Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
5 Pages < 1 2 3 4 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

Local Clubs ░▒▓▒▓▒ M A L ★ Y S I A ▒▓▒▓▒░, CLOSED

views
     
SUShack3line
post Jul 23 2011, 10:00 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(ooorait @ Jul 23 2011, 09:57 PM)
amirul hadi can command the center of midfield well oso..

-----------------apek-----------------
mahali----aidil------subra----asra
ashaari---amirul----amar----kuna
-----------safee-----matyo---------
*
goalkeeper.. Farizal Marlias pun bagus gak

plus supersub Wan Zack Haikal

kapten bagi Safee Sali, jenis tactical... FULL ATTACKING!!
SUShack3line
post Jul 23 2011, 10:10 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(silvertoes @ Jul 23 2011, 10:01 PM)
memang la bro, semua org sakit hati tengok back four & keeper tadi.
Rajagopal lagi lagi lagi la sakit hati tengok bebudak die bagi free goal.

Belum terlambat lagi, masih boleh improve.  smile.gif
*
nampak gayanya K. Rajagopal terpaksa guna tactical full attacking main tukar2 posisi midfield punya wing dan wing back..
penat sungguh kalau nak pakai taktikal jenis camni..

kena selalu berlatih crossing cantik dan passing cantik dan bawa bola atas line kat tepi padang tu,
striker pula kena berlatih header yang amat kemas dan cara terima crossing dari wing yang betul..
dan rembatan kuat dan tepat.

penat sungguh nak main full attacking kalau tak ada kerjasama dari semua,
harap2 center back fokus betul2 sebab kalau main full attacking, center back kena sentiasa ada pada posisi dia dan jangan bagi lepas langsung striker lawan..

memang termuntah la diaorang lepas ni masa training.. dah kalah teruk, nak buat camne, macam tak ada cara lain dah..
malaysia kena target minimum 2 gol di bukit jalil nanti dengan ketiadaan kapten Safiq Rahim..
kena cari playmaker yang bagus dari sekarang, yang di fikirannya hanya nak buat attack dan pecahkan lubang pertahanan lawan.
SUShack3line
post Jul 23 2011, 10:14 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(Zan81 @ Jul 23 2011, 10:11 PM)
Aku biasa main kat Garden International School (Mont Kiara). They havea smaller sized pitch but fully artificial grass.

PROS: If you can play low passing and possession football, memang best, pasal bola leret all the way. The ball definitely moves faster also. However, we grew up on lumpy, keras, berbatu-bata padang so takleh nak compare dgn proper grass pitch.

CONS: Bounce bola dia tak consistent. You expect the ball to bounce to you, but it might just have a life of its own and bounce backwards. And if you use the blade studs, sometimes it might get caught up in the grass when trying to lift the ball up.
*
lain kali kalau nak lawan kat Singapura kena berlatih kat situ dulu la nampaknya.. teruk betul kena dengan Singapura tadi. sad.gif
SUShack3line
post Jul 23 2011, 11:05 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(arul94 @ Jul 23 2011, 10:37 PM)
Mcm biasa la , defend kita....speechless .
Tapi takpe harap2 malaysia boleh main pada tahap sebenar mereka di bukit jalil nnti .
Harini defend kita tidur bkn main lena lagi ( harini je ke ? ) haha .
Anyway come on malaysia , i'll see u guys this thursday .
Baru syiokk , adaa fighttt wink.gif
*
masalah besar defender malaysia ialah main macam pondan... nama je defender tapi tak berani nak tackle..

kalau terus la perangai camni sampai bila pun tak maju.. takkan diaorang tak mahu sekurang-kurangnya jadi macam Alessandro Nesta

ni ada video macam mana skill world class center back Alessandro Nesta yang sudah pun menang World Cup bersama Itali

SUShack3line
post Jul 23 2011, 11:25 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(Jurlique @ Jul 23 2011, 11:20 PM)
Nah, this is the sohai attitude of malaysia.

lose edy give manyak excuse such as SG imports players...

