Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed

Outline · [ Standard ] · Linear+

 ░▒▓▒▓▒ M A L ★ Y S I A ▒▓▒▓▒░, Cooldown period

views
     
gry
post Nov 23 2011, 01:27 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Masalah utama kita adalah pemain kita sendiri takde ejen. Pastu FAM sendiri pun bukan serius pun untuk mencari ruang, atau market players kita kat luar.

Pastu nak hantar pun kat EPL je,dah tau memang takde peluang kat sana still jugak la nak mencuba, buang masa

This post has been edited by gry: Nov 23 2011, 01:31 AM
gry
post Nov 24 2011, 01:53 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Bagi la pemain bertaraf dunia sekalipun, mana leh nak recover dalam masa kurang 24jam, ditambah pulak masalah kecederaan, striker yang takde, kalah 2-0 boleh dikatakan bermaruah dari dapat latihan cukup, pastu kena tibai 5-0 dengan australia ketika skuad dengan pemain utama.

Kita bukan takleh terima kekalahan, tapi kalah kalah dengan effort yang baik, kita salute dan terima seadanya. Dan telah terbukti, tanpa pendedahan peringkat tertinggi, kita tidak akan mampu challengge di peringkat asia nie. Pasukan lain kebanyakkan players bermain di peringkat tertinggi menyebabkan tahap diorang jauh ke depan berbanding kita.

Percayalah, kalau Apek, Nazmi, Irfan, Muslim,Fadli ni orang Jepun, for sure diorang dah lama kena rembat dengan kelab2 utama eropah. Mereka ada bakat, keupyaan tapi kurang pendedahan. Selagi FAM masih dibawah kepimpinan sama, selagi itulah kita hanya mampu menggegar di peringkat asean sahaja.
Kita bukannya tiada peruntukan, bukannya tiada support daripada kerajaan tapi FAM sendiri yang sudah selesa dengan kejayaan di rantau asean ini.

Kenapa nak malu untuk belajar daripada JEPUN, KOREA yang satu ketika dulu belajar dari kita tapi sayang kita ditakuk lama, mereka sudah jauh ke depan. Kita sebenarnya terlalu obses dengan EPL, glamour. Cuba tengok la tahap permainan liga kita, winger kerjanya cross, pemain tengah kerjanya long ball, sedangkan kita punya size bukan tinggi pun untuk membuat tandukan. Ini kerana kita terlalu didedahkan dengan cara permainan liga inggeris. England bukan hebat sangat pun tapi yang tak hebat tu la yang kita tiru dan contoh.

Apa faedahnya kalau musim depan skuad bawah 23 main di Singapura? Adakah Liga Singapura sudah cukup baik untuk kita? Hanya inilah yang mampu FAM lakukan. Melakukan usaha sama dengan pasukan yang sama taraf dengan kita. Bagilah ruang kepada orang yang benar2 tahu menguruskan sesebuah organisasi. Sebagai contoh,Allahyarham Dato Basri Akil, tidak pernah diterima dalam FAM sedangkan dibawah kepimpinannya Kedah cukup berjaya malahan dia punya idea yang cukup baik dalam pembangunan bolasepak Malaysia. Lihat lah Akmal Rizal, produk kedah yang berjaya memikat kelab Perancis tapi sayang hanya setakat itulah usaha FAM. Yang cerdik pandai dibuang. Begitu juga dengan Tan Sri Annuar Musa. Setakat memegang jawatan Timbalan Presiden tetapi lebih kepada mencari sponsor sedangkan hakikatnya, beliau punyai idea yang baik namun peranannya cukup terbatas. Kalau benar FAM betul2 sayangkan bolasepak Malaysia, perubahan drastik harus dilakukan.

Kita dalam landasan yang betul cuma samada kita semakin meningkat atau kekal di takuk lama.


Apapun Harimau Muda tadi memang terbaik dah.


