Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Rugby, Rugby Scene Both Local & International

views
     
diehachi
post May 31 2006, 11:13 PM

Casual
***
Junior Member
373 posts

Joined: Oct 2005
From: LCCT



any info where to get rugby shorts ?? kl area and ipoh
diehachi
post Jun 1 2006, 01:16 AM

Casual
***
Junior Member
373 posts

Joined: Oct 2005
From: LCCT



pertama complex..which LRT to use in order to go there??

hmm i wonder where is canterbury outlet in kl??still in one utama??
diehachi
post Jun 13 2006, 04:57 AM

Casual
***
Junior Member
373 posts

Joined: Oct 2005
From: LCCT



world cup fever is on!!
rugby channel senyap jek!! laugh.gif
diehachi
post Jul 3 2006, 12:03 AM

Casual
***
Junior Member
373 posts

Joined: Oct 2005
From: LCCT



user posted image

Harian Metro
Oleh Ravale Savarinathan

MOHD Hafiz Zakaria muncul wira Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS), Putrajaya, bagi membolehkan pasukannya muncul juara mengalahkan Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ), 8-5 dalam perlawanan akhir kategori Cup di Kejohanan Ragbi 10 sepasukan Bawah 16 Tahun Antara Sekolah Berasrama Penuh Malaysia ke-7 di padang Sekolah Menengah Sains, Teluk Intan, kelmarin.

Pemain itu berjaya menyempurnakan tendangan penalti drop kick selepas saingan kedua-dua pasukan terikat 5-5 pada masa permainan biasa dan masa tambahan.

Perlawanan berlangsung dalam keadaan padang becak akibat hujan lebat menyaksikan kedua-dua pasukan bermain hambar, namun SMSJ memecah kebuntuan apabila berjaya melakukan try melalui pemain forward, Tajul Shafiq Ghazali pada minit ke-14 untuk mendahului 5-0 sehingga babak pertama tamat.

Babak kedua menyaksikan pasukan SSAS lebih banyak mengaturkan serangan merbahaya ke arah kubu SMSJ tetapi kekebalan pertahanan pasukan dari selatan tanah air itu membuatkan SSAS hampir putus asa.

Sebaik siren babak kedua dibunyikan menandakan perlawanan sudah tamat dan pasukan SMSJ sudah berada di ambang kemenangan, Fakhrul Adlee Noor Azan muncul penyelamat SSAS apabila membuat try di minit-minit terakhir untuk memaksa perlawanan diheretkan ke masa tambahan 10 minit.

Kedua-dua pasukan yang jelas keletihan hanya mampu bertahan sahaja sehingga wisel penamat di tiup pengadil perlawanan.

Dalam penentuan sepakan penalti sudden death drop kick, kedua-dua pasukan gagal melakukan conversion selepas masing-masing melakukan empat tendangan sebelum Mohd Hafiz muncul wira SSAS dengan menyempurnakan tendangannya.

Sebelum itu, pasukan Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud, Terengganu terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas menundukkan SMS Sultan Abdul Hamid, Kedah, dengan keputusan 12-0.

Dalam perlawanan akhir untuk kategori Plate pula, pasukan SMS Selangor muncul juara mengetepikan cabaran Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak dengan keputusan 27-7.

Bagi kategori Bowl, pasukan dari Seremban, Sekolah Datuk Abdul Razak tidak menghadapi masalah untuk muncul juara apabila membelasah SMS Tuanku Jaafar, Kuala Pilah dengan keputusan 17-0.

SMS Hulu Selangor pula dinobatkan sebagai juara kategori Shield selepas menundukkan SMS Muzzafar Shah, Melaka, dengan keputusan 10-0.

Sementara itu, M Akmal Nordin dari SMS Johor dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan manakala Mohamad Azri Ashraf Ramli (SMSA) dan Tajul Shafiq Ghazali (SMS Johor) dipilih sebagai pemain terbaik masing-masing untuk posisi Three Quarter dan Forward.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Paduka Ahmad Zahid Hamidi merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh.
diehachi
post Mar 16 2008, 03:04 AM

Casual
***
Junior Member
373 posts

Joined: Oct 2005
From: LCCT



huaaa sgt rindu utk bermain kembali ragbi di zaman sekolah dahulu kala sleep.gif

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0367sec    0.76    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 17th December 2025 - 01:00 AM