WTF, then SG vs Juventus last mth when SG use all malays players, then u all say... cheh, no wonder la SG win la, bcos using malay players..

those sohai really have no life, u say all la... lose is lose, accept the fact.
*
ada singaporean dah bagi comment.. vmad.gif
SUShack3line
post Jul 23 2011, 11:32 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(ayanami_tard @ Jul 23 2011, 11:26 PM)
tentang pemain import singapura,saya tidak mahu memberi ulasan lanjut...itu bukan alasan tentang mengapa gawang kita bolos sebanyak 5 kali.

barisan pertahanan kita memang lemah....sejak dari pertembungan kedua dengan Taiwan lagi pemain-pemain pertahahan kita banyak melakukan kesilapan-kesilapan yang bagi saya amat tidak patut.Mereka sepatutnya mengambil pengajaran daripada pertembungan dengan Arsenal dan Liverpool tetapi tidak...mereka tetap melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali.saya tidak bercakap tentang pemain teragak-agak melakukan bentesan tetepi cukuplah sekadar menyatakan satu benda yang menyebabkan gawang kita bolos 7,8 kali sejak kebelangan ini...iaitu mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya

susah sangatkah hendak menendang bola jauh-jauh keluar dari padang.mereka takut untuk memberi pemain lawan lontaran ke dalam tetapi dalam masa yang sama tindakan mereka menghadiahkan gol murah kepada pasukan lawan.Mereka mahu untuk mengekalkan bola di dalam padang tanpa melihat siapa di belakang mereka yang akan mengambil kesempatan terhadap situasi titik buta. malah tindakan menyepak angin juga selalu saya perhatikan.

Tendang sajalah bola jahanam tu jauh-jauh! susah sangatkah melakukan sedemikian?
*
tak fokus.. tak ada chemistry dengan semua barisan pertahanan.. tatau la apa yang diaorang fikir.

benda yang patut boleh buat clear, tak clear.. yang boleh buat offside trap, dia p bagi lagi ruang striker tu duduk betul2 depan pintu gol..
tatau la nak cakap apa lagi... pastu masa game tadi lawan singapura.. defender malaysia berkumpul sampai dekat 5 orang pada satu striker tapi seorang pun tak berani buat tackle.. tengok je tau.. apa sebenarnya dah jadi?? shakehead.gif
SUShack3line
post Jul 24 2011, 01:55 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(Vinci777 @ Jul 24 2011, 01:19 AM)
Our defense didnt look garang and big la. Striker mana takut.

And from the few games, i can see the harimau unable to really hold the ball in midfield. They lose control easily when being pressed and either quickly pass to the forward/wings or back to defend. Maybe they are not comfortable with the pitch or pressing and with the quality, i think they did try to make their best touches.

The no 5 did make lots of tackle but only if his legs and size were 1 inch longer or a size bigger tongue.gif

Also, no 21 is creative yo. Love to see him play more. Kunalan better know how to use his assest more. Can see from the game their side backs is getting tired due to tracking kunalan previosly. He need to do more and penetrate into the box. He should avoid crossing or long pass because to be honest, his passing is pretty bad compared to others.

Poor Safi.... Now the harimau got no one to even hold the ball for a while in the middle. =.=
*
rather than u suggest he to avoid doing crossing or long pass, i think it is more better that he practice alot and improve his technique..

but because the next game is just few more days.. this will be difficult.. maybe in the future.
SUShack3line
post Jul 24 2011, 04:04 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(tgmape @ Jul 24 2011, 02:36 PM)
tension aku org yg duk blame sharbinee ni.defend yg wat hal(aku rase rmi lg defender lg baik dr muslim tu).sumer gol tu susah kot keeper nk save.
*
nak blame goalkeeper 100% pun tak boleh tapi defender Malaysia kesemua 4 defender tu..
aku tatau la nak cakap apa.. dah 4 kali asyik buat mistake yang sama je.. geram pun ada vmad.gif

masa lawan taiwan pun buat mistake gak...
lama sangat dah buat defending mistake yang sama, takkan la tak ada orang tegur diaorang ni??

masalah paling utama diaorang aku rasa

1) FOKUS TAK ADA
2) MISCOMMUNICATION ...
dulu masa lawan Arsenal FC tak silap dah nak berlaga dengan goalkeeper, semalam game lawan Singapura,
5 orang defender kepung 1 orang striker.. tapi masalahnya semua tengok bola je.. sua kaki nak tackle pun tidak.. striker Singapura tu masuk bodo je dalam kotak penalti Malaysia.

tatau lagi la nak cakap apa.. apa sebenarnya dah jadi dengan mereka ni.
SUShack3line
post Jul 24 2011, 07:54 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(hj.pet @ Jul 24 2011, 07:33 PM)
we just can hope dat our defenders won't do any silly mistakes again in the return leg. HOPE.

