2) saya fikir balik apa yang awak cakap dulu, dan saya rasa saya setuju dengan pendapat awak tentang program pemantapan pemain muda malaysia,
apa yang awak cakap... terutamanya bila awak kata "training sampai muntah2 sbb nak maju .."
3) saya sendiri dulu pernah rasa camtu dulu.. training sampai nak muntah.. kalau makan benda berminyak sebelum p training keras bola sepak dulu memang confirm muntah terus kat tepi padang tu!! dari dulu saya minat nak main bahagian midfield tapi tak pandai2 pun, susah betul nak jaga bahagian tu, banyak benda lagi kena belajar (midfielder yang bagus sudah fikir 2 ke 3 langkah ke hadapan, kreativiti kena amat tinggi di dalam masa sama kena jaga betul2 jangan bagi lubang atau ruang langsung kepada lawan) .. itu sebab saya masa sekolah dulu banyak jadi defender je, sebab dari bawah tu dah dapat tengok apa yang midfielder lawan kat atas tu cuba buat.. dan mungkin sebab tu la kot, bila tengok defender malaysia main teruk sangat, hati saya rasa macam panas membara-bara.. kenapa diaorang ni macam banyak sangat tengok bola je, memang bolos la kalau suka sangat buat perangai camtu.. itu yang sakit hati sangat tu... cara clear pun tak berapa bagus.. pendek betul cara dia clear bola, main macam tak bersungguh-sungguh je.. sakit betul hati.
4) dan juga awak kata, "bekerja keras dpd bawah" ...ini memang saya setuju sangat, mana ada kejayaan dalam dunia ni boleh diperoleh dalam sekelip mata je.. kalau ada pun memang nasib je la kot.
5) di sini saya cadangkan supaya FAM sekurang-kurangnya rombak format piala merdeka malaysia..
dulu cadang piala diraja untuk pembangunan pemain muda malaysia pun banyak orang kat dalam forum ni kata macam2.. camni susah la, sampai bila malaysia nak menang world cup ni
6) lagi2 pengulas kat dalam ASTRO ARENA kata program pembangunan bola sepak malaysia sudah ketinggalan 10 tahun di belakang program jepun, padahal kat jepun tu sukan bola sepak bukannya sukan nombor #1 pun.. tak macam kat malaysia sukan bola sepak adalah sukan #1 malaysia
IDEA ROMBAKAN FORMAT PESTA BOLA MERDEKA
7) saya cadangkan supaya sekurang-kurangnya FAM rombak format pesta bola merdeka tu.. sekurang-kurangnya Malaysia kena letak minimum 4 pasukan terbaik malaysia di dalam pesta bola merdeka.. dan sekurang-kurangnya ada 4 kumpulan iaitu pasukan terbaik dari benua Asia dan Pasifik, pasukan terbaik dari benua Amerika, pasukan terbaik dari benua Afrika, pasukan terbaik dari benua Eropah.
8) dengan itu bolehlah dinamakan pesta bola merdeka malaysia vs benua di dunia.. pasukan dari malaysia pilih 4 yang terbaik untuk jadi wakil malaysia di dalam piala merdeka tu, boleh pilih dari pasukan Harimau Malaya yang sekarang dibimbing oleh jurulatih K. Rajagopal, pasukan Harimau Malaya A, pasukan Harimau Malaya B, pasukan juara Liga Malaysia, pasukan bola sepak sekolah terbaik (seperti sekolah SMK Tunku Anum di Kedah yang sudah jadi wakil asia lawan di manchester dulu), pasukan bola sepak universiti malaysia yang sudah berjaya jadi wakil asia di dalam piala dunia antara universiti... antara semua ni, pilih yang terbaik yang paling banyak pemain muda berumur 20 tahun ke bawah sebagai persediaan terbaik masa depan malaysia untuk 10 tahun akan datang.. untuk menyenangkan jurulatih utama pasukan utama harimau malaya pilih mereka yang benar-benar terbaik untuk menang world cup 2022 nanti.
