» Click to show Spoiler - click again to hide... «
QUOTE(nanamiwashio @ Jan 6 2012, 02:22 AM)
Professional tahi ayam
KONTROVERSI baharu menyelubungi kem pasukan Terengganu.
Semuanya gara-gara kekeliruan yang timbul ekoran surat pekeliling yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertarikh 23 Disember lalu.
Menurut surat tersebut yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad itu, FAM telah menyatakan syarat-syarat pemain asing dari pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2012.
Antara lain isi kandungan surat itu secara jelas menyatakan ‘Senarai pemain-pemain asing untuk didaftarkan dalam Liga M 2012 hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum atau pada pukul 12 tengah hari Jumaat 6 Januari 2012 bagi pasukan Kelantan dan bagi pasukan Terengganu ialah sebelum atau pada pukul 12 tengah hari Isnin, 9 Januari 2012.
Percaya dengan isi kandungan surat berkenaan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kemudian telah mendapatkan dua khidmat pemain import baharu iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnietto dari Brazil.
Namun, kekeliruan mula timbul apabila Azzuddin mengesahkan yang dua pemain asing itu sebenarnya tidak layak untuk beraksi dalam Liga M sebaliknya hanya boleh diturunkan dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Andai kenyataan Azzuddin itu benar, maka Terengganu yang juga juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia musim lalu bakal beraksi dalam kempen Liga M musim ini tanpa seorang pun pemain import.
Situasi itu sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati kelab-kelab penyokong bola sepak Terengganu yang menganggap FAM sebagai tidak profesional dalam melaksanakan dasarnya.
Presiden Kelab Penyokong Terengganu FC, Hazrul Hanafi berkata, apa yang dialami Terengganu kini adalah sesuatu yang sukar apabila mereka berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan pemain import dalam Liga M.
“Saya sendiri tidak tahu siapa yang bersalah dalam isu ini kerana PBSNT mendapatkan khidmat Doe dan Carnietto selepas merujuk kepada surat pekeliling yang dikeluarkan FAM.
“Dalam surat itu cukup jelas menyatakan yang Terengganu boleh mendaftarkan pemain asing bagi kempen Liga M, “jelasnya kepada Kosmo! semalam.
Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh), Wan Mohd. Azmi Wan Ngah pula mahu FAM bersikap lebih profesional dalam menyelesaikan isu berkenaan.
Katanya, sebagai sebuah persatuan besar di negara ini, FAM sebenarnya sudah sedia maklum dengan setiap surat pekeliling yang dikeluarkan kepada persatuan negeri.
Dalam surat itu langsung tidak menyatakan ia adalah untuk pendaftaran pemain asing bagi perlawanan Piala AFC, sebaliknya jelas tertulis untuk Liga M 2012,” ujarnya.
Added on January 6, 2012, 2:23 am“SAYA agak musykil sebenarnya kerana surat yang kami hantar menggunakan bahasa Melayu, bukannya bahasa Inggeris.
“Jadi, sepatutnya perkara ini tidak berlaku dan mereka (Terengganu) harus memahami dan meneliti surat yang mereka terima itu.”
Demikian respons Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berhubung tindakan Terengganu yang tetap menyenaraikan dua pemain import yang tidak layak beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Dengan keputusan itu, skuad Penyu nampak gayanya telah pun ‘bercucuran air mata’ gara-gara ‘kempunan’ mendapatkan sentuhan kedua- dua pemain import terbabit meskipun sepak mula Liga-M belum pun bermula.
Terdahulu, kedua- dua pemain import terbabit, Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva Santos Carniet disahkan akan menyarung jersi Penyu bagi mengharu- ngi saingan Liga-M dan juga kejo- hanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Namun, Azzuddin dalam reaksi segeranya kepada Kosmo! semalam memberitahu, kedua-dua pemain itu hanya boleh beraksi dalam kejohanan AFC sahaja dan bukannya Liga-M.
Ini kerana menurutnya, hasil semakan FAM sebelum ini mendapati kedua-dua pemain itu tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh FAM sebelum ini.
Justeru katanya, Terengganu dan mana-mana pasukan lain yang gagal membuat pendaftaran pemain import pada 8 Disember lalu boleh kembali berbuat demikian ketika pendaftaran dibuka semula pertengahan April depan.
“Kami sudah mengutuskan surat kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan jelas menyatakan tarikh 9 Januari itu sebenarnya untuk pemain import yang beraksi untuk kejohanan AFC, bukannya Liga M.
“Kami sudah menegaskan tarikh perpindahan pemain yang beraksi untuk Liga M sudah ditutup pada Disember lalu. Keputu- san FAM muktamad dan kami tidak memberikan mana-mana pasukan ‘keistimewaan’ berhubung isu pemain import ini.
“Semua pasukan yang beraksi dalam Liga-M dilayan sama rata, cuma kelebihan hanya pada pasu- kan yang beraksi di AFC sahaja. Namun, ini tidak bermakna mereka dapat menggunakan khidmat pemain tersebut dalam Liga-M,” tegasnya.
Kosmo! semalam melaporkan, Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh mengumumkan nama kedua-dua ‘awang import’ terbabit bagi mengharungi saingan Liga-M musim ini.
Beliau dilaporkan berkata, susu- lan pekeliling terbaharu bertarikh 23 Disember yang dikeluarkan oleh FAM menyatakan bahawa Terengganu layak untuk mendaftar pemain import baharu selewat-lewatnya pada 9 Januari ini.
Justeru katanya, kesempatan yang ada jelas digunakan Terengganu untuk merombak perancangan asal mengenai pemain import dengan menarik balik pendaf- taran Mohamadu Sua Mareh dari Gambia yang sebelum ini telah di- daftarkan dengan FAM.
Mengulas lanjut, Azzuddin berkata, beliau tidak mahu mana-mana persatuan atau kelab melaku- kan perkara yang sama selepas peraturan pemain import sudah dijelaskan kepada semua pasukan yang terlibat di dalam Liga-M pada tahun lalu.

Another controversial issue by FAM..
Anyway tak boleh nak komen banyak since tak tengok betul2 isi kandungan surat tu but dlm news ada beritahu this term
‘Senarai pemain-pemain asing untuk didaftarkan dalam Liga M 2012 hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum atau pada pukul 12 tengah hari Jumaat 6 Januari 2012 bagi pasukan Kelantan dan bagi pasukan Terengganu ialah sebelum atau pada pukul 12 tengah hari Isnin, 9 Januari 2012.
So for me, mmg clearly yg both team boleh register players utk Liga M 2012..cuma one thing la, kalau boleh buka kepada semua team bukan hanya yg nk bertanding dekat AFC Cup..satu lagi kenapa ada dua date yang berbeza utk Kelantan and Terengganu..musykil jugak ni?
Jan 6 2012, 08:51 AM

Quote
0.0171sec
0.72
7 queries
GZIP Disabled