Attached thumbnail(s)
Attached Image
gry
post Nov 24 2011, 07:49 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(aressandro10 @ Nov 24 2011, 07:38 PM)
Problem Nazmi yang agak ketara bagi aku adalah die terlalu rilek dan kekadang terlalau lama pegang bola kat midfield tapi tak aware ade oppenent cucuk dari belakang dan lose cheap ball... kalau caught off position dari position die ctre midfield meman sgt bahaya...

kene tune lagi game supaya release bola dan buat decision lagi tajam...
*
Pada aku la, dia pegang lama kerana barisan depan tak pandai cari ruang nak lepaskan diri terutamaya bila yang kat depan tu si fakri dan thamil. Tengok bila Nazmi release bola awal, sebab time tu wan zack dah bukak larian. Kebagusan sorang midfield tu kadangkala bergantung keserasian dengan barisan depan atau winger. Striker bila dah biasa dan faham dengan midfield, dia akan tahu bila dia akan release bola, dan bila dia perlu bersedia untuk menerima bola.


gry
post Nov 28 2011, 04:49 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


This is what we call International games. Dengan injury key players, dengan players yang tak fit, memang mudah la kita kena biarpun dengan kelebihan seorang pemain.

Cuba kita lihat dari game dengan Syria dan semalam, kita concede selepas pemain sudah keletihan. Maknanya kita tak cukup fit dalam bolasepak antarabangsa. Lagi satu, kita tidak punyai back up yang baik bila key players injured. Thamil Arasu dan Fakri bagi aku tak layak langsung wakil Malaysia, Dia guna KABEL TNB ke sampai leh main, dan paling penting, main 90 minutes tuh.
gry
post Nov 28 2011, 05:33 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(sickx @ Nov 28 2011, 05:10 PM)
aku masa kat sekolah rendah dulu berlambak member nak jadi cantona la,beckham la,scholes la.aku sorang je nak jadi rusdi suparman sebab rasa cool gila ada pemain bola sepak sama nama dengan aku. tongue.gif
*
Beckham takyah cakap la, ramai giler nak jadi time tue. Kalau sebelum main bola, mesti amik freekick dulu, beckham la katakan.

Tapi kalau ingat smula, aku sentiasa nak jadi Hashim Mustapha
gry
post Dec 1 2011, 10:07 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Kelantan tengah lead 2-0, jaringan antwi dan indra

gry
post Dec 1 2011, 10:15 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


hehehe, kalau musim lepas kalau ganu manaf, ashaari, hadi, kelantan piya, matyo, musim depan rasanya banyak jarang kot nak tengok local score goal,
gry
post Dec 1 2011, 10:57 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Kelantan 3-1 Perak

#Danny Antwi
#Indra Putra
#Mohamad Ghaddar

Antwi ni 18 thn, aku sendiri pun terkejut kelantan terus sign tapi dalam preseason, dia dah score 7 gol dlm 5 perlawanan. Tapi dari segi permainan, takde la power sangat. Tak tahu samada pemain lain bagi peluang kat dia atau dia serasi bermain liga malaysia nie
gry
post Dec 1 2011, 11:15 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(aressandro10 @ Dec 1 2011, 11:06 PM)
malasla aku nak tgk top scorer list pasni...
*
Dengan setiap team banyak menumpukan kepada mencari penyerang import, dengan automatiknya terjejas la peluang pemain tempatan untuk bermain. Ditmbah dengan skuad negara yang ketandusan penyerang ketika ini.

Kehadiran import ni bagus sebenarnya, selain menarik minat orang ke stadium, liga kita akan bertambah baik dan pemain tempatan dapat mendapat perdedahan dengan selalu bermain dengan pemain yang lebih baik. Cuma adakah pemain kita bersedia untuk bersaing ketika jurulatih pasti lebih menaruh keyakinan kepada pemain luar.
gry
post Dec 2 2011, 03:02 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(aweeff @ Dec 1 2011, 11:28 PM)
kalau dah malas nak tengok top scorer, apa kata kita tengok pula siapa yang jarang bolos pula, sebab rata2 team ambil pemain penyerang dan pemain tengah. Dan pertahanan masih banyak local players.
itu yang payah tu, En Gry agak Matyo, Indra akan ada tempat tak dalam skuad Kelantan? Sekarang ni Kelantan ada berapa Striker? rasa macam banyak je.
*
Semalam telah disahkan oleh TSAM, Kelantan secara rasminya telah tandatangan Mohamad Ghaddar dari Lebanon,Danny Antwi serta Emmanuel Okine dari Ghana dan Ghaddar serta Antwi akan beraksi di Liga Malaysia. Dua2 nie adalah penyerang dan Peter Butler adalah sangat menggemari formation 4-3-3. Jadi boleh dikatakan, Ghaddar, Antwi dan Matyo akan jadi striker pada musim depan. So, peluang kepada strikers lain iaitu Azlan Ismail, Ramzul Zahini, Aris Zaidi amatlah terhad.

