@thianz - im not so sure whats the prob.. last time i ask my friend who sell EO.. he said.. maybe my clutch plate already out.. or some prob with my piston.. forgot what he said.. after get salary this month im going to do full inspection for my inner parts..
Added on July 19, 2011, 12:20 amanother new info about aftermarket exhaust.. (MALAY VERSION)
credit to fb hadi syafiq..
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Assalamualaikum..
Aku nak cerita pasal motosikal aku yamaha135lc yang telah dimodifikasikan dengan ekzos YOSHIMURA dan brek disk belakang.
Ramai pendapat mengatakan bahawa ekzos YOSHIMURA ni lepas roadblock POLIS, TRAFIK, mahupun JPJ.
Oleh itu untuk mengesahkan tentang pendapat2 tersebut, aku telah melakukan satu usaha di mana aku telah pergi ke PUSPAKOM untuk mendapatkan surat pengesahan bagi modifikasi motosikal aku.
Disebabkan aku pakai fenderless, maka aku telah menggunakan kembali fender asal untuk mematuhi syarat standard moto aku. Agak bersusah-payah jugak la untuk tukar balik semua tu.
Dipendekkan cerita, aku tiba di PUSPAKOM. Bila aku tanya POLIS yang jaga kat situ, dia telah menyatakan dokumen2 yang harus disertakan untuk membuat ujian dengan pihak PUSPAKOM, antaranya :
1. Geran ORIGINAL
2. Resit pembelian barang yang korang modified, cth: brek disc blkg.
2. Surat pengesahan daripada pihak JPJ
Oleh sebab satu benda pun aku takde, maka aku pun pergilah lengkapkan semua dokumen tu,- ambil resit kat kedai aku beli padahal beli dah lebih setahun brek disk tu
- pegi kedai tempat aku beli moto ambil geran original
- lastly, pergi JPJ nak mintak surat pengesahan
Untuk pengetahuan korang semua, benda2 modifikasi ni kena settle dekat bahagian automotif (ada je dlm area JPJ tu)
Bila aku pergi dekat pegawai yang bertugas, aku tanya la macam mana nak mintak surat pengesahan sebab PUSPAKOM mintak surat pengesahan daripada diorang. Lalu terjadila perbualan ini:
A: pegawai JPJ
B: aku
A: ni moto kau modified apa ni?
B: brek disk belakang dengan ekzos bang
A: ekzos? (dia pegi tny kwn dia) Borang untuk brek disk ada la dik, (smbil bg borang)
ni ekzos bising ke apa?
B: aah tapi ada surat JAS bang ekzos tu x lebih paras bunyi
A: ohh berapa db (desibel)? meh sini surat tu
B: 92.3 bang (bg surat JAS)
A: eh ni dekat Penang?
B: aah beli dekat Penang bang
A: ni kilang rantai ni apa ni? dia jual ekzos ni ke?
B: aah bang, sape beli ekzos ni mmg dapat surat ni
A: ohh mcm ni la, kilang ni, dia nak bagi laku ekzos ni, dia pegi buat test dgn JAS. Memang ekzos ni lepas paras bunyi, tapi still boleh kena saman atas kesalahan modifikasi. Kalau YAMAHA sendiri yang buat ujian ni takpe sebab diorang nnt yang tanggung. So saman mmg saman tp atas kesalahan modifikasi. Bunyi tu xde hal la, kau bkn pakai ekzos nak pegi trek ke apa.
B: ohh mcm tu ke, saman modified ni brape eh bang?
A: dalam 2++ cmtu la tp klu bayar seminggu awl maybe dlm 1++. Ala ni brekdisk ni xpayah la (maksud dia xpayah buat pengesahan) , benda kecik je. Kau bukan modified sgt pun. (dia tak tgk moto aku yg real lg mau truk aku kena sman hehe)
B: aah ni sikt je, 2 benda ni je
A: ekzos ni kalau daripada kilang lagi moto tu dah pakai ekzos mcm ni, takpe. Mcm LC kt singapore tu (yeke?) mmg dah siap ekzos yoshimura ni.
B: oh okay2, so kalau mcm mana pun tetap kena saman la eh?
A: aah tapi ikut budi bicara orang tu jugak, kalau dia tgk ala skit je ni, boleh la lepas.
B: oh okay bang kalau cmtu terima kasih la eh?
A: ok sama-sama
Kesimpulannya, aku balik je rumah. Kalau JPJ pn x bagi, apatah lagi PUSPAKOM kan?
Haih penat je aku tukar set standard aku. Last2 x boleh jugak. Tu yang aku buat notes ni supaya pengalaman dan maklumat yang aku dapat ni x rugi mcm tu je.
pakai la ekzos apa pun mesti kena saman punya (kalau yoshimura tu boleh la lpas dengan JAS)
klu brek disk blkg tu xpayah mintak pengesahan pun xpe kot (aku ikut ckp pegawi tu je) janji ada resit supaya polis x tduh kau mencuri
kalau nak buat pengesahan jugak korang kena amik borang, dan bawak sekali (gambar moto korang daripada side tepi, depan & belakang) untuk bagi dekat JPJ. Ex5 yang pasang disc dpean tu kena buat kot benda ni.
This post has been edited by budakmentah: Jul 19 2011, 12:20 AM