Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Dingin Lavenda Slot Zehra TV3 (2 Disember 2011), Dingin Lavenda

views
     
TSmejuez
post Nov 10 2011, 12:52 PM, updated 15y ago

New Member
*
Newbie
2 posts

Joined: Jun 2011
Tadi duk jelajah fanpage Eira Syazira, terbaca dekat wall dia tentang drama terbaru Slot Zehra akan muncul iaitu Dingin Lavenda. Mungkinkah? Kalau betul drama Dingin Lavenda Slot Zehra TV3 akan menggantikan Tahajjud Cinta yang dah tamat lamanya, sememangnya drama ini cukup eksklusif!

Yea lah, tengok sajalah mana ada info terbaru mengenai drama yang bakal menggantikan Tahajjud Cinta, mungkin apa yang dikatakan oleh Eira Syazira ni adalah slot terbaru Zehra iaitu Drama Dingin Lavenda TV3.

DRAMA 13 EPISOD 'DINGIN LAVENDA' diilhamkan daripada Novel DINGIN SALJU INDIANA tulisan Pn Nurolsham Saidin.

Sinopsis NOVEL:
Jannah dan Murni memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan. Murni terpesona dengan kehidupan Barat yang dirasakannya cukup indah untuk dikecapi. Jannah yang tegas dengan prinsip sebagai seorang Islam, pernah mengaku kalah di tengah jalan, namun dia harus lebih kuat menghadapi keadaan.

Masalah teman serumah, Nana, cukup memeningkan. Sikap prihatin melampau Kak Zai mengundang rencah rasa. Dalam masa yang sama, dua jejaka hadir di hati Jannah: Azhar dengan surat-suratnya yang membaja semangat dan Matthew, pemuda Kristian yang mencari kebenaran. Siapakah yang jodohnya Allah tentukan buat Jannah?

Sinopsis Penuh Drama Dingin Lavenda Ada Di Sini : Dingin Lavenda

user posted image


user posted image


This post has been edited by mejuez: Nov 10 2011, 01:56 PM

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0154sec    0.72    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 16th December 2025 - 08:51 PM