seriously i think dat king raja was spot on with his formation (4-5-1)/1st eleven especially with the inclusion of ismail faruqi in the starting line up. safee was playing as a lone striker with ismail faruqi as the supporting striker/attacking midfielder. yeah he lacked the international experience since last nite was his 1st international competitive match but we can see during the friendlies dat he wasn't afraid to hold the ball n got some composure where some of our players are lacking off.

the only thing dat surprised me was fakri started the game instead of amirul hadi. i think the formation suits well yesterday with a packed midfield with safiq dropped a lil bit down with amar (the most overrated player in king raja's team) supported him. but who ever thought dat we would be down by 4-1 by half time rite? with the artificial field played a major part in our game play last nite, our defenders performance didn't help much. if only our defenders can play better last nite, i can see a roaring tiger controlled the 2nd half last nite n make the 2nd leg much much easier for us.

about kuna, yeah his end product sucks but i think he's the best left winger dat we have rite now. with an attacking mentality dat will be employed by king raja dis thurs, i can see he'll penetrate the singapork defend line. but i really hope dat he tries to penetrate the penalty box more. with his speed, the possibility of him to be fouled in the penalty box is much much higher n who knows by getting a penalty in the 1st half can unsettle the singapurapura team for the rest of the game?
*
i prefer.. in the next game we use

3-5-2 formation..

full attacking from midfield... defender tu dah teruk.. tak boleh buat apa dah..
jadi kita fokus kepada kukuhkan midfield untuk buat full attack yang gila-gila.
SUShack3line
post Jul 24 2011, 08:29 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(hj.pet @ Jul 24 2011, 08:14 PM)
yeahhh agreed. since our cbs sucks, wut if king raja use 3 cbs instead of 2? i think amirul hadi n kuna can play wing backs. kuna sure can since he's just like park ji sung. xdak jantung.
*
center back memang masalah.. jadi saya cadangkan mulai sekarang fokus attack dari wing..
larikan bola tu dari sentiasa main di tengah padang, center midfield nampak je singapura cuba control game dari tengah padang terus je buat tackle.
jangan main sangat kat tengah padang.. kena practice bawa bola atas line putih tepi padang dan buat perfect cross.. perfect passing.
dan center midfield nampak je bola muntah.. terus rembat masuk gol.. center midfield kena praktis long shot sampai betul2 yakin.. kita main full attack.

saya expect defender Malaysia akan bocor lagi.. dah 4 game semua pun camtu juga..
jadi setiap kali singapura sumbat 1 gol, kita balas balik dengan 2 gol.. penat juga nak main camni..
tapi nak buat camne dah kalah first game.
SUShack3line
post Jul 24 2011, 09:55 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(linkinstreet @ Jul 24 2011, 09:50 PM)
None, 2 by a Chinese, 2 by a Serb and another by a Turk
*
laugh.gif
SUShack3line
post Jul 24 2011, 10:01 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(Sifha238 @ Jul 24 2011, 09:00 PM)
--------------Apek-------------------
Mahali--------Farisham----------Fadhli----------Asarudin
Kunalan----Amirulhadi-----Amar-----Shakir-----Ashaari
----------------------Safee---------------------

I don't have faith in Fakhri and Izzaq, Hadi maybe useful as super sub

Lol, how to win 2-0 / 3-1 / 4-2 against kiasuland  sweat.gif
*
nak buat formasi defending juga ke?? pada pendapat saya tak payah la.. dah tak cukup masa rasanya.

kekuatan skuad Harimau Malaya bawah K. Rajagopal ni lebih kepada attackking jadi rasanya lebih bagus buat formasi 1-3-5-2..
serang je diaorang ni habis-habisan.. lagipun nak kejar 2 gol tu.. aku rasa malaysia boleh buat.. Safee Sali buat gol pun tak sampai 20 saat pun.

Safee Sali perlukan masa 17 saat je nak rembat masuk gawang Singapura..
sebelum macam biasa defender Malaysia buat perangai lama dia..


