JPA Cyberjaya diserang kulat
13/09/2011 11:00am
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Beberapa bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Cyberjaya kini membuka bilik operasi di ibu pejabat JPA Putrajaya berikutan pejabat-pejabat bahagian berkenaan diserang kulat yang dikhuatiri boleh menjejas kesihatan manusia.
Menurut laporan sebuah akhbar semalam pejabat JPA di Blok A, Bangunan MKN-Embassy TechZone di Cyberjaya, Selangor, diserang kulat yang mengeluarkan spora hijau kekuningan.
Kulat tersebut dikesan di lantai dan dinding beberapa tingkat blok berkenaan selepas kakitangan kembali bertugas setelah bercuti panjang sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Antara bahagian yang ditempatkan di blok itu ialah Unit Audit Dalaman, Bahagian Saraan, Bahagian Pengurusan Psikologi, dan Bahagian Pengurusan Maklumat.
JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata warga JPA kini diarah bekerja dari rumah dan melaksanakan tugas seperti biasa, dan tidak 'diarah bercuti' seperti dilaporkan.
Warga JPA juga dikehendaki meningkatkan komunikasi berterusan menerusi penggunaan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), e-mel, sistem maklum balas di JPA dan laman sosial Facebook bagi semua urusan pelanggan JPA.
Pejabat JPA di Putrajaya menyediakan 15 talian khas untuk dihubungi bermula hari ini hingga 26 Sept. depan dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Berikut adalah nombor-nombor telefon talian khas:
1) Bahagian Saraan: 0388853194/3201/3227/3232/3283/3072
2) Bahagian Pengurusan Maklumat: 0388853786/3807/3887/3896/3898/3899
3) Bahagian Pengurusan Psikologi: 0388853824
4) bahagian Audit Dalam: 0388853902/3903
- Bernama
SOS KICAP
wondering how they work from home
inb4 like a boss
JPA Cyberjaya diserang kulat News
Sep 13 2011, 11:07 AM, updated 15y ago
Quote

0.0186sec
0.51
5 queries
GZIP Disabled