Dengan 3 strikers, barisan tengah mungkin berlaku persaingat sengit memandangkan Farhan,Indra,Chanturu perlu bersaing dengan Shakir,Nurul Azuan Roya,Badhri Radzi di posisi tengah. Jadi akan adalah pemain seperti Shakir atau Azuan Roya akan kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.

Aku kurang bersetuju dengan langkah KAFA sign dua striker kerana bagi aku Kelantan perlukan seorang midfield untuk saingan AFC. Untuk mengharapkan Badri perform setiap perlawanan adalah mustahil ditambah pulak Badhri ni jenis moody jugak, kalau hari dia menjadi, jadilah skuad kelantan, kalau dia tak menjadi, memang team akan bermasalah.

Bagi barisan pertahanan, aku rasa pemain yang ada sudah cukup bagi saingan Liga Malaysia tapi tidak untuk AFC. Aziz,Zairul,Daudsu,Zamri,Rizal,Farisham,Subra,Azizi sudah cukup baik untuk saingan liga Malaysia tapi mungkin agak goyah dalam AFC.

Formation Kelantan musim 2012:-

Apek

Daudsu Subra Azizi/Farisham Aziz


Farhan Piya/Shakir Roya/Indra



Matyo Ghaddar Antwi



This post has been edited by gry: Dec 2 2011, 03:27 AM
gry
post Dec 3 2011, 03:45 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Kalau pemimpin betul2 berminat dengan bola, tidak akan menjadi masalah untuk mencari penaja tanpa mengharapkan bantuan daripada geran FAM. Sebagai contoh, Kelantan tanpa bantuan daripada kerajaan negeri Sebenarnya bantuan boleh dapat sekiranya pihak KAFA membenarkan seorang wakil kerajaan negeri berada dalam EXCO KAFA tapi tidak dibenarkan oleh KAFA sendiri menyebabkan kerajaan negeri tidak mahu memberi bantuan kewangan kepada KAFA secara direct sebaliknya banyak memberi bantuan dari segi menghapuskan levi stadium.

Namun tanpa bantuan kewangan, KAFA masih mampu menarik lebih dari 15 penaja pada musim lepas seperti AL HAMRA,AIR ASIA,HAPPY,YUSMIRA TRADING,SINAR HARIAN,UMBRO, dan banyak lagi. Pada musim ini sahaja, setakat hari ini, sudah 10 buah pihak telah menyatakan persetujuan untuk menaja pasukan pada musim depan. Jadi dengan geran FAM campur dengan penaja disamping kutipan tiket, Kelantan mampu membentuk pasukan dan menguruskan pasukan bolasepak dengan cukup baik. Ini tidak termasuk duit percentage yang diperolehi hasil jualan merchandise yang menggunakan logo atau brand TRW yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kantung KAFA.

Sebenarnya kalau setiap pengurusan tahu menggunakan cara yang betul dalam menguruskan pasukan rasanya tidak sukar untuk mendapatkan penaja. Ditambah pula dengan sokongan peminat dan semua pihak kepada bolasepak negara sekarang ini, tugas itu bertambah mudah sebenarnya.