This post has been edited by hack3line: Jul 24 2011, 10:03 PM
SUShack3line
post Jul 24 2011, 10:52 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(Ken @ Jul 24 2011, 10:45 PM)
i think almost 10 years ago, someone from the m-league clubs manager already said the league can't produce good local defenders ... looks like still happen now ...

the 3rd goal is awesome ... fast counter attack ...
*
i must admit.. it is really true.. but previous match Malaysia vs Chelsea FC..

subramaniam is really awesome center back in that game..
but that one is after he kena kutuk like crazy because of his previous bad defending style Malaysia vs Singapore juga..
when he was in Malaysia national team.

i think he already learn something already.. experience tought!

This post has been edited by hack3line: Jul 24 2011, 11:07 PM
SUShack3line
post Jul 24 2011, 11:06 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(Rocko @ Jul 24 2011, 10:48 PM)
sorry tapi mmg i find it funny ppl shouting out sudden change of formation just because of 1 result. yes it is a bad result but not because of the tactics. it is there, the players just did not execute it well. we have won matches with 4-4-2, y need to change over period of 4-5 days just because we're chasing a game. maybe late on, if we're desperate yes but not at the starting. u change formation who is unfamiliar to urself when u have nothing to depend on.

theoretically, yes putting ppl fwd increases chances to score but in reality there needs to be a gel for that formation to work. how to gel -->practice in real games, tried and tested method. have u ever try urself playing in real game, not fm, changing style of play without proper practice. i have and i have seen it crumbles.

teams in MSL dun use WB with 3 man defence too much. maybe a rotation between 4-4-2 to 4-5-1/4-3-3 would be too unfamiliar as some sides in the league do employ the tactic occasionally but wingbacks.. hardly none. correct me if i'm wrong
*
3-5- 2 formation.. tactical analysis from UEFA TRAINING GROUND

SUShack3line
post Jul 24 2011, 11:17 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


saya cadang lepas dapat 2 gol advantage di Stadium Bukit Jalil..

dengan formasi 3-5-2.......
terus je tukar formasi jadi 4-5-1 di separuh masa kedua untuk tahankan kelebihan gol lepas attack gila2, yang penting bahagian midfield mesti sangat mantap dan jangan bagi peluang langsung singapura kawal game.
SUShack3line
post Jul 25 2011, 01:02 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(abc2005 @ Jul 25 2011, 12:30 AM)
Our swimmers, athletes, and basketball and other sport teams also need our supports. But where are we?
And picture paints a thousand words.
Tell me that isn't your reaction when you saw our team beaten tamely last Saturday.
*
isn't this Malaysia football thread?? rclxub.gif
SUShack3line
post Jul 25 2011, 05:03 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(nouruddines @ Jul 25 2011, 03:31 AM)
yes defender matang dah serap kembali..good sign aite?
*
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...an&pg=su_01.htm

Rombak benteng jika mahu mara

SINGAPURA - "Buat perubahan drastik pada bahagian pertahanan jika mahu layak ke peringkat seterusnya". Itu amaran Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura kelmarin.

Jelasnya, jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal harus melakukan perubahan drastik ekoran aksi buruk bahagian pertahanan pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia di republik itu kelmarin.

"Pertahanan kita terlalu lemah dan banyak memberikan ruang kepada lawan terutamanya gol kelima Singapura melalui Aleksandar Duric. Ia menyerlahkan kegagalan pertahanan kita mengunci pemain lawan.

"Malahan dua gol padang yang diperolehi Singapura juga berpunca daripada barisan pertahanan yang tidak jitu dan tidak dapat membaca dengan baik gerakan bola pihak lawan.

"Jurulatih (Rajagobal) harus memperbaiki masalah bahagian pertahanan yang saya fikir semua orang sudah nampak semenjak perlawanan menentang Taiwan lagi. Itu pun nasib baik kita mampu mara atas peraturan gol di tempat lawan.

"Saya hanya lihat Safee Sali, Asraruddin Putra Omar dan S. Kunanlan sahaja beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut, " katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Bukan sekadar pertahanan, beliau juga mahu melihat penjaga gol utama kembali diisi Khairul Fahmi Che Mat, selepas Sharbinee melepaskan lima gol kepada lawan.

"Kalau boleh dalam perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti saya berpendapat penjaga gol, Khairul Fahmi harus diletakkan sebagai penjaga gol utama.

"Dengan adanya Khairul Fahmi, saya fikir keyakinan pemain terutamanya di bahagian pertahanan mampu dipulihkan dalam usaha mencari kemenangan berharga di tempat sendiri, " katanya.

