Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> rosmah sngt sedih

views
     
SUSmaknismudekots
post Dec 14 2011, 11:12 AM

Getting Started
**
Junior Member
91 posts

Joined: Aug 2008
From: Syburi


Selasa, 13 Disember 2011
Petaling Street diserbu peminat jenama Birkin




Petang semalam para peniaga di Petaling Street dikejutkan dengan kehadiran ramai pengumpul koleksi bag tangan berjenama Birkin.

Menurut seorang peniaga yang menjual pelbagai beg tangan pelbagai jenama di situ, gerainya telah diserbu oleh sekumpulan hampir 20 wanita yang rata-rata dianggarkan berumur sekitar 60an ke atas.

"Dia orang datang ramai, lebih kurang lebih 200 orang, naik bas rombongan, saya tak tahu dari mana.

"Tetapi Seorang mak cik dalam kumpulan itu beritahu dia orang datang ikut rombongan dari felda tempat mereka tinggal semata-mata untuk membeli beg tangan Birkin dan seorang lagi datang dari sebuah kampung dari Johor" beritahu peniaga tersebut.

Sementara itu seorang lagi peniaga meluahkan rasa kecewa kerana bekalan beg tangan Birkin yang ditempah minggu lepas masih belum sampai dan menyebabkan beliau kerugian.

"Rugilah saya hari ini sebab orang ramai datang nak beli beg Birkin, tapi saya punya stok sudah tempah minggu lepas tak sampai-sampai lagi.

"Nasib baik ada juga beberapa makcik yang beli juga beg tangan di kedai saya yang namanya macam nama dalam siri Sherif Lobo dahulu, iaitu (jenama) Perkins.

"Adalah tiga, empat orang jugalah terpaksa beli sebab jenama Birkin dah habis jadi beli juga jenama Perkins.

"Saya agak dia orang fikir Perkins pun Perkinslah janji ada bunyi macam sama, itu serupa jenama Adidas dengan Abibas lah," jelas peniaga itu.

Ketika BC membuat tinjauan di Petaling Street ketika itu, selain beberapa bas rombongan, terdapat juga beberapa kereta mewah yang dipercayai milik isteri-isteri menteri kabinet yang datang ke situ untuk membeli beg tangan Birkin.


http://bedukcanang.blogspot.com/2011/12/pe...nat-jenama.html

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0145sec    0.46    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 8th December 2025 - 12:26 PM