MONDAY, MAY 14, 2012
Bila Harga Emas Nak Naik ?
Assalamualaikum semua sahabat yang dikasihi, semoga anda semua terus berada dalam kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan walaupun harga Emas terus turun sejak 3 minggu yang lalu.. : )
Ramai yang bertanya kepada saya kemanakah hala tuju harga Emas selepas ini, dimanakah paras harga sokongannya, sesuai kah membeli sekarang dan sebagainya. Disebabkan jadual seminar dan bengkel yang begitu padat, saya tidak berpeluang untuk mengemaskini blog beberapa hari ini, so hari ni ayuh kita bersama-sama perhatikan pergerakan graf harga Emas ketika ini, dan anda yang akan membuat keputusan dan memberi jawapan kepada pertanyaan2 tadi.
Jika anda perhatikan, harga Emas sekarang ini sedang membentuk Chart Pattern yang sama seperti pergerakannya pada tahun 2008, ketika berlakunya krisis Sub Prima di Amerika, dan untuk tahun ini Pattern yang sama terbentuk disebabkan oleh krisis Zon Euro.
Pattern yang dikenali sebagai Pennants ini juga merupakan salah satu "Continuation Pattern", dan kebiasaannya harga akan gagal kira2 2 kali untuk melepasi paras harga Resistance pada garisan merah condong, dan akan mencuba untuk turun kira2 3 kali bagi melepasi paras garisan Support di garisan merah melintang diatas.
Sekiranya percubaan untuk melepasi paras garisan Support yang ke 3 terus gagal, maka biasanya harga akan naik semula dan melepasi garisan merah condong diatasnya (Resistance), yang mana pergerakan harga ini dikenali sebagai Breakout.
Dan biasanya selepas berlaku Breakout, harga akan bergerak naik dengan cepat menuju ke paras yang lebih tinggi berbanding harga tertinggi yang pernah dicapai sebelumnya, iaitu sekitar $1920/oz.Berdasarkan prinsip asas Pennants ini, biasanya harga akan terus mendaki menyamai dengan ketinggian yang sama sebagaimana ia mendaki sebelum Pattern Pennants ini terbentuk. Dalam situasi ini, harga dijangka mendaki dengan paras pendakian yang sama sebagaimana pergerakannya dari tahun 2009 - 2010.
Kesimpulannya :
1. Jika anda telah membuat belian sebelum ini sekitar harga $1600-$1650/oz, sekarang ini bertenang dan perhatikan sahaja pergerakan harga yang seterusnya. Sambil2 tu, sampaikanlah informasi berguna ini kepada rakan2 yang lain agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama.
2. Jika belian anda sebelum ini pada harga sekitar $1700 dan keatas, buatlah belian tambahan sekarang ini. Dengan cara ini anda akan memperolehi keuntungan dengan lebih cepat tanpa perlu menunggu lama.
3. Jika anda memerlukan tunai tambahan untuk belian sekarang, anda boleh gadaikan Emas yang ada di tangan sekarang ini. Jika Emas yang anda beli jenis Bar dan Dinar yang dijual oleh Public Gold, anda boleh menggunakan perkhidmatan gadaian yang disediakan oleh Public Gold. Info lanjut ada DI SINI.
4. Jika anda memiliki Emas lain yang bukan produk Public Gold, anda boleh menukarkannya kepada Produk Public Gold terlebih dahulu dengan menggunakan promosi X-Plan. Info lanjut ada DI SINI.
5. Jika anda masih belum membuat belian, segera lah membeli sekarang, dan pastikan anda memilih produk Emas dengan kadar spread terendah untuk memaksimumkan keuntungan. Untuk mendapatkan kadar spread yang Super Rendah, pastikan anda mendaftar sebagai Dealer untuk melayakkan anda mendapat spread serendah 2% sahaja! Untuk mendaftar sebagai Dealer, Info lanjut ada DI SINI.
6. Jika anda telah bersedia untuk menjana keuntungan dan kekayaan dari pelaburan Emas ini, pastikan anda mendapat bimbingan dan panduan yang terbaik. Untuk mendapatkan bimbingan intensif, tips, panduan dan info terkini dari masa ke semasa dari saya, anda boleh mendaftar sebagai Dealer bersama rangkaian saya. Cara2 mendaftar ada DI SINI.
http://www.pelaburjutawan.com/2012/05/bila...s-nak-naik.html