Pada aku la,kita kena rombak kembali liga kita kerana bagi aku, Liga Super seharusnya diisi oleh semua pasukan negeri kerana setiap negeri akan mempunyai penyokong yang pastinya akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Cuba bayangkan nasib yang menimpa MPPJ Selangor. Mereka mempunyai dana 10 juta tapi akhirnya terpaksa menarik diri kerana tiada gate collection jadi macamana nak run kelab tersebut. Ini kerana penyokong Selangor pasti lebih menyokong pasukan negeri sendiri, jadi pasukan kelab ini hanya disokong oleh staff mereka sahaja. Jadi macamana mereka akan mahu menguruskan pasukan. Lihat musim lepas, Tteam dan Terengganu, dua dua pasukan layak ke separuh akhir Piala Malaysia tapi sayang, ketika pasukan utama dipenuhi penonton, tidak sampai 1k penyokong datang menyokong tteam. Jadi apa rasionalnya penubuhan tteam ini? Adakah mereka harus bergantung kepada geran FAM dan kerajaan negeri semata mata. Kita tidak boleh melihat kelab2 eropah yang mempunyai penyokong mereka sendiri dan kelab2 mereka benar2 berjaya berbanding kita. Musim ini, ATM mendapat suntikan sebanyak RM10 juta tapi adakah pengurusan mereka berbaloi nanti atau mereka akan menerima nasib yang sama seperti pasukan MPPJ Selangor, Public Bank, MK Land.


Added on December 3, 2011, 4:16 amKita boleh buat liga kita macam ni:

Liga Super

Pasukan Negeri 14 tambah Harimau Muda dan Young Lions.

Takde promotion atau relegation tetapi:

1)Setiap negeri akan mendapat ganjaran berdasarkan apa kedudukan mereka dalam liga. Sebagai contoh, Kelantan juara 2011 mendapat RM500k, T'ganu mendapat RM300k, Selangor mendapat RM100K. Jadi untuk tempat keempat sehingga terakhir, mereka mendapat habuan berdasarkan kedudukan liga. Jadi persaingan sengit untuk memburu kejuaraan dan habuan kewangan akan memuncakkan lagi liga kita.

2)Pertandingan Piala Malaysia pula hanya untuk 12 pasukan terbaik dalam liga sahaja yang mana hanya dua kumpulan diwujudkan iaitu Kumpulan A dan B yang meliputi enam pasukan setiap kumpulan. Jadi selepas peringkat kumpulan, terus masuk suku akhir, separuh dan akhir. Jika sistem ini berlaku, setiap pasukan akan bekerja keras untuk menempatkan diri dalam 12 pasukan terbaik dalam Liga Super. Dengan pengurangan perlawanan, ianya akan memberi keutungan kepada pengumpulan pemain untuk skuad kebangsaan. Pemain pula akan setiasa fresh setiap masa.

3)Liga Perdana juga melibatkan pasukan negeri 14 pasukan tetapi untuk bawah 23 tahun atau seperti Piala Presiden. Secara tidak langsung, setiap pasukan akan mempunyai pool players yang banyak dan dapat membantu pasukan kebangsaan sendiri. Pemain2 muda ini juga dapat menjadi pelapis kepada pasukan negeri yang beraksi di Liga Super disamping menunjukkan sejauh mana pembangunan akar umbi yang dilakukan oleh pasukan negeri masing2.

4)Piala FA dibuka kepada semua kelab termasuk pasukan negeri. Jadi jadilah seperti FA Inggeris yang mana kita mungkin dapat lihat kejutan daripada pasukan kelab ke atas pasukan negeri yang beraksi di Liga Super. Jadi pasukan kelab turut akan penjadi antara penyumbang pemain2 yang mungkin dapat diserapkan ke pasukan2 negeri. Format ini diadakan secara kalah mati.

Dengan ini, tiada lagi dilema kepada penyokong untuk menyokong pasukan kelab atau negeri dan secara tidak langsung, setiap negeri pasti ingin membentuk pasukan yang baik bagi mengharumkan nama negeri masing2.

