialah penghancur impian Argentina yang amat bangga dengan Lionel Messi, pastu Diego Maradona buat muka pula.. tak nak cakap tepi Thomas Muller, memang
Apapun dalam bola sepak, kita kena sentiasa ingat kita perlukan SEBUAH PASUKAN YANG AMAT MANTAP bukan hanya individu semata-mata.. coach tu la kepala utama dia sebenarnya, macam nak hasilkan sebuah lagu yang amat bagus dan mantap dari sebuah kumpulan orkestra yang amat besar, ada pelbagai perangai dan ragam manusia ni, hanya leader / ketua yang boleh nampak masa depan yang cerah, walau dia ambil pemain tahi cam mana sekalipun, dia akan boleh harmonikan semuanya, walau cam mana sekalipun perangai diaorang, ikut kehendak dia dan dapat capai matlamat utama dia.. dia kena betul-betul peka dari bunyi yang amat kecil dan hingga bunyi yang paling kuat dan harmonikan semuanya menjadi "masterpiece of art" pada akhirnya.
This post has been edited by hack3line: Jun 7 2012, 10:13 PM
Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin
QUOTE(mdnosz @ Jun 8 2012, 10:37 PM)
susah nk ckp sbb tak nampak ape yg berlaku ..tp yg aku paham 1. penalty (ni tk spatutnye berlaku) 2. keeper save 3. keeper injured 4. bola still dlm kawasan penalty box 5. aidil yellow card 6. keeper terbaring with the ball still in penalty box 7. back pass from player malaysia to apek and hold the ball 8. reff stop the play n give free kick
hahahahahaah! menurut pendapat aku la ..kalah salah maaf ye ..
so, reff tk bersalah .. yg bersalah pemain2 kita ni tk cukup persiapan mental dlm perlawanan friendly ... so take not players ! ..kene lebih matang and stop pointing fingers !
kalau camni la, lain kali pergi duduk je terus atas bola tu la
Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin
akhirnya... safiq rahim berjaya juga buat jaringan tendangan percuma yang cantik.. dengar bunyi cam bola tu kena tiang gol dulu
Added on June 9, 2012, 11:28 amlagu old school bola sepak Malaysia
Permainan apa Bola Sepak 4x ole ole Ole Ole kita Juara Kitalah Juara ole ole Ole Ole kita Juara Kitalah Juara ole ole Ole Ole Kita Juara
malaysia Malaysia Permainan Apa Bola Sepak 4x
ole ole Ole Ole kita Juara Kitalah Juara ole ole Ole Ole kita Juara Kitalah Juara ole ole Ole Ole Kita Juara
malaysia Malaysia Permainan Apa Bola Sepak 4x
Nampaknya Pasukan Kita Sedang menyerang pasinglah, Cepat Sikit, Nah Ambik, Tanduk
SCORE GOL LL LL....................................
Permainan apa Bola Sepak 4x ole ole Ole Ole kita Juara Kitalah Juara ole ole Ole Ole kita Juara Kitalah Juara ole ole Ole Ole Kita Juara Kitalah Juara ole ole Ole Ole Kita Juara Malaysia Malaysia
lagu : ARMATH lirik: dr wan zawawi: luncai emas
This post has been edited by hack3line: Jun 9 2012, 11:28 AM
menarik-menarik, budak-budak tu boleh buat dribble setengah padang walau lawan dengan bangsa eropah.
ada harapan malaysia untuk menang piala dunia, tapi tengok macam disiplin pertahanan dan midfield masih kurang kemas, serta power shot accuracy tu boleh diperbaiki lagi, croatia punya power shot jauh lebih baik dari pemain malaysia yang suka sangat gelecek, dribble.
Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin
Wan Zack Haikal
boleh tahan.. lari laju, rajin cover padang, ada visi buat assists.. kalau perbaiki tahap kesihatan / fitness tu rasanya boleh pergi lebih jauh, cepat pancit, tak boleh main 90minit, ini je la masalah wan zack haikal rasanya.
Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin
pasukan Harimau Malaya sudah kurang buat passing bodoh, sindrom tunggu nak buat throw in je pun dah kurang. sindrom main seorang-seorang pun dah kurang, sindrom malas kejar bola dah kurang,
tapi defender kita terutamanya masih ada ruang untuk diperbaiki, pikap lambat nak baca gerakan lawan, nasib baik khairul fahmi cepat baca gerakan lawan, kalau tak rasanya boleh kalah tadi.
Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin
QUOTE(rizd2200 @ Jun 12 2012, 11:32 PM)
main dah ok cuma intelligent football jer takde..
contoh bila dapat bola sepatutnya dah tahu nak buat apa..
malam ni semua crossing dari winger hancur.. laju dah ok
baru nak komen pasal benda ni, pada pendapat peribadi saya, setiap pemain paling kurang kena hafal gerakan 2 pemain lain yang rapat dengan dia untuk kukuhkan visi atau apa yang awak cakap intelligent football
suka saya petik balik apa yang Dennis Bergkamp cakap pasal permainan hebat dia.. dia kata keputusan yang dia buat selalunya ambil masa 2 saat sahaja, maknanya dia dah sebati betul dengan kawan-kawan dia kat dalam pasukan.
camne nak kenal pemain-pemain semua..?? perangai diaorang ni. jurulatih yang diberi gelaran The Special One, atau senang citer Jose Mourinho kata, setiap hari dia belajar 5 jam setiap hari, hanya untuk belajar bahasa pemain dia.. ayat dia selalu pedas dan tajam je kat pemain dia terutama pasal disiplin dan pengurusan masa, nak tipu dia pun susah sebab dia tau apa yang korang cakap.
Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin
QUOTE(rizd2200 @ Jun 12 2012, 11:32 PM)
main dah ok cuma intelligent football jer takde..
contoh bila dapat bola sepatutnya dah tahu nak buat apa..
malam ni semua crossing dari winger hancur.. laju dah ok
cadangan saya kalau wing kita nak buat apa yang awak cakap intelligent football
kalau setiap masa dok main sprint je.. lama-lama penat la, passing mesti akan melaut sebab dah penat sangat.
kalau dalam bola sepak, dia kena sekali sekala reka ruang kelegaan untuk dirinya sendiri.
skill camni, dulu johan cruyff yang reka dengan apa yang dikenali sebagai cruyff turn
bila johan cruyff pergi barcelona dia pergi ajar skill dia ni kepada banyak pemain barcelona,
antara pemain yang suka sangat buat turn 360 darjah ni ialah xavi hernandes
dari segi taktikalnya, kajian terhadap pemain fc barcelona.. apakah kelebihan buat pusingan 360 darjah ni dalam bola sepak, video kat bawah ni ada penerangan yang bagus.. ia akan beri ruang kelegaan kepada diri dia sendiri serta kelirukan lawan, maka dia akan ada masa fikir gerakan apa yang dia boleh buat lepas tu.. dan jadikan assist dia cantik je