9) daripada 4 pasukan malaysia terbaik tu, letak setiap satu pasukan tu mesti lawan dalam kumpulan yang berbeza.. contohnya pasukan Harimau Malaya utama lawan 3 pasukan terbaik dari benua eropah di dalam satu kumpulan.. pasukan sekolah malaysia terbaik lawan pasukan 3 terbaik dari benua amerika dalam satu lagi kumpulan yang berasingan.. minimum 16 pasukan terbaik dalam 4 kumpulan yang berbeza.
10) di sini saya ingin menegaskan bukan menang, kalah ke seri ke yang kita cari.. terutama dalam tahun pertama buat projek pembangunan pemain muda malaysia ni... biar la kalau nak kalah 99999999999999999999999999 gol berbalas 0 pun tak apa.. tapi jangan la sampai camtu sekali, sekurang-kurangnya kita mahukan kalau kalah pun biarlah kalah bermaruah.. nampak ada usaha keras nak menang, jangan la sampai nak sua kaki nak tackle diaorang pun penakut yang amat (ini yang saya rasa sakit hati sangat kalau diaorang main camtu).. benda yang kita cari ialah cari apa sebenarnya kelemahan-kelemahan kita untuk kita perbaiki di masa hadapan, kita nak tengok komen2 dari semua orang, rakyat malaysia.. dari perspektif semua peringkat, apa yang diaorang nampak dan kita perbahaskan bersama-sama, dari professional hingga la kepada mereka yang pertama kali masuk stadium tengok depan mata sendiri camne sebenarnya cara permainan bola sepak.. tiket tu, kalau boleh setakat masa lawan peringkat kumpulan tu sebolehnya bagi free je (kena cari banyak sponsor untuk realisasikan benda ni).. bila dah sampai peringkat kalah mati tu baru la nak kenakan bayaran.. tapi budak2 sekolah, kalau boleh bagi diskaun la.. sebab objektif utama kita ialah ingin lahirkan pemain dan program pembangunan bola sepak masa depan malaysia yang bagus... memang target utama kita ialah budak2 sekolah sebagai pelapis 10 tahun akan datang untuk malaysia menang world cup.. bukannya orang tua yang tiap2 hari asyik politik politik.. sini tak betul, sana tak betul, diri dia seorang je betul, tapi satu apa sumbangan untuk negara pun dia tak buat pastu p agongkan sangat orang luar (orang camni kalau boleh p mampus je la, negara lain yang diaorang p agongkan tu pun aku rasa tak nak orang camni juga) .. kita perlukan ramai anak muda, berdarah, berjiwa pejuang yang semangat amat tinggi untuk menang dan buktikan kepada semua termasuk alien kat dunia lain yang kita boleh jadi juara terbaik antara juara.
11) kalau boleh pasukan macam projek harimau muda tu jangan la hanya p lawan di dalam liga malaysia.. sebab pusing mana pun.. takat terbaik yang diaorang dapat ialah dapat tahu gaya permainan pasukan malaysia yang lain je.. lebih baik saya cadangkan paling kurang letakkan mereka ini lawan pasukan asia terbaik iaitu di dalam liga jepun.. paling kurang buat base.. fasiliti terbaik program pembangunan harimau muda untuk lawan di dalam liga jepun tu di kepulauan jeju di korea (sebab malaysia ada pelaburan yang amat besar di jeju tu), udara dia nyaman.. fikiran pun tenang, jauh dari segala bencana bodoh politik kononnya demokrasi malaysia.. yang banyak sangat orang gila kuasa kat malaysia ni.. jadi otak diaorang akan benar-benar fokus untuk jadikan malaysia kuasa besar dunia di dalam bola sepak 10 tahun akan datang.. sasaran utama ialah menang world cup tahun 2022.. untuk projek ni MAS dan AirAsia kena tolong.. sebab nak p lawan dalam liga jepun tu memang perlukan kapal terbang berlepas dari jeju ke seluruh tempat di dalam liga jepun tu.