Bagi meningkatkan sokongan penyokong, FAM dan semua pihak perlu bekerja sama untuk memastikan benda ini benar2 terjadi. Sebagai contoh, Liga Super berlangsung pada Sabtu dan Selasa. Ubah masa perlawanan. Contohnya malam akan berlangsung EPL dan para penyokong pasti lebih berminat melihat EPL (sebenarnya kalau team local kuat, tak tengok EPL pun takpe.Tak percaya tanyalah pada penyokong tegar masing2, mereka sebenarnya lebih sayangkan pasukan mereka). Hari Sabtu hari minggu, perlawanan Liga Super diadakan pada pukul 5 petang, pasti akan menarik sokongan daripada penonton yang mungkin akan hadir bersama keluarga. Untuk perlawanan disiarkan secara langsung, RTM,ASTRO,TV3 perlu bekerjasama. Untuk perlawanan tumpuan, satu mungkin boleh dipilih untuk siaran pada pukul 8.45malam. Setiap channel pilih satu game untuk disiarkan sebagai contoh, RTM amik Kelantan vs Johor, ASTRO amik Tganu vs Perak, TV3 amik Kedah vs Perlis. Sama yang dilakukan oleh ASTRO ESPN,SUPERSPORT3, START SPORTS. Jadi hasil tv rigth tu akan kembali kepada persatuan negeri dan membantu mereka dalam menguruskan kewangan. Wartawan punyai waktu untuk membuat liputan, keesokan harinya keputusan penuh setiap perlawanan dan ulasan dapat di keluarkan di media masing2. Jadi orang akan tahu dan sentiasa mendapat berita bolasepak seterusnya mencambahkan lagi minat2 mereka. Seperti dulu, liputan liga mengisi page belakang akbar2 dan ulasan di setiap negeri dan keputusan perlawanan turut tercatat di muka depan. Kenapa sekarang sukar kita melihat ini semua?. Tiada lagi alasan liga kita overshadow dengan EPL.

Dengan Liga Super dibarisi 16 pasukan, liga kita akan dinaik taraf daripada GRADE D,akan naik kepada GRADE C. Dan dengan hadirnya pemain import, liga kita akan terus ke GRADE B. Jadi untuk menjadikan liga kita ke GRADE A sekaligus melayakkan pasukan juara bermain dalam AFC Champion League, liga harus di uruskan oleh syarikat swasta. Terus liga kita akan ke GRADE A sekaligus layak ke AFC Champion League. Siapa yang untung di sini? Inilah ruangnya kepada pemain kita untuk bermain di Jepun,Korea,sekaligus peluang pemain kita untuk beraksi di luar akan menjadi kenyataan. Kalau SAFEE SALI bermain di Pelita Jaya kita sudah bangga, bayangkan ada pemain kita bermain di Liga Jepun,Korea atau Arab.

Ini hanya pendapat peribadi aku, mungkin korang semua boleh tambah untuk penambahbaikan

This post has been edited by gry: Dec 3 2011, 04:27 AM
gry
post Dec 4 2011, 02:04 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Di Kelantan, gaji paling mahal adalah Matyo RM19K. Dan pemain lain adalah di bawah RM12K. Tapi di Kelantan, setiap kemenangan ada bonus. Jadi bayangkan la, setiap kali menang, dapat bonus tambahan RM1K, tak campur kalau menang dengan big team.

Jadi pemain bola di Malaysia ni dah cukup mewah. Aku tak tahulah berapa ATM tawarkan kepada Aidil and co, tak terfikir berapa la diorang dapat setiap bulan. Takkan la seseorang players tu berpuas hati hanya bermain dalam liga 2nd tier sedangkan orang berkejar kejar naik main peringkat tertinggi. Jelas faktor duit memang melebihi status.


gry
post Dec 5 2011, 07:40 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


MUKTAMAD! FAM TIDAK AKAN LANJUTKAN TEMPOH PENDAFTARAN PEMAIN IMPORT - Datuk Azzuddin Ahmad

Pendaftaran ditutup sehingga 8hb ni. Hanya Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor,Sabah, Sarawak dan T-Team yang sudah mendaftarkan pemain. Lawak betul la FAM ni. Liga kan start Januari ni, jadi apa masalahnya sekiranya date line tu bagi sampai hujung musim ni? Hari ini dah 5hb, takkan la sempat team lain nak cari import kerana setiap negeri memang dah buat trial tapi nak cari yang berkualiti bukan yang setaraf pemain tempatan. Bila dah daftar, perlu attach sekali ITC, dalam masa 3 hari, takkan benda ni boleh di selesaikan?

Liga kita tamat secara rasmi penghujung bulan Oktober dan kebayakkan pasukan hanya mula memulakan pre season pertengahan bulan November. Ditambah dengan komitmen untuk pasukan negara, beberapa pasukan hanya dapat mengumpulkan kesemua pemain-pemain mereka selepas tamat Sukan Sea dan Kelayakkan Olimpik. Jadi apa salahnya kalau transfer deadline tu disyaratkan sampai hujung bulan Disember ni. Lagipun kebanyakkan kontrak pemain berakhir pada bulan November.

