» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Saya berpendapat bahawa FAM harus ubah kalender liganya. Jika anda perasan, waktu sebegini, hampir semua liga diseluruh dunia sedang sibuk bertarung, ada yang di pertengahan (Europe), ada yang baru nak mula (Indonesia), ada yang di penghujung (Thailand/Vietnam). Tetapi, di Malaysia, baru sibuk nak uji dan daftar pemain dan pendaftarannya terlalu jumud, tak boleh ubah2 lagi. Maka, siapakah pemain2 asing yang datang untuk diuji? Pastinya mereka yang sudah ketinggalan atau ditolak untuk bermain di liga2 yang sedang berlangsung skrg dimana2. Maka mereka ada Msia untuk terus mendapat beribu2 Dollar serta kemudahan kereta, aprtment dan cukai yang dibayar kelab atau persatuan. Maka, kita mengambil saki baki yang tak laku. Tak semua, tapi yakin, kebanyakannya. Masuk bulan 4 atau 5 nanti, mereka akan mula buat perangai, pura2 injured atau kurang kesungguhan agar mudah ditamatkan kontrak segera kerana agen mereka sudah dapatkan team lain yang akan bermula bulan Julai atau Ogos utk musim 2012/2013. Quality? memang tiada dan mereka sanggup dibayar murah sedikit at least utk sambung hayat pendapatan mrk. Jadi, Liga Msia jadi tempat transit mereka shj. Sbb itu saya tegas berpendirian bahawa FAM ubah jadual liga ikut kalender musim, bukan ikut kalender tahun dan jika mahu teruskan, pendaftaran pemain asing harus dilanjutkan agar hanya yang benar2 berkualiti dan memuaskan hati pengurusan sahaja yang akan diambil dan agen yang berwibawa diizinkan membawa pemain. Wallahualam.~Zack Rahim
taken from FB
Dec 6 2011, 01:41 PM
Quote
0.0151sec
0.93
7 queries
GZIP Disabled