Hamidin juga menyeru para pemain skuad kebangsaan agar jangan lagi dibuai mimpi dengan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF tahun lalu, kerana situasi berdepan dengan Singapura pada Kelayakan Piala Dunia adalah satu perkara yang berbeza.

"Kita tidak berjumpa dengan Singapura dalam perjalanan kita menjuarai Piala Suzuki AFF, jadi kita tidak boleh terlalu mendabik dada kononnya kita hebat dan boleh menewaskan mana-mana pasukan.

"Jadi, berikan fokus seratus peratus pada perlawanan kedua nanti , jangan hanya bersikap terlalu yakin, " jelasnya.

Begitupun, Hamidin tetap yakin Harimau Malaya pasti boleh menggegar di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini, jika semangat pemain tidak luntur dalam usaha menebus aib kalah kepada Singapura.

"Peluang mara masih ada, seandainya para pemain beraksi seperti mana yang telah mereka lakukan pada peringkat separuh akhir dan akhir Piala Suzuki AFF, saya rasa kita boleh layak ke pusingan seterusnya," katanya.

Buat masa ini, pertahanan negara yang dibarisi Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar dan Mahali Jasuli sementara Mohd. Aidil Zafuan direhatkan kerana mengalami kecederaan. Pilihan yang ada pada bahagian simpanan ialah Mohd. Rizal Fahmi Ab.Rosid, Azmi Muslim dan Helmi Remeli.

Rajagobal masih boleh memanggil beberapa pemain senior seperti Norhafiz Zamani Misbah dan S. Subramaniam untuk diserapkan dalam skuad sebagai pilihan terakhir.


Added on July 25, 2011, 5:10 am
QUOTE(hafizushi @ Jul 25 2011, 01:58 AM)
I hope this guy fit but will he eligible? since I heard someone here saying we can only select 24 list of player we name before the first leg...

if not I want our attack lineup like this

ashaari----amirulhadi----amar(shakir not eligible)---kuna

--------------safee-----hadi
*
pertahanan belakang pula

defender : Norhafiz Zamani Misbah + S. Subramaniam

goalkeeper : Farizal Marlias

This post has been edited by hack3line: Jul 25 2011, 05:10 AM
SUShack3line
post Jul 25 2011, 06:18 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


user posted image

FERNANDO TORRES.. spain legend, spain goal machine that already win World Cup 2010 vs Malaysia defense

S. Subramaniam + Norhafiz Zamani Misbah + Farizal Marlias


siapa kata Malaysia tak ada defender bagus??... siap boleh lawan penjaring utama Sepanyol, pemenang World Cup 2010 lagu tu.. tak lepas dia..
SUShack3line
post Jul 25 2011, 02:12 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


Tiket Malaysia lawan Singapura dijual 9 pagi Selasa
25/07/2011 12:35pm

KUALA LUMPUR 25 Julai - Tiket untuk perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura akan dijual mulai pukul 9 pagi esok hingga hari perlawanan pada Khamis ini.

Perlawanan dijadual bermula pukul 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Menurut kenyataan laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, tiket mulai dijual hingga 27 Julai dari 9 pagi hingga 7 malam di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.

Sementara penjualan dan penebusan tiket dibeli secara dalam talian boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil hingga hari perlawanan.

Tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM50 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Peminat-peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...ni&pg=bt_11.htm
SUShack3line
post Jul 25 2011, 03:05 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(mdnosz @ Jul 25 2011, 02:48 PM)
huhu... ade beza friendly dgn game sebenar..

utk player2 kita nie ..

=> friendly
kalah pon takpe, team EPL tuu ..
- pressure : zero

=> game sebenar vs Singapore with 2 goals defisit
kalah kene boo, kene kutuk
bolos gol lagi konform kene boo, kene kutuk
wajib menang besar lebih 2 gol
- pressure : 200%

suka2 je nak compare Torres punye form lwn team olimpik vs form sebenar ..aritu pre-season takde makna lansung..mcm penuhkan sessi latihan jek..

but if rajagobal nak tarik both pair hafiz zamani + subra, ..why not?
whatever it is, rajagopal msti tukar keeper jugak la.. tukar defend tak cukup!
*
oh ye...?? ada pernah nampak ke pertahanan Malaysia buat tackle macam ni masa lawan Singapore hari tu.. tak pun masa lawan Taiwan..??
user posted image

5 Pages < 1 2 3 4 > » Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0275sec    0.47    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 22nd December 2025 - 01:27 PM