Kalau benda simple macam ni pun menjadi satu masalah kepada FAM, jadi apa yang kita boleh harapkan kepada hasrat nak melihat pemain kita bermain di luar, di liga yang jauh lebih kompetitif, ataupun sistem jadual yang tersusun untuk saingan musim depan, apatah lagi untuk menguruskan hal tiket final.

Dengan 3 hari berbaki, aku rasa Perak,Johor FC, Terengganu, Kedah, mungkin bermain tanpa pemain import. Hahahaha

P/S: Pada tahun 2007, aku pernah diminta oleh seorang wakil KAFA (member aku time tu) untuk amik ITC pemain import Kelantan yang didaftarkan selepas pemain import sebelum itu digugurkan dan perlu dihantar ke WISMA FAM sebelum pukul 5 petang, malam tu Kelantan lawan Melaka, jadi kalau import tersebut (ENOCK BENTIL) didaftarkan, baru beliau boleh bermain. Dapatlah aku menghantar ITC itu ke WISMA FAM. Malamnya, aku gi lah tengok pemain ini beraksi Susah payah aku gi hantar rupanya tak berbaloi langsung, pemain itu tersangatlah HAMPEH. Daripada tengah lead grouping pada pusingan pertama Piala Malaysia, pusingan kedua terus OUT,tak dapat masuk suku akhir. Entah dari ejen mana la KAFA cari. Nak cepat katakan. vmad.gif mad.gif

Moral of the story, disebabkan syarat FAM ni, Kelantan terburu buru cari pengganti import. Dan aku tidak terkejut sekiranya banyak pasukan nanti akan mengalami nasib yang sama

This post has been edited by gry: Dec 5 2011, 08:03 AM
gry
post Dec 7 2011, 05:53 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(mdnosz @ Dec 7 2011, 02:13 PM)
Hehe..malaysia never learn.. ATM, tk lama lg jd mcm mppj..

Pada aku (ni personal opinion aku) ..aku rasa liga-M ni blom mampu nk pakai import, sape punye idea la ni yg nak bawa player import dlm liga ni balik, lps kita menang international tourmnet without import players in local league. Nak kata naikkan quality liga? Jubor..cuba listkan player2 import yg berkualiti dlm season 2012..ade? Rasanya takde.

So lpas ni kita akan dgr balik player tk dibyr gaji, gaji tertunggak, etc sampai player import dimansuhkan lg skali gara2 ade 2-3 ketul persatuan negri/club yg tk mampu nk byr gaji player..

Benda ni brlaku sbb management ni lebih tere berbelanja dr generate income. ATM ..dgn pembelian player star yg main premier league, tk lama lg akan jadi mppj..

Kenapa FAM sengal? Sbb biarkan benda2 mcm ni berlaku.. Spatutnye jgn benarkan player import selagi persatuan2 negeri ni betul2 profesional n mampu generate income sendiri..

FAM oh FAM.. Masih lg dgn undang2 rimba..
*
Kita perlukan pemain import kerana itu akann membantu pemain membiasakan diri berhadapan pemain2 yang lebih besar fizikal, lebih tough berbanding pemain tempatan. Kenapa bila kita berdepan pasukan kuat seperti EPL, Australia, takpayah jauh Singapura, kita terkial kial berdepan pemain import mereka sedangkan usia mereka sudah tua. Ini menunjukkan pemain kita tidak cukup ampuh kalau nak berdepan pemain yang lebih besar fizikal mereka.

Sebagai penyokong Kelantan, aku tahu apa yang membezakan pemimpin yang reti buat kerja atau pemimpin yang langsung tidak tahu buat kerja. Sebagai contoh, Kelantan adalah pasukan pertama yang main di liga FAM dan tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan besar kecuali Liga Perdana dua pada tahun 2000, selain itu lebih Jaguh dalam Piala Emas Raja2 dan Piala Agong. Ketika zaman itu, boleh dikatakan semua perkara negatif ada dalam bolasepak Kelantan. Gaji tertunggak, KWSP tak dibayar, pemain guna kenderaan sendiri pergi away game, tidur dalam kereta depan stadium,disiplin takde (selalu bergaduh), pengurusan buta hati, mengkhianati para pemain. Tidak terkira betapa peritnya menyokong pasukan ketika itu.

