QUOTE(potenza10 @ Nov 3 2011, 11:55 PM)
I tot 2nd withdrawal money will direct bank into ur loan acc?KAEDAH BAYARAN
A. PENGKREDITAN TERUS KE AKAUN PINJAMAN PERUMAHAN
Semua bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun pinjaman perumahan ahli / pasangan dengan syarat :-
a. Ahli / pasangan mempunyai akaun pinjaman perumahan dengan bank panel KWSP yang dilantik. (Senarai bank panel KWSP bagi tujuan pengkreditan terus ke dalam akaun pinjaman perumahan boleh diperolehi di Panduan Mengisi Borang Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan); DAN
b. Pinjaman ahli / pasangan yang dibuat dengan bank panel KWSP tersebut tidak berstatus NPL; DAN
c. Akaun pinjaman perumahan ahli / pasangan masih aktif; DAN
d. Nombor pengenalan diri ahli / pasangan selaku peminjam adalah sama dengan rekod bank; DAN
e. Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
Bagaimanapun sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli disebabkan rekod pengenalan diri tidak sah atau sebagainya, bayaran akan diganti dengan cek jurubank yang akan dihantar menerusi pos berdasarkan alamat ahli di dalam borang permohonan.
http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1260
This post has been edited by alex_cyw1985: Nov 4 2011, 12:05 AM
Nov 4 2011, 12:00 AM

Quote
0.0426sec
0.44
6 queries
GZIP Disabled