contoh produk terbaik liga jepun yang sudah terbukti dapat jadi kuasa #1 bola sepak di asia
lepas tu.. selang 2 tahun lepas diaorang lawan di liga jepun tu.. 1/3 dari mereka balik ke malaysia lawan di dalam liga malaysia untuk kukuhkan idea pembangunan bola sepak di malaysia pula.. 1/3 tu pula diganti dengan pemain sekolah terbaik malaysia bawah 20 tahun masuk ke dalam projek harimau muda lawan dalam liga jepun.. jadi makin ramai rakyat malaysia yang ada semangat untuk berjaya dan nak menang world cup tahun 2022 dapat peluang timba pengalaman dan perbaiki kelemahan mereka.
cadangan saya sebelum ni.. teruk betul kena reject dengan budak2 forum ni yang amat gila dengan politik bodo gila kuasa
CADANGAN PIALA DIRAJA MUDA BOLA SEPAK DUNIA, malaysia,japan,british,netherlands,spain
http://forum.lowyat.net/index.php?showtopi...=malaysia+japan
.. pendapat peribadi saya antara sebab kenapa malaysia kalah teruk kepada singapura dan juga jepun.. antara sebab utamanya ialah lawan friendly je yang diaorang selalunya keluarkan hanya 50% atau mungkin 30% je dari prestasi sebenar mereka.. kita perlukan TOURNAMENT, CHAMPIONSHIP.. pemain2 muda malaysia amat kurang terdedah kepada perlawanan bertaraf dunia, sekurang-kurangnya yang mereka akan bagi 100% dan ada yang nak bagi 200% sebab nak menang sangat piala.. banyak orang kat malaysia ni saya ingat tak fikir panjang.. semua hanya fikir nak jaga air muka sendiri je, semua fikir nak menang cepat je.. kita sepatutnya fikir 10 tahun ke hadapan.. matlamat sebenar kita ialah MENANG WORLD CUP 2022 !!!
rugi gila p hantar jauh2 sampai ke slovakia di eropah.. p lawan banyak pun friendly je.. diaorang p bagi pun banyak pasukan dari liga ke dua,
kita p bagi pasukan terbaik kita.. NEGARA tu bukannya kelab-kelab bodo biasa.. tak fikir ke nak sangat jaga air muka konon nak bagi semua game tu menang, tapi sebenarnya lepas tu teruk betul dimalukan jepun hari tu.. baru tau hari tinggi rendah langit camne bila betul2 jumpa sang juara.
satu lagi masa game sebelum lawan singapura.. saya fikir.. masa tu perlawanan tu diadakan hanya nak jana duit je.. tak fikir ke tarikh dia dah amat dekat dengan perlawanan amat penting.. mat yo injured dah hari tu, menangis dia hari tu.. tarikh, masa tu tak kena langsung.. adalah jauh lebih baik daripada hanya lawan friendly yang diaorang hanya bagi kuasa diaorang sikit je.. p masuk apa saja perlawanan tournament yang diaorang akan bagi kuasa mereka sepenuhnya.. baru la kita benar2 tahu dimana sebenarnya salah silap kita dan taraf kita sebenarnya.
satu lagi pakar perubatan untuk sukan di malaysia ni masih tak berapa bagus.. zaquan tu injured dia lama sangat.. sayang betul malaysia seperti dah kehilangan seorang pemain bola sepak yang selalu berikan prestasi, tenaga dia untuk menang.. dia lari laju sungguh, dan amat berani rembat, jarang dia teragak-agak.. sekurang-kurangnya pemain camni yang kita perlukan.. bukannya pemain yang banyak sangat teragak-agak, penakut.. hari tu masa lawan jepun tu sepatutnya dah ada dah sekurang-kurangnya satu gol.. tapi sebab dia lambat sangat, ntah apa dia fikir ntah.. dah tak ada gol langsung.. sayang betul!!

» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Sep 26 2011, 01:46 PM, updated 15y ago

Quote
0.0189sec
0.34
5 queries
GZIP Disabled