Tapi tanpa disangka, semuannya boleh berubah kalau pemimpin yang tahu, yang benar2 minat, tentang bola ambil alih. Takkan la dalam sesebuah negeri atau kelab, takde orang yang berfikiran jauh, yang tahu menguruskan pasukan bola. Mesti ada tapi sayang di Malaysia ni, segalanya bermasalah. Penuh dengan hasad dengki, politik kotor yang menyebabkan pemimpin yang tak tahu bolasepak pun boleh di ambil dan diangkat menjadi presiden.



gry
post Dec 12 2011, 12:51 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(aressandro10 @ Dec 12 2011, 12:47 AM)
Fitri Omar pon masuk ATM... bagus gak dia masa main t-team piala malaysia..
*
Boleh main ke tak mamat ni. Kenapa tak stay je dengan T-Team, banyak peluang nak main. Dengan Hai O, Zaquan, Marlon, jangan harap la dia boleh main
gry
post Dec 13 2011, 06:31 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(aressandro10 @ Dec 13 2011, 05:37 AM)
turning club sides to state side and abolishing second tier league will not reduce the match slot demands. as long as the top tier is 14 teams we still need 26 league macthes plus 31 cup matches.. thats 57 matches... we can only scrap through with 52 slots. we can solve this issue by abolishing the FA Cup though.

and i dont think banning the clubs side sends the right signal. we must encourage participation from corporate sides. not forbid them.


Added on December 13, 2011, 5:40 am

there are fatwa that says footballers dont have to puasa on matchdays.... so a long as malaysia are confortable with that, we can go through...

i have went to friendly matches after tarawikh before and the attendace are still quite healthy. But as i said, do malaysia confrotable with going to matches after tarawikh time and the match will end close to midnight...
*
No time to eat Rojak or Colek? HEHEHE
gry
post Dec 22 2011, 06:52 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Cuma yang aku hairan, sistem pencahayaan ni hanya bising pada awal musim je.Bermakna sekiranya lampu limpah tak ikut spesifikasi pun di pertengahan liga, dah jadi tak pe sebab FAM dan luluskan pada awal musim. Sebagai contoh, beberapa stadium seperti di Kelana Jaya, Kota Bharu, Tganu,pada awal musim terang, cuma pergi tengok di pertengahan musim, kurang terang tapi bola tetap still jalan. So kesimpulan skrang, tahap percahayaan hanya perlu TERANG masa FAM datang buat spot check, lepas tu tak ikut standard pun takpe.

This post has been edited by gry: Dec 22 2011, 06:54 PM
gry
post Dec 23 2011, 04:53 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


bertenang hac3line.. Even Japan or Korea not winning the World Cup yet
gry
post Dec 27 2011, 06:03 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(aressandro10 @ Dec 27 2011, 05:55 PM)
Apa yang aku lihat secara peribadi, Bonek adalah antara 4 extreme Indo yang paling 'aman'. yang paling ganas adalah Persija.

mungkin fan indo boleh sahkan bende ini...

game ni nanti ade di indo pak saja ke... arena ade?
harap Butler main 442 sebab aku nak tgk kekuatan sebenar club malaysia vs indo.... Bonek bukan sebernarnye team terkuat indo.... so kalau ini pon kene belasah susahla bila bertemu arema nanti...

tapi Andik vermashah still lagi bagus dari memana import aku tgk kat malaysia setakat ni..
*
Ada live kat arena, khawari isa yang telah confirmkan... Tentang Andik tu aku setuju, sangatlah laju ditambah plak dengan control ball, dribble yang baik. Tapi heran, masa sukan sea dulu, RD tak guna pun...
gry
post Jan 5 2012, 02:00 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


http://soccernet.espn.go.com/columns/story...in-2012?cc=4716

Andik ada tue, pemain singapura pun ada..

2 Pages  1 2 >Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0491sec    2.15    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 23rd December 2025 - 10:18 PM